Terkini

Menu

Kaedah Mencegah Kehamilan – Kondom Lelaki

Kaedah Mencegah Kehamilan – Kondom Lelaki

Apakah kondom lelaki?


Kondom lelaki adalah sarung yang dipakai di zakar untuk mengelakkan air mani daripada memasuki faraj. Kondom adalah salah satu kaedah mencegah kehamilan yang diperbuat daripada getah dan akan dibuang selepas setiap kali digunakan.

Terdapat satu takungan kecil di hujung kondom digunakan untuk menakung sperma semasa ejakulasi. Penggunaan kondom boleh mengurangkan kemungkinan hubungan secara langsung antara zakar dan serviks. Sesetengah kondom mengandungi ejen spermicidal yang direka untuk membunuh sperma.


Bagaimanakah keberkesanan kondom lelaki?

Menurut kajian, terdapat 2 daripada setiap 100 kondom akan pecah. Pelincir boleh digunakan untuk membantu mengelakkan kondom daripada terkoyah, tetapi tidak semua pelincir adalah selamat digunakan bersama kondom lateks.
Kondom mempunyai kadar kegagalan 14-15/100. Ejen spermicidal meningkatkan keberkesanan kepada lebih daripada 95% apabila digunakan dengan betul dan konsisten.


Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan kondom lelaki?

Penggunaan kondom lelaki tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali kepada individu yang alah kepada getah.


Adakah kondom lelaki membolehkan kehamilan semula jika tidak digunakan?

Ya. Ia adalah mungkin untuk hamil serta-merta jika kondom tidak lagi digunakan.


Apakah hubungan antara kondom lelaki dan penyakit kelamin?

  • Kondom adalah satu-satunya alat mencegah kehamilan yang boleh mengurangkan transmisi penyakit kelamin. Walaubagaimanapun, kondom tidak boleh menghalang pendedahan 100% transmisi penyakit kelamin dan hanya boleh mengurangkan pendedahan jangkitan penyakit kelamin.
  • Penggunaan kondom lelaki tidak mengurangkan transmisi jangkitan virus human papiloma (HPV) atau Trichomonas vaginalis.
  • Jangkitan sifilis dikurangkan 29% untuk penggunaan lazim dan boleh dikurangkan 50-71% apabila kondom lelaki digunakan dengan betul 100% pada setiap masa .
  • Jangkitan gonorrhea dan chlamydia dikurangkan lebih kurang 50% walaupun kondom digunakan 100% setiap masa.
  • Jangkitan herpes genital dikurangkan sebanyak kira-kira 40%.
  • Jangkitan HIV dikurangkan sebanyak kira-kira 85% apabila kondom digunakan dengan betul 100% dalam setiap masa.



Apakah kebaikan dan kekurangan penggunaan kondom lelaki?

Kebaikan kondom lelaki termasuk:
  • Salah satu kaedah mencegah kehamilan yang boleh mengurangkan transmisi jangkitan penyakit kelamin.
  • Kondom lelaki murah dan mudah diperolehi
  • Tiada kesan sampingan melainkan kepada sesiapa yang alah kepada lateks.
  • Kondom lelaki adalah kecil, mudah dibawa dan senang dikendali selepas digunakan.



Kekurangan kondom lelaki termasuk:

  • Sesetengah lelaki merasa kurang sensasi
  • Mungkin mengganggu semasa melakukan hubungan intim.

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Kaedah Mencegah Kehamilan – Kondom Lelaki "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM