Terkini

Menu

Memilih Coli Mengandung

Memilih Coli Mengandung

Cara Pilih Bra MengandungTerdapat pelbagai jenis baju dalam untuk wanita-wanita mengandung atau yang sedang menyusukan, dan memilih satu yang sesuai untuk anda boleh jadi sukar. Kami harap artikel ini dapat menjawab soalan-soalan anda. Pekerja-pekerja di kedai kami juga bersedia membantu anda.

Pemakaian coli semasa mengandung atau menyusukan adalah pilihan peribadi seseorang. Walau bagaimanapun, memakai coli yang memberi sokongan boleh mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur. Wanita yang mempunyai buah dada yang besar secara amnya akan berasa lebih selesa memakai coli.



Bila harus saya memakainya?
Masa yang sesuai untuk memakai coli mengandung adalah berbeza dari seorang wanita ke wanita yang lain dan tidak ada masa yang tetap bagi setiap orang. Buah dada akan mula bersedia menghasilkan susu pada awal kandungan dan bagi sesetengah wanita, buah dada mereka akan membesar lebih awal daripada wanita yang lain. Secara amnya, perubahan akan berlaku sekitar empat bulan (16 minggu kandungan) dan inilah masanya mencari coli, jika anda belum mula memakainya.

Coli yang cukup padan memberikan keselesaan dan sokongan, oleh itu mendapatkan seorang yang profesional untuk memadankannya untuk anda adalah satu idea yang baik. Perkhidmatan ini diberikan percuma. Anda akan dipadankan dengan saiz anda pada masa itu, kerana keperluan anda yang berubah-ubah telahpun disesuaikan dalam rekaan coli mengandung. Oleh itu, tidak perlulah anda membeli coli yang besar kerana terlalu besar juga tidak baik.


Benarkah saya tidak boleh menggunakan coli berdawai?
Ramai wanita suka memakai coli berdawai, dan mereka keliru apabila diberitahu bahawa coli sebegini tidak digalakkan dipakai semasa mengandung atau semasa menyusukan. Sebabnya, sekali lagi, ialah kerana bentuk buah dada anda sedang berubah. Semasa menyusukan anak, saiz buah dada boleh bertambah atau bekurangan pada waktu siang, kerana susu sedang dihasilkan dan dikeluarkan. Pengumpulan cecair pada akhir pengandungan juga boleh menyebabkan buah dada membengkak. Walaupun sedikit sahaja perubahan saiz berlaku, coli berdawai yang keras boleh menekan buah dada yang sedang membesar. Tekanan ini boleh menyebabkan saluran susu atau mastitis tersekat dan oleh sebab inilah coli berdawai yang tidak fleksibel tidak disyorkan. Walau bagaimanapun, sekarang terdapat coli penyusuan yang mempunnyai sokongan plastik yang fleksibel yang hampir sama dengan dawai. Ia direka untuk mengembang dan bertukar kedudukan, sejajar dengan perubahan bentuk buah dada. 



Coli untuk penyusuan
Coli yang direka untuk wanita mengandung juga boleh digunakan oleh wanita yang menyusukan. Coli mengandung dan coli menyusukan sebenarnya adalah sama.

Semasa mencuba jenis-jenis yang berlainan, jangan lupa buka dan tutup cawannya. Kebanyakan coli boleh dibuka untuk menyusukan dan sesetengahnya lebih mudah digunakan daripada yang lain. Carilah coli yang boleh dibuka keseluruhann cawannya, berbanding dengan jenis “pintu bumbung” yang boleh menekan buah dada semasa penyusuan. Ada juga jenis coli yang mempunyai kancing di hadapan dan bahu.



Perlukah saya memakai coli semasa tidur? 
Samada memakai coli atau tidak semasa tidur adalah pilihan individu. Ada wanita yang merasakan mereka memerlukan sokongan sepanjang masa, ada pula yang tidak selesa memakai coli. Coli malam yang khas boleh didapati, atau anda boleh juga memakai coli yang terbuka di hadapan atau coli lembut yang lain. 



Bagaimana menjaganya? 
Dapatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang coli. Memandangkan susu anda kadangkala meleleh, anda perlu menukar coli lebih kerap daripada biasa. Coli seharusnya dibasuh dengan tangan dan dengan sedikit sabun. Anda tidak perlu merendamnya dalam peluntur atau cecair berubat – ini akan melemahkan fabrik dan boleh menyebabkan kegatalan kulit. Jika anda menjaga coli dengan baik, ia boleh tahan sepanjang anda mengandung dan beberapa bulan selepas itu.

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Memilih Coli Mengandung "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM