Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan
makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan
pada luka.
Telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah
Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau
yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan
(menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.
Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah
seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan
tubuh sejuk atau ‘berangin’.
Resepi Ibu Semasa Berpantang
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah – ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih – ditumbuk [A]
2 sm halia – ditumbuk [A]
1 keping asam keeping Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris
Cara menyediakan:
a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.
b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.
c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau
rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan
garam. Kacau rata dan hidangkan.
Untuk dapatkan
15 Resepi Ibu Semasa Berpantang,pembaca boleh download di sini .. Insya-Allah resepi itu akan banyak membantu ibu-ibu yang tengah berpantang
Sumber