Terkini

Menu

Bayi Jatuh Katil



Apakah jenis jatuhan yang perlu kita risau?


Keadaan paling biasa adalah bayi jatuh katil, sofa, kerusi, kereta bayi atau stroller.. Semua ini biasanya melibatkan ketinggian setakat 1 ke 2 kaki.. Dan biasanya jatuhan jenis ini tidak melibatkan kecederaan yang serius walaupun jatuh pada lantai yang keras.


Kadang-kadang objek seperti lampu atau bakul jatuh ke atas bayi.. Keadaan ini juga jarang melibatkan kecederaan yang serius..

Bayi yang sudah berjalan dan berlari pula kerap melanggar sesuatu sewaktu berlatih kemahiran baru ini.. Biasanya ia juga tidak melibatkan kecederaan yang serius kecuali jika ada luka yang memerlukan jahitan.

Satu lagi jenis jatuhan yang biasa berlaku adalah bayi jatuh sewaktu didokong oleh orang dewasa.. Sekiranya orang dewasa tersebut sedang berlari dan jatuh menimpa bayi, ini boleh menyebabkan kecederaan serius.

Tetapi sekiranya orang dewasa tersebut berjalan dan bayi terjatuh, biasanya bayi tidak mengalami kecederaan yang serius.

Jatuhan dari ketinggian melebihi 3 kaki seperti meja, kabinet dapur, almari boleh menyebabkan kecederaan yang serius, terutamanya jika jatuh ke atas lantai yang keras.



Apa yang perlu dilakukan jika bayi jatuh?


1. Pujuk anak anda. Bertenang dan tidak panik. Adalah lebih mudah untuk menilai tahap kecederaan anak apabila anda dan anak berada dalam keadaan tenang.

2. Jangan telefon kecemasan atau berkejar ke hospital. Belum lagi!

3. Periksa kepala, otot dan badan anak untuk sebarang luka, lebam, bengkak, calar atau sebarang perubahan yang tidak normal. Buka seluruh baju anak untuk memudahkan anda memeriksanya. Jika anda tidak menemui sebarang luka, lebam atau bengkak pada kepala dan badan anak, kemungkinan besar tidak ada apa yang perlu anda risaukan.

4. Jika anda mengesan luka, lebam atau perubahan yang tidak normal, atau anak anda kelihatan lemah untuk jangka masa yang lama segeralah ke hospital berdekatan.

5. Periksa juga kecederaan kepala..


Apakah tanda-tanda anak mengalami kecederaan kepala sewaktu jatuh?


1. Pengsan atau pitam. Walaupun 1 minit.

2. Muntah.

3. Keadaan mental yang tidak normal.

4. Tidak stabil apabila berjalan.

5. Menangis berpanjangan.

6. Anak mengadu sakit kepala.

7. Tanda-tanda pada mata seperti juling, anak mata tidak sama saiz, kelakuan seperti melanggar sesuatu atau trip apabila berjalan/ berlari.

8. Untuk anak yang lebih besar, mereka mungkin komplen penglihatan kabur atau double.

Semoga post ini dapat membantu anda menangani masalah bayi jatuh katil dan lepas ini anda akan lebih tahu apa nak buat.

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Bayi Jatuh Katil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM