Terkini

Menu

Browsing "Older Posts"

Browsing Category "Petua"

Karakter Anak Berdasarkan Mainannya

/ No Comments

Sudah menjadi normal buat ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan situasi anak-anak menangis dan meraung meminta barang permainan. Ada yang lebih gemarkan patung, ada yang sukakan kereta mainan dan lain-lain lagi. Tetapi, tahukan anda bahawa jenis permainan yang dipilih oleh anak-anak sebenarnya boleh melambangkan identiti dan personaliti mereka.
Jadi, ini merupakan 8 jenis mainan yang boleh melambangkan karakter anak-anak anda. Bukan dari sudut negatif sahaja tau beli mainan untuk anak-anak, dari sudut yang positif pun ada juga.

KARAKTER ANAK-ANAK BERDASARKAN JENIS MAINAN

1. DINOSAUR

Daya fikiran yang kuat dan suka menghafal.

2.BULLDOZER

Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat.

3. PATUNG BARBIE

Mempunyai keperibadian yang lembut dan manja.

4. KAPAL TERBANG

Bijak menghafal dan suka dengan teori.

5. KERETA

Anak-anak yang lebih ceria dan mudah mesra.

6. PERMAINAN MEMASAK

Seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.

7.PERMAINAN DOKTOR

Seorang yang mempunyai keperibadian yang cepat matang.

8. PERMAINAN MUZIK

Merupakan seorang yang kreatif dan meminati teori.
*Anak-anak anda suka mainan yang mana?

Tips Untuk Anak Cepat Pandai Bercakap

/ No Comments

Tips Untuk Anak Cepat Pandai Bercakap

Tips Untuk Anak Cepat Pandai Bercakap

Bercakap merupakan salah satu cara komunikasi yang biasa digunakan masyarakat. Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak mereka bercakap secepat dan selancar yang mungkin. Kemahiran bercakap penting kepada anak-anak untuk pelbagai tujuan. 

10 Tips Membeli Ikan Segar Di Pasar Oleh Chef Jamie Oliver

/ 1 Comment

10 Tips Bagaimana Untuk Membeli Ikan Segar Di Pasar Seperti Chef Jamie Oliver

Tips Membeli Ikan Segar Di Pasar

Let’s face it. Jika anda tidak tahu beza ikan pelata dengan ikan cencaru, besar kemungkinan tidak akan mengotorkan tangan anda untuk memilih ikan dari timbunan banyak-banyak ikan di meja peniaga ikan. Anda akan bagitahu ikan apa yang anda mahu, berapa kilo, bayar dan terus beredar. Before you know it, isteri/ibu/kawan anda akan bersumpah tidak akan membenarkan anda membeli ikan untuknya lagi kerana anda baru sahaja membeli ikan yang tidak segar.

Cara Betul Mengukur Saiz Bra

/ 4 Comments

Cara Betul Mengukur Saiz Bra

Pemakaian pakaian dalam yang bertepatan sangat penting. Antara kesan negatif pemakaian bra yang tidak betul adalah :

Urutan Cakar Harimau

/ No Comments

Urutan Cakar Harimau


Sangat bagus di praktikkan suami isteri untuk saling menjaga kesihatan badan dan berkasih sayang.



Langkah Pertama

Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

19 Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

/ No Comments

Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

17 Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Pilihan 1:
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin. 

11 Tips Susun Atur Permainan Kanak-Kanak

/ No Comments

11 Tips Susun Atur Permainan Kanak-Kanak

Permainan anak bersepah-sepah memang menyakitkan mata dan menyakitkan hati. Sediakan rak khas adalah salah satu cara untuk atasi masalah permainan berterabur. Betul ker? Mungkin anda ada cara lain atau susun atur yang lebih baik. 

Disini kami berikan contoh 11 tips susun atur permainan kanak-kanak dalam pelbagai cara asalkan anda tidak pening kepala bila lihat rumah bersepah dengan toys.

11 Tips Susun Atur Permainan Kanak-Kanak

Meruang: Rawatan Yang Wanita Wajib Tahu

/ 1 Comment

Rawatan Meruang Yang Wanita Wajib Tahu

Meruang: Rawatan Yang Wanita Wajib Tahu

Pengalaman Seorang Ibu

Tips Mengajar Anak Meminta Maaf

/ No Comments

Tips Buat Ibu Bapa Mengajar Anak Meminta Maaf

Tips Mengajar Anak Meminta Maaf

Meminta maaf apabila membuat kesalahan adalah hal yang perlu dilakukan tidak kiralah pada yang tua mahupun yang muda. Untuk itu, sangat penting bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak anda untuk mudah meminta maaf. Apabila mengajar anak untuk meminta maaf, ibu bapa janganlah memaksa anak anda tetapi harus mengajar dengan cara berhemak dan bijak memberikan penjelasan. Berikut beberapa langkah yang disyorkan:

Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

/ 1 Comment

Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

Petua Untuk Menambahkan Susu Badan


Pilihan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Petua Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

/ No Comments

Petua Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

Petua Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

Ibu-ibu selepas melahirkan anak biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk menaikkan kembali seri wajah, cubalah mana-mana petua di bawah.


Petua 1
Petua Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

Ambil beberapa tangkai daun inai, besihkan dan rebus. Minum airnya tiga kali seminggu. Seelok-eloknya pada waktu pagi dan malam.



Petua 2

Petua Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar separuh halus. Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan parut atau kisar. Satukan beras kisar dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan kering sendiri. Amalkan selama

tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.



Petua 3

Petua Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak keberkesanannya.


Petua Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin
Credit: www.jomgelakfm.my


Tip Melayan Ibubapa / Mertua Yang Bertandang Ke Rumah

/ No Comments

Tip melayan Ibubapa / Mertua bertandang ke rumah Pasangan suami isteri Gen Y 



1. Objektif Ibubapa dan Mertua datang ke rumah pasangan anaknya ialah 
  • Untuk melepaskan rindu terhadap cucunya (jika dah bercucu) 
  • Melihat sendiri suasana kehudupan anak dan menantunya di rumah mereka.

Kaedah Membentuk Anak Baik dan Lembut Hati

/ No Comments

Kaedah Membentuk Anak Baik dan Lembut Hati

Kaedah Membentuk Anak Baik dan Lembut Hati

Susu ibu memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi dan perilaku yang mulia terhadap anak anak, terutama agar ia taat dan menghormati orang tua.

Buah Dada Bengkak: Apa Nak Buat?

/ No Comments

Buah Dada Bengkak: Apa Nak Buat?


Ada juga saranan supaya meletakkan kobis yang disejukkan pada buah dada. Ia dapat menghilangkan kesakitan akibat bengkak.

Tips Memasak Buat Ibu Super Sibuk

/ 3 Comments

Tips Memasak Cepat Buat Ibu Super Sibuk

Dulu, sebelum saya berhijrah mengikut suami menyambung pelajaran di South Australia, saya selalu merasakan memasak suatu urusan yang merumitkan. Ia perlukan masa yang panjang, memerlukan kudrat yang banyak dan akan memenatkan saya yang sudah sedia penat setelah seharian bekerja.

Raya Buat Suami Muda Yang Baru Berkahwin

/ No Comments

Raya Buat Suami Muda Yang Baru Berkahwin

Raya Buat Yang Baru Berkahwin

(Untuk yang merancang bawa isterinya beraya di kampongnya)

1.  Dicadangkan, jika ini pertama kali berhari raya sebagai seorang suami, eloklah beraya di kampong rumah isterinya. Kerana dengan beraya di rumah isteri, ini akan melegakan isteri itu dan dapat memberi dia peluang menyesuaikan diri sebagai isteri di rumahnya sendiri berhadapan dengan orang-orang tidak asing bagi dirinya.

Petua Menghalau Lalat

/ No Comments

Petua Menghalau Lalat


Adakah anda tidak suka dengan kehadiran lalat di rumah anda? Jom ketahui teknik menghalau lalat di sini..

Tips Menangani Anak Yang Asyik Melekat Depan TV

/ No Comments

Tips Menangani Anak Yang Asyik Melekat Depan TV


Kebanyakan ibu-bapa mengalami masalah ini. Bila anak mula ‘ketagih’ tonton TV, semua kerja tidak jadi. Sehinggakan sampai satu tahap di mana anak sudah pandai menjawab, “Kejap….. kejap…..” sambil matanya terus merenung skrin televisyen. Ada anak yang matanya ‘dekat’ sangat dengan TV. Sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan rabun. Ini bukan soal Astro yang ada banyak rancangan menarik semata-mata, ia lebih kepada ‘approach’ dan mekanisme ibu-bapa mengawal anak-anak.

Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa

/ No Comments

Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa


“Ummi…,” seorang anak memanggil saya.
“Nanti dulu,” begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu. Ataupun saya menyahutnya lambat. Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan mereka.

Khas Kepada Gen Y Yang Telah Berkahwin

/ No Comments

Khas Kepada Gen Y Yang Telah Berkahwin

Khas Kepada Gen Y Yang Telah Berkahwin

Panduan ISTERI Gen Y (lahir antara 1980 – 2000) menghormati dan melayani IBU mertua Generasi “Baby boomer” (lahir antara 1946 – 1964).