Terkini

Menu

Cara Mencegah Ruam Lampin

Mencegah Bayi Dijangkiti Ruam Lampin

Anda pasti runsing apabila melihat punggung si manja kemerah-mera­han dipenuhi ruam, apatah lagi jika si kecil asyik merengek dan meragam kerana terlalu pedih setiap kali mem­buang air kecil atau besar.

Cegah ruam lampinRuam lampin bukan sejenis penya­kit tetapi ia boleh menyebabkan anak anda tidak berasa selesa. Keadaan ini boleh dipastikan apabila pungung si kecil anda kelihatan kemerah-mera­han dan ditumbuhi ruam halus.

Ketidakselesaan ini bagaimanapun bukan sukar diatasi, malah, anda bo­leh mengucapkan selamat tinggal kepada ruam lampin untuk selama-la­manya.

Apa yang penting ialah sebagai ibu bapa anda perlu bertindak untuk mencegah ketidakselesaan itu di kalangan anak anda.

Penggunaan lampin ketika ini tidak terhad kepada pemakaian lampin je­nis kain tetapi sekarang ini, ibu bapa sering memilih penggunaan lampin pakai buang untuk memudahkan me­reka dan memastikan anak mereka selesa untuk bergerak.

Penggunaan lampin jenis kain ma­hupun lampin pakai buang bagaima­napun bergantung kepada kulit bayi. Kulit bayi begitu halus dan sensitif dan kadangkala tidak semua bayi ter­lepas daripada masalah ruam lampin.


Berikut ialah langkah yang boleh diambil untuk cegah ruam lampin:

1) Elak menggunakan lampin. 

Sebagaimana kita sedia maklum perkataan ruam lampin berasal dari perkataan Inggeris iaitu diaper rash dan disebabkan diaper itu membawa maksud lampin, maka anak anda ti­dak sepatutnya menggunakan lampin.

Pakar Kanak-Kanak di University of Virginia di Pusat Kesihatan Sains di Charlottesville, Prof Dr. Gregory Ha­yden, berkata jika bayi anda menga­lami masalah ruam lampin, pastikan ia hanya digunakan jika perlu.

"Dengan cara ini, najis dan air ken­cing bayi tidak akan bersentuh de­ngan kulit bayi anda. Bagaimanapun, untuk memastikan kebersihan, anda boleh meletakkan bayi di atas seke­ping tikar getah yang turut dialas dengan sehelai kain", katanya.



2) Kerap menyalin lampin.

Jika anda masih mahu mengguna­kan lampin pada bayi, pastikan anda kerap menukarkannya untuk menge­lakkan ruam lampin. Ini juga dapat memastikan bayi anda sentiasa bersih dan berkeadaan kering.

Pakar Kanak-Kanak di University of Nebraska. Dr Jeannette Pergam, ber­kata kelembapan dan persekitaran yang hangat di bawah lampin boleh menyebabkan jangkitan pada kulit bayi yang halus.



3) Elak guna tisu pelembap. 

Pelbagai tisu pelembap yang boleh didapati di pasaran ketika ini. Bagai­manapun. sebaik-baiknya jauhi dari­pada menggunakannya. Ini kerana, kandungan alkohol dan beberapa ba­han kimia lain boleh menyebabkan kulit menimbulkan masalah pada ku­lit bayi anda.

Dr Pergam berkata. ibu bapa sepa­tutnya menggunakan kain basah ber­sama sabun lebih baik untuk mem­bersihkan punggung bayi anda. Ba­gaimanapun, pastikan anda membersih dan membilas kain itu dengan air bersih sebelum menggu­nakannya.



4) Keringkan punggung bayi. 

Apabila anda menukar lampin bayi, pastikan anda membersihkannya ter­lebih dulu dengan tuala kering. Se­baik-baiknya biarkan bahagian pung­gung bayi anda itu terdedah untuk beberapa minit sebelum memakaikan semula kain lampin.



5) Gunakan salap.

Sebahagian besar pakar kanak-ka­nak mengesyorkan penggunaan krim ruam lampin atau salap setiap kali anda menukarkan lampin bayi. Krim atau salap itu akan benindak sebagai penghalang kepada najis dan air ken­cing yang boleh menimbulkan radang kulit.

Mungkin ada yang menganggap penggunaan salap boleh menyebab­kan kulit menjadi lembap tetapi da­lam sebahagian besar kes salap boleh melindungi kulit bayi daripada masa­lah ruam lampin.



6) Gunakan bedak bayi.

Menyapukan punggung bayi anda dengan bedak debu boleh melindungi kulit daripada ruam lampin. Apabila menggunakan bedak debu, pastikan anda meletakkannya di atas tapak tangan anda dan menggosoknya se­ketika sebelum menyapu ke pung­gung bayi.



7) Jemur lampin.

Ada pendapat mengatakan bahawa sebaik-baiknya anda menjemur lampin yang dipakai oleh bayi dan tidak mengeringkannya dengan alat atau mesin pengering pakaian. Biarpun ini dianggap sebagai dongeng tetapi ha­kikatnya ia berkesan untuk mengelak­kan ruam lampin.



8) Elak guna seluar plastik 

Kadangkala selepas mengenakan lampin, anda akan memakaikan se­luar plastik kepada bayi. Sebaik-baik­nya elak menggunakan seluar plastik ini kerana ia akan melembapkan lampin anak anda dan menjadi punca kepada ruam lampin dan radang ku­lit.

Susunan Raihanah Abdullah

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Cara Mencegah Ruam Lampin "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM