Terkini

Menu

Menaiki Kapal Terbang Semasa Hamil?



Ramai wanita yang merasa curiga samada mereka selamat atau tidak untuk menaiki kapal terbang semasa hamil. Secara umumnya, wanita yang sihat adalah selamat untuk menaiki kapal terbang, walaubagaimana selepas 36 minggu ia tidak digalakan. Pastikan anda mengetahui tentang polisi syarikat penerbangan masing-masing ada yang menghadkan 32 minggu sebagai tahap yang dibenarkan dan ada juga yang melarang sekiranya kandungan sudah melebihi 28 minggu. 

Wanita yang mengalami pelbagai komplikasi kehamilan dan di anggap sebagai 'high risk' tidak digalakan untuk menaiki kapal terbang. Ini termasuk kencing manis yang tidak terkawal, placenta previa, darah tinggi dan mereka yang berisiko untuk keguguran dan kelahiran pra-matang.

Sentiasa bertanya kepada doktor anda sebelum perjalanan. Tidak semua syarikat kapal tebang memerlukan surat pengesahan doktor tetapi ia lebih baik sebagai tindakan berjaga-jaga untuk mengelakkan dari kesusahan yang mungkin timbul kelak. 


Terbang Semasa Di Awal Kehamilan 

Ia selamat tetapi menjadi kekuatiran ialah simtom seperti muntah-muntah dan alahan mengandung. Ia mungkin boleh menjadi teruk semasa diudara.. Anda mungkin perlu membawa beg-beg plastik kecil tambahan sebgai langkah berjaga-jaga. Selepas semester kedua pula ada sedikit risiko masalah kejadian darah beku 

Ini adalah tip-tip yang anda boleh amalkan semasa terbang diudara:
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa
  • Beli stoking yang boleh mengalakan pengaliran darah dari kaki ke jantung, stoking ini ada dijual difarmasi
  • Jangan silangkan kaki anda semasa perjalanan
  • Minum air secukupnya
  • Berjalan-jalan semasa diudara
  • Tinggikan kaki sekali sekala
  • Buat senaman kaki dan meregang.
Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

1 ulasan to ''Menaiki Kapal Terbang Semasa Hamil?"

ADD COMMENT
  1. Risau juga ya kesan kepada ibu mengandung if naik kapalterbang. Dulu semasa isteri sy pregnant, kebetulan tak naik flight ke mana2. Just naik kereta je.

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM