Terkini

Menu

Kaedah Mencegah Kehamilan- Pil Perancang (OCP)



Apakah pil perancang?

Pil perancang juga dikenali sebagai oral contraceptive pil (OCP) yang menggunakan hormone sintetik untuk mencegah kehamilan. Terdapat 2 jenis pil iaitu pil gabungan yang mengandungi estrogen dan progesteron dalam bentuk sintetik dan pil perancang yang mengandungi progesteron sahaja. Pil perancang biasannya digunakan untuk merawat masalah kitaran haid dan mengurangkan jerawat.

Bagaimana pil perancang berfungsi?


  • Mencegah ovulasi setiap bulan.
  • Menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang dan tebal supaya sperma tidak boleh memasuki rahim dengan mudah.
  • Menyebabkan lapisan rahim menjadi nipis supaya telur disenyawakan lebih sukar menempel di dalam dinding rahim.

Bagaimana anda menggunakan pil perancang?

Pil perancang boleh diperolehi melalui preskripsi daripada doktor anda. Satu pek pil perancang biasanya mengandungi sebanyak 21 pil hormon. Anda digalakkan untuk mengambil pil pada masa yang sama setiap hari selama 21 hari dan berehat selama 7 hari. Anda boleh mulakan pek baru selepas 7 hari.

Bagaimana jika anda terlupa untuk mengambil pil perancang?

Jika anda terlupa untuk mengambil beberapa pil, anda mungkin mengalami pendarah haid pada masa yang tidak menentu dan peluang untuk hamil juga akan meningkat.
Jika anda terlupa untuk mengambil sebiji pil, anda harus mengambil pil tersebut secepat yang mungkin dan mengambil pil yang seterusnya pada masa yang biasa.
Jika anda terlupa untuk mengambil dua atau lebih pil berturut-turut, anda harus mengelakkan diri melakukan hubungan seks atau menggunakan kaedahmencegah kehamilan yang lain.
Anda harus mengambil nasihat daripada doktor anda jika anda keliru tentang cara mengambil pil perancang.

Bagaimanakah keberkesanan pil perancang?

Jika pil perancang diambil setiap hari pada masa yang sama, dan setiap pek baru bermula pada masa yang tetap, pil perancang adalah 99% berkesan dalam mencegah kehamilan. Secara purata, pil perancang adalah 93-97% berkesan kerana wanita sering lupa mengambil pil dan tidak memulakan pek baru pada masa yang ditetapkan.

Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan penggunaan pil perancang?

Pil perancang mungkin boleh menyebabkan loya, sakit dan tegang pada buah dada, pendarahan bertompok-tompok yang tidak teratur, pertambahan berat badan, muram dan sakit kepala.
 Darah beku merupakan salah satu potensi risiko. 2/10,000 wanita akan mengalami darah beku berbanding 1/10,000 wanita untuk mereka yang tidak menggunakan pil perancang.
Anda tidak seharusnya menggunakan pil perancang jika anda mempunyai sejarah strok, sakit jantung, darah beku, penyakit hati, kanser payudara, lewat usia lebih daripada 35 tahun dan merokok.
Anda harus meminta nasihat daripada doktor anda mengenai pil perancang atau kaedah mencegah kehamilan yang lain jika anda mempunyai kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi atau risiko kesihatan yang lain.

Apakah manfaat tentang penggunaan pil perancang?

Tempoh haid adalah lebih ringan dan ringan.
Jika digunakan selama beberapa tahun, peluang untuk mendapat kanser ovari dan rahim menurun.
Peluang untuk mendapat ovari cysts, endometriosis, anemia dan penyakit payudara fibrocystic akan menurun.

Adakah penggunaan pil perancang membolehkan kehamilan semula jika tidak digunakan?

Ya. Kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid dan ovulasi akan berlaku dalam masa 4-6 minggu sekali selepas mereka berhenti mengambil pil. Jika anda tidak mempunyai kitaran haid selama 2-3 bulan selepas berhenti mengambil pil, ujian kehamilan harus dijalankan dan perlu melawat doktor anda segera.

Apakah hubungan antara pil perancang dan penyakit kelamin?

Pil perancang TIDAK memberi sebarang perlindungan terhadap sebarang penyakit kelamin termasuklah HIV.

 Apakah kebaikan & kekurangan penggunaan pil perancang?

Kebaikan pil perancang termasuk:

Kadar kegagalan yang rendah jika digunakan setiap hari seperti yang diarahkan.
Ia tidak mengganggu semasa hubungan intim.
Penyelidikan selama lebih 40 tahun telah membuktikan keselamatan penggunaan yang jangka panjang.
Kos sederhana.
Mudah digunakan dan dibawa.

 Kekurangan pil perancang termasuk:

Anda memerlukan preskripsi dari doktor anda.
Potensi kesan sampingan seperti loya dan sakit pada payu dara.
Terdapat risiko pembekuaan darah di kaki dan paru-paru.
Mesti diambil setiap hari pada masa yang sama.

Tiada perlindungan terhadap penyakit kelamin.

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Kaedah Mencegah Kehamilan- Pil Perancang (OCP) "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM