Terkini

Menu

Risiko Madu Pada Bayi Bawah Satu Tahun

Bahaya Madu Pada Bayi Bawah Satu Tahun


Kenapa Madu Tidak Sesuai Bagi Bayi ?
Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun.


Kenapa tidak selamat?
Bahaya Madu Pada Bayi Bawah Satu Tahun
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Spora ini sukar dibunuh, tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.


Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit dan sakit badan.


Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.



Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’, dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan. Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan


Simtom-simtom:
Bahaya Madu Pada Bayi Bawah Satu Tahun
  1. Simtom perut yang berbeza dari kebiasaan (unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
  2. Kepenatan (lethargy,weakness)
  3. kesusahan untuk mengawal kepala (loss of head control)
  4. pertukaran nada nangis (altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Jika muncul simtom-simtom ini segeralah menghubungi pakar kanak-kanak atau doktor anda. Jika tidak segera mendapatkan rawatan, simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan, kaki, badan dan otot pernafasan


Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya, madu adalah selamat untuk orang dewasa. Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Jika dapat dipastikan bahawa bekalan madu itu bersih, madu boleh diberikan setengah sudu kecil ke dalam susu mereka atau beberapa titik terus ke dalam mulut mereka - Dr Zubaidi

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

3 ulasan to ''Risiko Madu Pada Bayi Bawah Satu Tahun"

ADD COMMENT
  1. Salam...sye nk tny...sye skarang breast feed baby sye yg beumur 20 hr...stiap mlm sye akn mkn sesudu madu sblm tdo...klu sye yg mkn adakah akn beri kesan kt bby sye?

    BalasPadam
  2. Salam... Setahu sy yg x berapa pandai nie, dlm islam, apabila bayi lahir, kita di galakkan utk mencalit sedikit kurma, madu & air zam2 ke lelangit bayi... Kalau memudaratkan, kita xkan disarankan utk berbuat demikian, btol x? Tujuan mencalit nie utk merangsang sistem deria bayi tersebut... Maaf jika tersalah info..

    BalasPadam
  3. Sunnah Nabi Muhammad saw untuk Tahnik anak baru lahir dgn Madu n Kurma. Ni terikut2 sangat fakta barat ni, semua pun tak boleh. Parents nowdays sangat over tau, bulat2 hadam apa Doc n ilmiah saintis barat cakap. Walhal dah tau dah, agenda yahudi dan Nasrani menyembunyikan hal sebenar kepada umat Islam.

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM