Terkini

Menu

Haid Lambat

Haid Lambat

Haid Lambat


Tidak datang haid atau kelambatan datang haid pada waktu/tarikh yang biasa keluar haid memang sering berlaku. Reaksi pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil ialah 'Adakah aku hamil?'

Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Oleh itu langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT boleh dibeli dimana2 kedai atau farmasi. Air kencing pertama ketika baru bangun dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah lambat 5 hari atau lebih. Malah ada yang boleh sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrsound scan boleh kesan karung kandungan bila haid sudah lewat seminggu.

Gangguan hormon boleh juga menyebakan lambat dtg haid. Apakah situasi2 yng menganggu hormon? Paling utama ialah stress fizikal,emosi dan mental yang dewasa ini banyak melanda kaum wanita. Stress ini munkin dicetuskan ditempat kerja, sekitar kawan2 , dijalan raya ketika memandu kereta, dirumah sekitaran ahli2 keluarga dan lain2 punca. Hormon stress memang mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid, menyebabkan kelambatan datang haid.

Gangguan hormon juga boleh dicetuskan dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak boleh dikawal dan kegemukkan memang boleh ganggu hormon menyebabakan kitaran haid terganggu.

Makanan2 'fast dan junk foods' yang sangat popular sekarang juga boleh mengganggu hormon wanita kerana makanan2 tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakkan makanan2 tersebut juga mengandungi banyak carbohidrat dan gula yang mudah menyebabkan kegemukkan/obesity. Jauhkan makanan2 tersebut jika ingin hamil dan gantikan dengan makan lebih buah2 dan sayuran.

Lambat datang haid juga mungkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur 'perimenopause' , atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak subur dan telor tidak menetas/ovulation. Tiada ovulation bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan kaedaan ini mengganggu imbangan hormon yang boleh menyebabakan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.

Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang disebabkan olih penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku ialh 'Polcystic Ovary Syndrome' atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan. Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga boleh menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendir bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.

Lain2 penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovary. Olih itu sangat penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound scanning - melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang merbahaya.

SUMBER : Dr.Hamit Arshad

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Haid Lambat "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM