Terkini

Menu

Sembelit Ketika Hamil

Sembelit Ketika Hamil

Sembelit Ketika Hamil

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk. 

Sembelit dan buasir tidak merosakkan organ-organ dalaman wanita kerana ia tidak memberi kesan kepada usus. Apa yang puan boleh lakukan bagi mengurangkan sembelit ketika hamil adalah :

  • Diet tinggi serat. Makan makanan yang berserat tinggi. Buah-buahan, sayur, bijirin, roti berserat boleh membantu. Makanan seperti nasi, mi, mihun, kuey teow, roti canai bukan berserat tinggi ya puan!
  • Minum air (apa-apa jenis air) sepanjang hari. Bila kita hidup dalam cuaca Malaysia yang panas, banyak air akan hilang melalui proses perpeluhan. Oleh itu, wanita mestilah minum lapan hingga 12 gelas sehari. Bila digabungkan dengan diet berserat tinggi, air boleh membantu mengurangkan sembelit.
  • Senaman dan pergerakan tubuh termasuk tangan dan kaki amat perlu dalam menangani masalah sembelit. Ketika hamil, puan hendaklah banyak berjalan dan melakukan pergerakan setiap hari.
  • Elakkan pil-pil yang boleh menggalakkan pembuangan air besar kerana ia boleh menyebabkan sakit/kontraksi ketika hamil.
Sumber: Facebook
Sembelit Ketika Hamil

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Sembelit Ketika Hamil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM