Terkini

Menu

Panduan Keselamatan Anak





Anak anda mungkin kelihatan tidak berdaya, tetapi sebenarnya mereka amat tangkas dan suka mencuba semua perkara tanpa mengetahui sama ada ia selamat atau berbahaya.
Mungkin langkah berikut membantu anda menyediakan persekitaran yang selamat untuk si kecil kesayangan keluarga.


  • Pilih permainan yang bersesuaian mengikut peringkat usia anak.
  • Pastikan lantai bebas daripada sebarang alatan mainan sekiranya bayi anda tidak bermain.
  • Pastikan mainan bersaiz kecil yang mudah tercekik dijauhi daripada anak.
  • Jangan letak kerusi enjut bayi pada paras yang boleh dicapai oleh anak kerana ia mungkin boleh menimpa diri mereka.

  • Suhu terbaik untuk memandikan bayi iaitu antara 36 C dan 38 C.
  • Jangan gunakan lebih daripada 6 - 8 cm air untuk mandikan bayi dan jangan sekali-kali tinggalkan bayi mandi sendirian sementara anda mengambil tuala atau lampin walaupun dia berada dalam besen mandian yang selamat.
  • Bayi boleh lemas walaupun hanya dalam air sedalam 3 cm.
  • Jangan biarkan anak berdiri atau melompat ketika mandi.

  • Sterilkan semua botol dan puting botol susu anak sehingga usianya setahun.
  • Jangan tinggalkan bayi makan atau minum bersendirian.
  • Pastikan kerusi makannya kukuh dengan ciri-ciri keselamatan yang memuaskan hati.
  • Sentiasa sisihkan sisa makanan yang tidak dimakan daripada mangkuk bayi.
  • Periksa tarikh luput makanan bayi yang dibeli.
  • Jangan panaskan semula makanan bayi yang anda masak lebih daripada sekali.
  • Sesetengah makanan jejari bayi sangat berbahaya kerana bentuknya boleh membuatkan bayi tercekik. Anggur, sosej dan tomato ceri perlu dipotong kecil dan jangan beri si comel makan bertih jagung.

  • Jangan merokok dalam bilik yang ada bayi sedang tidur.
  • Sentiasa tidurkan bayi dalam keadaan terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Jika bayi tidur meniarap pastikan anda mengawasi posisinya daripada masalah tidak boleh bernafas.
  • Jangan biarkan anak terlalu panas. Biarkan kepalanya tanpa bertopi atau jangan guna bantal ketika tidur.
  • Jangan tidur dengan bayi di atas sofa atau kerusi malas.
  • Tempat paling selamat untuk menidurkan bayi iaitu di dalam katil bayi dan bersama anda di dalam bilik ketika enam bulan pertama usianya.

  • Jangan tinggalkan bayi berseorangan tanpa pengawasan di atas katil walaupun hanya sesaat kerana kita tidak tahu bila mereka boleh berpusing dan akhirnya terjatuh.
  • Jangan gantung gambar atau sebarang perhiasan yang berat di atas katil bayi.
  • Tali pintal pada bidai boleh membahayakan si kecil terutama yang baru pandai berjalan. Pastikan mereka tidak boleh mencapainya.
  • Sentiasa lekatkan barang perhiasan yang besar dan berat pada dinding.
  • Jauhkan katil bayi, kerusi atau lain-lain perabot dari tingkap.
  • Pilih kotak alat permainan yang mempunyai penutup melekat untuk mengelakkan penutup daripada jatuh ke atas jari atau lehernya.
Sumber: Facebook 

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Panduan Keselamatan Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM