Terkini

Menu

Aktiviti Untuk Kanak-Kanak 2-3 Tahun

Aktiviti Untuk Kanak-Kanak 2-3 Tahun

Aktiviti Untuk Kanak-Kanak 2-3 Tahun
Menulis bagi kanak-kanak bukan mudah. Ia bukan sekadar mengerak-gerakkan jari. Ibubapa jangan expect anak terus aje pandai menulis by the time they are 6 years of age. Untuk kanak-kanak 4, 5, 6 tahun memegang pensil dengan betul (tripod grasp), jari-jemari mereka sepatutnya dirangsang jauh lebih awal.

Daripada umur 0 - 3 tahun, beri peluang anak melakukan aktiviti memegang, meramas, meronyok, mengoyak pelbagai bahan (kertas, plastik, squeeze toys). Aktiviti sebegini merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak diberi peluang menggunakan jari jemari mereka, nanti lebih senang kita ajar mereka memegang pensil atau krayon dengan betul.


Cadangan untuk kanak-kanak 2-3 tahun di rumah atau di taska.

  • Aktiviti memegang (grasping / holding) - alat mainan masak-masak (sudip, senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola tenis, bola getah (pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang kanak-kanak kutip guli dan / atau pom-pom dan masukkan ke dalam botol atau bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi peluang kanak-kanak memggunakan 3 jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
  • Aktiviti meramas (squeezing) - ramas dan uli playdoh, ramas pasir, ramas perca kain, ramas mainan picit (squeeze toys).
  • Aktiviti meronyok (scrunching) - pelbagai jenis kertas (not newspaper please)
  • Aktiviti mengoyak - beri kanak-kanak jaluran kertas (paper stripes) selebar 2 cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan kecil.
Pastikan kanak-kanak melakukan semua aktiviti di bawah pengawasan orang dewasa ya.

Apa yang best aktiviti-aktiviti di atas bukan saja merangsang kemahiran jari jemari kanak-kanak tetapi juga koordinasi mata dan tangan mereka . This skill is every important in reading and writing.

Selamat mencuba!

Credit: cepatmembaca.blogspot.com

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

2 ulasan to ''Aktiviti Untuk Kanak-Kanak 2-3 Tahun"

ADD COMMENT
  1. Satu perkongsian yang sangat menarik!!!...


    Jemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi

    BalasPadam
  2. menarik idea2 nie...

    thank you :)

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM