Terkini

Menu

Panduan Membersihkan Bayi

Panduan Membersihkan Bayi

mandi bayi

Memandi dan membersihkan bayi kecil memang tugas yang menyeronokkan. Melihat mereka keseronokan berada dalam air membuatkan aktiviti mandi saat paling dinantikan. Tetapi awas kerana aspek keselamatan jangan diabaikan.

  • Sehingga bayi berusia enam bulan, sentiasa menggunakan air didih yang disejukkan untuk mencuci mata, telinga, mulut dan mukanya. Air yang mendidih membasmi sebarang bakteria dalam air.
  • Hanya bersihkan bahagian yang anda dapat lihat. Jangan cuba bersihkan bahagian dalam lubang atau telinga bayi anda. Hanya lapkan sebarang mukus atau lilin yang kelihatan dengan kapas yang dilembapkan. Jika tidak, anda hanya akan menolak kekotoran masuk kembali ke dalam hidung atau telinganya.
  • Bagi bayi perempuan, jangan sekali-kali memisahkan bibir farajnya untuk membersihkan bahagian dalamnya. Anda akan mengganggu aliran semula jadi mukus yang membawa keluar bakteria.
  • Bagi bayi lelaki, jangan sekali-kali menolak kulit khatannya ke belakang untuk membersih bahagian dalamnya. Anda mungkin mencederakan, mengoyak, atau merosakkan kulit tersebut.
  • Bagi bayi perempuan, sentiasa lap dari hadapan ke belakang apabila anda membersihkan bahagian badan di kawasan lampin. Ini mengelakkan kuman tersebar dari lubang dubur ke dalam faraj, yang boleh menyebabkan jangkitan.
  • Akhir sekali sentiasa bersihkan punggung bayi anda. Gunakan kapas yang baru untuk setiap pengelapan. Celup di dalam air suam.

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Panduan Membersihkan Bayi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM