Terkini

Menu

Browsing "Older Posts"

Browsing Category "Pendidikan"

Rahsia Anak Membesar Tinggi: Bukan Sekadar Genetik!

/ No Comments

Rahsia Anak Membesar Tinggi: Bukan Sekadar Genetik!


Setiap ibu bapa pasti mahu melihat si manja membesar dengan sihat, kuat, dan sudah tentu, tinggi lampai. Selalunya kita berfikir, "Alah, ketinggian ini kan ikut keturunan. Kalau ibu bapanya tidak tinggi, anaknya pun sama." Sebenarnya, tanggapan itu tidak seratus peratus tepat!


Genetik memang memainkan peranan sekitar 60-80%, umpama pelan induk sesebuah bangunan. Tetapi, untuk membina rumah yang kukuh dan teguh, kita perlukan bahan binaan yang berkualiti, tukang yang mahir, dan penjagaan yang betul, bukan? Nah, di situlah peranan pemakanan, senaman, dan gaya hidup sihat. 


Jadi, jangan cepat putus asa! Ada banyak perkara yang Ayah dan Bunda boleh lakukan untuk membantu si kecil mencapai potensi ketinggian maksimumnya. Jom kita bongkar rahsianya satu per satu!


1. Menu 'Superstar' untuk Tulang yang Kuat

Anggaplah makanan sebagai bahan api dan juga batu-bata untuk tumbesaran. Tanpa "peluru" yang betul, enjin tumbesaran si kecil tidak akan berjalan dengan optimum. Pastikan pinggan makannya sentiasa berwarna-warni dan kaya dengan nutrien penting ini:

  • Sang Jeneral, Protein: Ini adalah komponen utama untuk membina semua tisu badan, daripada otot hinggalah tulang. Sumber terbaiknya ada dalam telur, daging ayam, ikan, daging lembu, tauhu, dan tempe.  

  • Pasangan Hebat, Kalsium & Vitamin D: Kalsium adalah mineral utama yang menjadikan tulang padat dan kuat. Tetapi, kalsium tidak boleh berfungsi sendirian tanpa "pemandunya", iaitu Vitamin D, yang membantu penyerapannya. Ajak anak minum susu, makan keju, yogurt, brokoli, dan ikan salmon. Jangan lupa berjemur pada waktu pagi untuk mendapatkan Vitamin D percuma daripada alam!. 

  • Pasukan Sokongan Lain: Jangan lupakan Zat Besi untuk membawa oksigen ke seluruh badan, Zink untuk penghasilan hormon tumbesaran, dan pelbagai vitamin (A, C, K, B12, E) yang terdapat dalam sayuran hijau, ubi keledek, oren, dan kekacang. 

2. Tidur Lena = 'Kilang' Hormon Tumbesaran Beroperasi!

Ini dia rahsia yang sering terlepas pandang. Tidur bukan sekadar berehat, tetapi pada waktu inilah "kilang" hormon tumbesaran (HGH) dalam badan anak bekerja paling aktif!. Sekitar 75% HGH dihasilkan semasa anak tidur lena, terutamanya dalam satu jam pertama selepas terlelap.

Kurang tidur atau kerap berjaga malam sama seperti menutup paksa kilang ini. Pastikan si kecil mendapat tempoh tidur yang mencukupi mengikut usianya : 

  • Kanak-kanak kecil (1-3 tahun): 11-14 jam

  • Prasekolah (3-5 tahun): 10-13 jam

  • Usia sekolah (6-13 tahun): 9-11 jam

  • Remaja (14-18 tahun): 8-10 jam

Tip Tidur Berkualiti: Cipta rutin tidur yang konsisten, jadikan bilik sejuk dan gelap, dan yang paling penting, jauhkan gajet sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur!.

3. Jom Bergerak! Sukan Seronok yang Bantu Tumbuh Tinggi

Anak yang aktif bergerak mempunyai peluang lebih besar untuk membesar tinggi. Senaman bukan sahaja menguatkan tulang dan otot, tetapi juga merangsang pembebasan hormon tumbesaran. Ajak si kecil mencuba beberapa sukan yang menyeronokkan ini:

  • Berenang: Sukan ini meregangkan seluruh badan dan menguatkan tulang belakang tanpa memberi beban berlebihan pada sendi. Gaya dada dan gaya bebas sangat disyorkan!.  

  • Bola Keranjang & Bola Tampar: Pergerakan melompat-lompat semasa bermain bola keranjang atau bola tampar memberikan rangsangan terus kepada tulang kaki dan tulang belakang. 

  • Lompat Tali (Skipping): Mudah tetapi hebat! Setiap lompatan mencetuskan tindak balas tumbesaran pada tulang.   

  • Berbasikal: Mengayuh basikal, lebih-lebih lagi dengan tempat duduk yang dilaraskan sedikit tinggi, berkesan untuk meregangkan otot dan tulang kaki.   

  • Bergayut (Hanging): Ajak anak bergayut di palang taman permainan. Pergerakan ini membantu meregangkan ruas-ruas tulang belakang.  

4. Jangan Bongkok! 'Curi' Beberapa Sentimeter dengan Postur Sempurna

Sudah makan berkhasiat, tidur cukup, dan rajin bersenam, tetapi mengapa nampaknya masih kurang tinggi? Cuba periksa postur badannya. Tabiat duduk atau berdiri membongkok boleh menekan tulang belakang dan "menyembunyikan" beberapa sentimeter ketinggian sebenar.  

Ajar si kecil sejak dari awal untuk : 

  • Duduk tegak dengan belakang badan rapat pada sandaran kerusi.

  • Berdiri tegap dengan bahu ke belakang.

  • Pastikan perabot seperti meja dan kerusi belajar sesuai dengan saiz anak untuk menyokong postur yang baik. 

Membantu anak mencapai ketinggian ideal bukanlah satu perlumbaan, tetapi satu perjalanan. Dengan gabungan pemakanan seimbang, tidur yang cukup, aktiviti fizikal yang menyeronokkan, dan postur yang betul, anda sedang memberikan hadiah terbaik untuk masa depannya: asas kesihatan yang kukuh seumur hidup.

Makin Dilarang Makin Dia Buat, Ingatkan Anak Degil Rupanya Saya Silap

/ No Comments
Makin Dilarang Makin Dia Buat, Ingatkan Anak Degil Rupanya Saya Silap

Sebagai ibu bapa, pastinya selalu melarang atau menegur anak dari melakukan perkara-perkara yang tidak boleh atau berbahaya. Namun adakalanya, larangan atau teguran itu tidak diendahkan. Malah si anak semakin menjadi-jadi pula nak melakukannya.

Sehingga satu tahap, ibu bapa menjadi stress dan marah kerana menyangka si anak terlalu degil. Namun menurut Doktor Taufiq Razif, ibu bapa perlu mengenal pasti anak-anak tergolong dalam kategori Auditory atau Kinestetik.

DULU saya ingat anak saya degil. Rupanya..

Maryam Soolihah ini, kalau dilarang memang tak makan saman. Kadang-kadang, makin dilarang, makin dia buat. Rupanya saya silap! Bila kita larang ni, kebanyakan kanak-kanak AUDITORY akan dengar cakap sebab mereka mudah faham bila kita guna perkataan.

Makin Dilarang Makin Dia Buat, Ingatkan Anak Degil Rupanya Saya Silap

Tetapi Maryam Soolihah ini anak KINESTETIK. Bergegar rumah cakap 'jangan' pun memang susah dia nak dengar sebab dia bukan jenis Auditory. Jadi, kalau nak larang dia pegang gelas panas, saya perlu beri dia rasa dulu apa itu panas.

Kalau nak larang dia main pokok kaktus yang tajam, saya perlu beri dulu dia menyentuh hujung duri yang tajam.

Ye, anak kinestetik ini lebih faham dengan pengalaman berbanding pendengaran.

Ya Allah, maafkan Abi anakku. Selama ini, Abi ingatkan awak degil, rupanya teknik parenting Abi yang salah!

Tips Penggunaan Flashcard Yang Betul Untuk Merangsang Otak Anak Dengan Cepat!

/ No Comments
Tips Penggunaan Flashcard Yang Betul Untuk Merangsang Otak Anak Dengan Cepat!
Bagi memastikan tahap kecergasan otak anak-anak sentiasa berada di tahap yang tinggi adalah apa yang diidamkan oleh semua ibu bapa. Terdapat juga banyak cara untuk menstimulasikan daya intelek anak dan ianya tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran berdasarkan buku sahaja. Antara pembelajaran yang sesuai dan banyak diperkata ramai ialah melalui flashcard. Namun ada yang sokong dan ada yang tidak menyokong pembelajaran melalui flashcard kerana bimbang anak tidak pandai berhubung dengan realiti. Jom kita baca perkongsian bernas dari Puan Khadijah Tahirah Seikh Salim mengenai faedah pembelajaran melalui ‘flashcard’. Memang menarik!

PENGALAMAN MENDIDIK ANAK MELALUI ‘FLASHCARD’


Kebelakangan ni ada yang menyalahkan flashcards sebagai penyebab masalah pembangunan anak. Mencuri zaman kegirangan mereka, anak dihadapkan flashcards 24jam. Tiada peluang meneroka dan bermain seperti fitrahnya. Benarkah?

Tips Penggunaan Flashcard Yang Betul Untuk Merangsang Otak Anak Dengan Cepat!
Sumber: www.youtube.com

Saya kongsikan sedikit pengalaman saya yang tidak seberapa. Mudah-mudahan ada yang mendapat manafaat. Saya memulakan flashcards dengan anak ke 4 saya. Pada ketika itu Abdullah berusia 4 bulan. Sebelum bermain flashcards terlebih dahulu saya sedia maklum dengan beberapa prinsip berkaitan otak, serta terus belajar lagi dan lagi. Antaranya, yang paling terpahat di kepala saya ialah kata-kata Dr Glenn Doman, bahawa “BRAIN GROWS BY USE” “Pembangunan anak ialah pembangunan otak, pembangunan otak ialah pembangunan fizikal.”

Pesan Dr Glenn,

“We must never forget the basic fact: “The brains grows by use”.
The visual, auditory, and tactile pathways are part of the brain.
The child’s visual pathway from the eyes to the brain grows by use.
The child’s auditory pathway from ears to the brain grow by use.
The child’s tactile pathway from the skin to the brains grows by use.

This means that every time he sees, his visual pathway is actually grows. This makes seeing easier and better. This cycle of improvement proceeds until his visual pathway is totally, completely, and fully mature. The same principles apply to the auditory and tactile pathways as well as the olfactory and gustatory pathways.” Ternyata otak anak membangun hanya jika digunakan! Anak perlu mendapat rangsangan dari semua sensorinya melalui penglihatan (visual), pendengaran( auditory), sentuhan(tactile), bau( olfactory), rasa(gustatory), vestibular (keseimbangan badan).

Tips Penggunaan Flashcard Yang Betul Untuk Merangsang Otak Anak Dengan Cepat!
Sumber: http://gallery.tryhandmade.com/


Maklumat-maklumat dari sensori dihantar ke otak, otak digunakan, dan seterusnya membangun. Sehingga anak boleh menghasilkan penglihatan. Menghasilkan perasaan. Menghasilkan pergerakkan. Menghasilkan pendengaran, bahasa dan bertutur. Menghasilkan daya manipulasi, mengenggam, menulis, melukis. Mengenal bahaya, menyelamatkan diri dan berdikari. Serta, kemuncaknya bila, penglihatan, pendengaran, pertuturan, pergerakkannya mentauhidkan Allah Taala. Inilah matlamat kita ibu bapa Islam. Setuju?

Faham akan prinsip ini, aktiviti yang kami buat berbentuk MENYELURUH. Seluruh SENSORI dan MOTOR Abdullah perlu dirangsang. Manakala bermain flashcards amatlah sedikit sebenarnya dari keseluruhan aktiviti seharian kami. Flashcards ialah kad yang dilayangkan dengan pantas, cepat, dan sekejap dihadapan anak. Kepantasannya 1 kad 1 saat. Untuk yang expert mereka lebih cepat dari ini. Kami bermula dengan kad “Dots Math” 5 kad untuk 3sesi, masa diambil sekitar 15saat sehari. Sehingga ke peringkat sedikit advance sekitar 45saat SAHAJA sehari. Hidup kami bukan berkembang sekadar dengan beberapa keping kad. Banyak lagi yang kami lakukan bersama.

Sumber: www.verywell.com


IDEA AKTIVITI BERSAMA ANAK

Ini senarai lebih 10 aktiviti kami.
  1. Grasp reflect -gengaman/daya manipulasi
  2. Babinski reflect- urutan di kaki
  3. Vestibular- hayunan dan rocking dari pelbagai paksi
  4. Brushing and massage- tactile stimulation
  5. Borak dan berbual all the time, dengan character “mak dizzy blonde” versi muslimah of course
  6. Meniarap – lebih banyak anak meniarap lebih cepat ia akan menjulur dan merangkak. Lebih banyak ia menjulur dan merangkak, lebih kukuhlah kemampuan mobiliti nya untuk meneroka.
  7. Semakin Abdullah besar semakin banyak yang kami lakukan bila kemampuan visual, mobiliti, daya manipulasinya meningkat.
  8. 7 bulan mula naik tangga setiap hari (umi tunggu dan berbual)
  9. 9 bulan mula naik kenderaan ala basikal dalam rumah.
  10. 9 bulan join main di luar.
  11. 11 bulan main slide, panjat dan turun sendiri. Wheeee, terjelir-jelir lidah, cheeky sang Atlanta
  12. 12 bulan naik kenderaan ala basikal di jalan raya (luar rumah)
  13. Main air waktu mandi (unstructured waterplay)
  14. Bongkar baju(kepakaran ni) ni dia main sorang.
  15. Menyepah rumah (free style play)
  16. Main play doh.
  17. Main beads and string.
  18. Main batu, tanah diluar.
  19. Main di playground.
  20. Main buai (boleh dilepaskan berayun sendiri)
  21. Main bola. Angkat, baling.
  22. Berjalan di pelbagai permukaan berbeza, mendaki, menurun, berbatu, rata, landai.
  23. Main ais dalam gelas kalau makan di luar.
  24. Membawa balance bike.
  25. Banyak lagi yang tidak tersenarai.
  26. Tetapi satu yang pasti, lots of love, hugs, kisses, and no gadget.

Apa yang ingin saya katakan disini, pengunaan flashcards mengikut cara permainannya yang betul, mengambil masa sekejap saja. Jauh lebih penting ibu ayah/pendidik memahami ilmu dan keperluan untuk otak anak membangun. Serta bentuk pengisian diberikan untuk anak sepanjang hari. Harapnya ini menjernihkan suasana. Tiada istilah flashcards digunakan 24jam. Anak yang dimainkan flashcards bermain dan meneroka seperti anak lain. Malahan yang membezakan ialah sebanyak mana PELUANG dan KEPERCAYAAN yang diberikan kepadanya.



Mengajar anak kecil bukan perlumbaan, ia satu peluang.

Sumber: siraplimau.com

Ketahui Gaya Belajar Anak Anda Dahulu Sebelum Mendidik

/ No Comments

Ketahui Gaya Belajar Anak Anda Dahulu Sebelum Mendidik


Ketahui Gaya Belajar Anak Anda Dahulu Sebelum Mendidik
Ciri-ciri anak VISUAL

  1. Lebih mudah mengingati apa yang dilihat berbanding apa yang didengar.
  2. Lebih suka membaca daripada dibacakan.
  3. Suka menulis sesuatu sambil bercakap.
  4. Lebih suka melukis daripada mendengar muzik.
  5. Tidak terganggu dengan bunyi-bunyi bising ketika melaksanakan sesuatu.
  6. Lebih mudah memahami arahan-arahan bertulis berbanding lisan.

20 Tips Menangani 'Sindrom Hari Pertama Sekolah'

/ No Comments

20 Tips Menangani 'Sindrom Hari Pertama Sekolah'

20 Tips Menangani 'Sindrom Hari Pertama Sekolah'

Beberapa tips yang boleh ibu bapa cuba untuk menyediakan anak-anak dengan proses transisi ini. (juga boleh diamalkan untuk yang baru nak dihantar ke pengasuh, tadika dan seangkatan dengannya).

7 Langkah Berkesan Menangani Anak Tidak Mahu Ke Sekolah

/ No Comments

7 Langkah Berkesan Menangani Anak Tidak Mahu Ke Sekolah

7 Langkah Berkesan Menangani Anak Tidak Mahu Ke Sekolah

Anak yang enggan ke sekolah adalah suatu masalah yang normal yang sering dihadapi oleh kebanyakkan ibu bapa, terutamanya bagi anak sulung yang pertama kali masuk sekolah (Sekolah Pra mahu pun Darjah satu)


Cara Membuat Sendiri Pasir Mainan

/ No Comments

Cara Membuat Pasir Mainan  



Selain menggunakan pasir sebenar, jom kita buat pasir!

Bahan-bahan yang amat mudah:-

1. Tepung
2. Garam
3. Minyak

Campur dalam nisbah 1:1:0.5

Sumber : The Qaisers

5 Pemainan 'White Board' Tingkat Kemahiran Bahasa Anak

/ No Comments

5 Pemainan 'White Board' Tingkat Kemahiran Bahasa Anak

5 Pemainan 'White Board' Tingkat Kemahiran Bahasa Anak

Kanak-kanak dan gajet sekarang ni memang tak boleh dipisahkan, betul tak? Umur setahun dua pun dah pandai tekan-tekan ipad. Nak larang pun tak boleh, sebab memang zaman mereka zaman teknologi. Kenalah mengikut arus kalau tak nak jadi macam katak kan? :D

Apa Itu Autisma

/ No Comments

Apa Itu Autisma

Apa Itu Autisma

Autisma merupakan “neurodevelopmental disorder” yang mana dicirikan dengan gangguan interaksi sosial, komunikasi sama ada verbal atau bukan verbal, dan perbuatan yang terbatas dan berulangan. Ciri-ciri autisma boleh dikesan dan diperhatikan pada kanak-kanak tersebut sebelum berumur 3 tahun. Autisma berlaku apabila sel saraf dan sinaps di otak kanak-kanak tidak berhubung secara normal. Namun begitu, penyebab dan mekanisma bagaimana autisma memberikan kesan masih belum dapat dikenalpasti.

Permainan Yang Sesuai Untuk Perkembangan Anak 1 Hingga 2 Tahun

/ No Comments

Permainan Untuk Perkembangan Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun


Semakin meningkat usia kanak-kanak, semakin kompleks perkembangan bermain mereka. Mereka akan berimaginasi dan mencuba setiap barangan dan peralatan dan dijadikan mainan. Mereka juga semakin kreatif dan tidak takut untuk mencuba perkara baru. Ada kalanya periuk belanga ibu pun dibuat mainan. Persekitaran yang membenarkan mereka bergerak, bermain dan berimaginasi akan membolehkan mereka berkembang dengan lebih pesat.

Pendidikan Seks: Apa Yang Anda Perlu Dijawab

/ No Comments

Pendidikan Seks: Apa Yang Anda Perlu Dijawab

 Seks: Apa Yang Anda Perlu Dijawab

HARI ini mari kita berbincang mengenai pendidikan seks untuk anak-anak. Bagaimana cara menangani anak-anak yang bercakap mengenai the bird and the bees mereka.

Kerja Rumah Yang Sesuai Mengikut Umur Anak Anda

/ No Comments

Kerja Rumah Yang Sesuai Mengikut Umur Anak Anda

Kerja Rumah Yang Sesuai Mengikut Umur Anak Anda

Apakah kerja rumah yang sesuai mengikut umur anak anda? Mesti ramai ibu bapa yang tertanya-tanya apakah tugasan yang anda boleh berikan kepada anak-anak terutama bagi anak yang masih kecil berumur dalam lingkungan 2 ke 4 tahun.

Rasulullah Galakkan Anak Sertai Pertandingan

/ No Comments

Rasulullah Galakkan Anak Sertai Pertandingan 



Perlumbaan dan pertandingan secara umumnya dapat menggerakkan semangat manusia, terlebih lagi bagi kanak-kanak yang memiliki perasaan dan kemampuan terpendam yang tidak diketahui melainkan hanya terzahir ketika dirinya berada di hadapan orang yang harus dia kalahkan secara kompetitif.

6 Tips Mengajar Anak A.B.C

/ No Comments

6 Tips Mengajar Anak A.B.C 


Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.

Aktiviti Untuk Kanak-Kanak 2-3 Tahun

/ 2 Comments

Aktiviti Untuk Kanak-Kanak 2-3 Tahun

Aktiviti Untuk Kanak-Kanak 2-3 Tahun
Menulis bagi kanak-kanak bukan mudah. Ia bukan sekadar mengerak-gerakkan jari. Ibubapa jangan expect anak terus aje pandai menulis by the time they are 6 years of age. Untuk kanak-kanak 4, 5, 6 tahun memegang pensil dengan betul (tripod grasp), jari-jemari mereka sepatutnya dirangsang jauh lebih awal.

Idea Untuk Kongsi Masa Terluang Dengan Anak Perempuan

/ No Comments

Idea Untuk Kongsi Masa Terluang Dengan Anak Perempuan 


Para ibu sekalian, anda pasti ingin mengeratkan lagi ikatan kasih sayang dengan si anak perempuan..bukan? Oleh itu, berikut kami kongsikan tips-tips atau cara menarik untuk membantu anda berkongsi keceriaan bersama anak perempuan dan keluarga pada setiap hari. Berikut adalah cara-cara menarik berkongsi masa dengan si anak perempuan.

Penuhi Rasa Ingin Tahu Anak

/ No Comments

Penuhi Rasa Ingin Tahu Anak


Penuhi Rasa Ingin Tahu Anak
Sepanjang usia anak di antara dua hingga enam tahun, mereka sudah mula mempelajari sedikit demi sedikit tentang diri, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang berada dalam lingkungan mereka.

Mengajar Bayi Mengenal Huruf

/ No Comments

Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah


Mengajar Bayi Mengenal HurufTajuk di atas nampak gempakkan, Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah. Selain itu, pernah tak anda dengar tentang berita yang keluar di tv atau suratkhabar tentang bayi berusia sekian-sekian bulan atau kanak-kanak kecil mampu untuk membaca, menyelesaikan masalah matematik atau yang seumpamanya dengannya. Apa yang kita terfikir ? Wah, geniusnya budak ni ! Kita pun berharap-harap yang anak kita sendiripun akan jadi genius macam tu tapi …

Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 12 - 24 Bulan

/ No Comments

Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 12 - 24 Bulan


Perkembangan Kanak-Kanak
Sebelum ini saya pernah menulis artikel berkenaan Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-kanak: 1 – 12 Bulan dimana pada usia tersebut kanak-kanak mula belajar untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru mereka. 

Bagi kanak-kanak berusia 12 -24 bulan pula, kanak-kanak mula untuk meneroka dan mempelajari perkara baru di persekitaran mereka. Pada usia ini juga kanak-kanak sudah mula berjalan dan aktif bergerak untuk meneroka. 

Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang biasanya kanak-kanak akan perolehi pada usia ini:



12 – 15 BULAN


 PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Menoleh apabila nama dipanggil

· Memahami beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga, susu, kereta, bola, baju dsbg)

· Memahami arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?, cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)

· Menyebut bunyi-bunyi seperti bersembang tetapi tidak difahami (jargon)

· Vokalisasi mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan

· Meniru bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang disebut yang dilakukan oleh orang dewasa

· Memahami kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)

· Mula menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)
·    Kurang memasukkan objek ke dalam mulut

·    Meniru orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam kotak dan mengeluarkannya)

·    Menyukai permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang

·    Mencari objek yang hilang dari pandangan

·    Ingin sentiasa bersama-sama orang yang dikenali

·    Bermain



16 – 17 BULAN

PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Memahami dan mematuhi arahan mudah seperti “jangan pegang, bagi ayah bola, cium mama dsbghya
· Bercakap dengan kuat menggunakan bunyi dan pelbagai tune suara (tetapi sukar difahami)

· Menyebut 2-6 atau lebih perkataan secara spontan dalam konteks yang betul

· Memberitahu kehendak dengan menunjuk dan vokalisasi

· Menunjuk kepada orang yang dikenali, objek, haiwan dsbgnya apabila disuruh

·    Meneroka dan mencuba peralatan-peralatan di dalam rumah dan mainan. Berminat dengan peralatan / mainan yang mengeluarkan bunyi

·    Jarang sekali memasukkan objek ke dalam mulut

·    Membawa anak patung dengan memegangnya pada kaki, rambut atau pakaian

·    Menyepahkan mainan di atas lantai ketika bermain

·    Suka bergerak dan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat dengan orabg, objek dan kejadian di sekeliling

·    Memerlukan tunjuk ajar dan pengawasan dari bahaya semasa meneroka kawasan sekeliling.



18 – 19 BULAN

PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Memahami dan melalukan arahan mudah yang diberikan (cth: ambil kasut mama, tutup pintu, mana kucing adik)
· Bercakap sendiri ketika bermain dengan mengeluarkan bunyi-bunyi yang kurang jelas menggunakan julat pitch yang lebih besar, dan menggunakan intonasi seperti sedang bersembang

· Memberi tumpuan pada komunikasi yang ditujukan kepadanya

· Menggunakan / menyebut 6-20 atau lebih perkataan yang difahami

· Mengulang bunyi yang ditekan atau bunyi akhir perkataan yang disebut kepadanya (cth: datang sini à ini)

· Meminta sesuatu dengan menunjuk kepada objek disertai dengan sebutan vocal yang kuat atau perkataan

· Suka kepada lagu kanak-kanak (nursery rhymes) dan cuba untuk meniru nyanyian lagu

· Mengenali /menunjuk kepada anggota badan yang disebut (mata, hidung, tangan, rambut dsbgnya)

·     Boleh memegang sudu dan dan menyuapkan makanan ke dalam mulut

·    Memegang cawan dengan dua tangan dan memulangkan cawan kepada orang dewasa selepas minum

·    Membuka kasut, stoking, topi dengan sendiri

·    Mula memberi tahu sekiranya mereka membuang air besar/kecil

·    Meneroka persekitaran dengan lebih aktif dan memahami persekitaran dengan lebih baik

·    Sudah tidak memasukkan mainan ke dalam mulut

·    Mengingati tempat dimana objek/mainan disimpan

·    Meniru aktiviti harian seperti membaca buku, memberi patung makan, mencuci baju dsbgnya

·    Suka memasukkan dan mengeluarkan objek dari bekas

·    Masih bergantung kepada orang yang dikenali terutama ibu



24 BULAN (2 TAHUN)

PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Memahami dan melakukan arahan mudah yang diberikan (cth: tengok papa bawa balik apa, panggil papa makan dsbgnya)

· Menggunakan 50 atau lebih perkataan yang difahami dan memahami banyak perkataan

· Menyambung 2 – 3 perkataan untuk membentuk ayat

· Menggunakan nama untuk merujuk pada diri

· Bercakap sendiri ketika bermain tetapi masih sukar difahami

· Mengulang perkataan / ayat yang disebut

· Banyak bertanya nama objek dan orang

· Menyanyi lagu kanak-kanak

· Menunjuk dengan betul dan meniru sebutan untuk anggota badan, mata, hidung, mulut, rambut, kaki, tangan

· Memberi dan menamakan objek apabila di minta / di suruh

·    Meminta makanan atau minuman

·    Memakai kasut dan topi dengan sendiri

·    Perasaan ingin tahu yang kuat. Suka membuka pintu dan keluar rumah. Kurang memahami bahaya yang ada

·    Mengikut ibu berjalan di dalam rumah dan meniru perbuatan ibu semasa bermain

·    Bermain permainan olok-olok (pretend play) seperti menolak anak patung di dalam stroller dan memberi makan kepada anak patung.

·    Suka menarik perhatian ibu kepadanya

·    Memeluk atau duduk berdekatan ibu apabila keletihan atau ketakutan

·    Mengamuk apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini tetapi mudah untuk di alih perhatian

·    Tidak pandai berkongsi mainan atau perhatian orang dewasa

·    Bermain berhampiran kanak-kanak lain tetapi bukan bersama mereka


Perkembangan mendengar, bahasa dan social kanak-kanak berkembang dengan pesat ketika usia ini. Mereka juga mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat dan akan meniru dan meneroka persekitaran mereka. Oleh itu, sangat penting untuk ibu bapa memberikan banyak peluang untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu yang baru.

Sumber