Terkini

Menu

Browsing "Older Posts"

Browsing Category "Santai"

23 “Do’s & Don’t’s” Untuk Ibu Mengandung

/ No Comments

23 “Do’s & Don’t’s” Untuk Ibu Mengandung

Lady Driver? Teruk Sangat Ke?

/ No Comments

Lady Driver? Teruk Sangat Ke?


Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini.

Warna Sesuai Bilik Anak

/ No Comments

Warna Sesuai Bilik Anak

Warna Untuk Bilik Tidur

Assalamualaikum semua.. Tak sangka kan warna cat bilik untuk anak-anak jugak memainkan peranan.. Tidak kira anak-anak yang sempurna atau yang mempunyai masalah hiperaktif dan autisme.. Jom kita terjah info yang ada nih..

Kenapa Saya Perlu Sayang Bayi?

/ No Comments


Kasih sayang adalah naluri yang ada pada setiap insan yang bergelar manusia. Begitu juga dengan kehadiran bayi yang menjadi kesayangan buat mereka yang bergelar ibu bapa. Sudah tentu, detik-detik manis bersama bayi adalah sesuatu yang mengembirakan. Berikut 60 sebab anda sayang kepada bayi:

Ibu: Cerita Sebak Dari Seorang Kawan

/ 1 Comment

Ibu: Cerita Sebak Dari Seorang Kawan 


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Rahsia Perangai Anak

/ 2 Comments

Rahsia Perangai Anak Mengikut Kedudukan Dalam Adik Beradik


Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Mengapa Wanita Sangat Istimewa?

/ No Comments
Mengapa Wanita Sangat Istimewa?


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi....ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap.....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... 

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... 

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo 

coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... 

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet...buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle.. 

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. 

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan punade...adoi.. ..ok dah ... 

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... 

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih...emm..sedapnya lelapkan mata..Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah.... 

So?....apa yang peliknya..?? 

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu... 

Share info ini supaya kawan2 wanita anda juga tahu mereka hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... 

Share juga kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan2 dengan lebih baik lagi... 

Tak kira la wanita berkerjaya atau suri rumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari... 


Sumber: Facebook
Mengapa Wanita Sangat Istimewa?

Posisi Tidur Bayi

/ No Comments
Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.

Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.

10 Ibu Terhebat Didunia

/ No Comments

1. Melahirkan 8 Bayi Dengan Selamat

Dikenal sebagai “Octomom”, Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez menarik perhatian antarabangsa setelah melahirkan kembar lapan (octuplets) pada bulan Januari 2009. Bayi Nadya ialah Octuplets kedua yang lahir dan hidup di AS dan juga menjadi satu set lengkap kembar lapan hidup paling lama dalam sejarah dunia. Reaksi masyarakat untuk kelahiran kembar lapan pada awalnya positif sehingga berita mulai bocor bahawa Nadya tidak berkahwin, menganggur dan sudah memiliki enam anak-anak lain di bawah usia lapan tahun.

Tempat Bercuti Untuk Anak-Anak

/ No Comments

Tempat Bercuti Untuk Anak-Anak


Tempat Bercuti Untuk Anak-Anak

Hujung minggu datang lagi dan anda masih kebuntuan mencari tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga? Jangan pergi jauh-jauh kerana semuanya ada dalam negeri. Selain masa yang singkat, tempat-tempat ini juga menarik untuk menghabiskan masa bersama keluarga, dimana semua pasti akan gembira. 


Mission Impossible: Babies Escape

/ No Comments

Mission Impossible: Babies Escape 



Video buat ibu-ibu terhebat, semoga ceria-ceria selalu. Pastikan anak-anak sentiasa selamat :)

Wanita Tercantik

/ No Comments
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sahabatku serta adik-adikku..Kepada calon- calon bidadari penghuni syurga,Wahai calon- calon istri sholehah kebanggaan Islam,Wahai kaum hawa yang didadanya telah tertanam bunga bunga iman....Mari sejenak menyelami samudera hikmah dan kebijaksanaan... meneguk sejuknya untaian nasehat-nasehat yang akan menghilangkan dahaga iman. Semoga dengan sedikit nasehat ini, bagai terasa ditengah ganasnya gurun pasir kehidupan... yang bersumber dari Al-Qur'an dan Sunnah, serta lisan-lisan yang jujur...

Cerpen: Kasih Ibu Sampai Ke Mati

/ No Comments


Kasih Ibu Sampai Ke Mati

“Nurse...boleh tengok bayi saya..” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengan dan tidak kepada seorang jururawat . Sambil tersenyum jururawat membawa bayi yang masih merah itu. Si Ibu menyambutnya dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si Ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya Cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.

Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus Berlalu.....

Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan “Mereka kata saya cacat.....” katanya kepada si Ibu.

Si Ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.


Dua tahun berlalu....

“Anakku...kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi.......dia mahu dirinya dirahsiakan....” kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru-kacak serta bijak. Pelajaranya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.


Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.

“Tak mungkin,” balas si ayah.

“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.

Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya..... tanyalah siapa pun kenalannya.”


MORAL OF THE STORY...
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi dihati...cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebahkan-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui..


Kasih sayang Ibubapa walaupun tidak ditunjukkan di depan mata......tetapi hanya meninggalkan satu kesan kenangan yang abadi dan tidak dapat lupakan... itu lah kasih sayang tanpa pengucapan....yang akan sentiasa diingati oleh anak sampai bila2...

Selagi masih punya kesempatan jangan sia-siakan peluang yang ada. Bagi yang telah tiada ibubapa kirimkan doa sebagai pengganti kasih dan sayang kita. Mana mungkin akan terputus kasih dan sayang seorang ibu terhadap anak-anak nya. Nilai kasih seorang ibu itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit.

* Ibu pernah berkata, apabila kamu sudah punyai anak dan keluarga sendiri, kamu pasti akan merasai bagaimana susah senang dan perasaan seorang ibu...


Diadapatasi semula oleh RP dari Majalah Mastika Mac 2003

Teknik Mudah Hentikan Bayi Menangis Dalam 5 Saat

/ 3 Comments

Teknik Mudah Hentikan Bayi Menangis Dalam 5 Saat





Teknik ini adalah dengan meniru ”bunyi” yang dihasilkan ketika bayi berada dalam rahim ibu. Bunyi yang terhasil ini akan membuatkan bayi berhenti menangis dengan sendirinya.



Caranya mudah:- 
  1. Anda hanya memerlukan segelas air kosong atau air kegemaran anda. 
  2. Hirup sedikit air kedalam mulut 
  3. Jangan telan air tersebut.Sebaliknya hasilkan bunyi “hirupan” atau “slurping”. 
  4. Bunyi hirupan ini akan membuatkan baby berhenti menangis kerana dipercayai sama dengan bunyi ketika bayi berada didalam rahim ibu! Menarik bukan 

Teknik ini tidaklah 100% berkesan kepada semua bayi. Jika bayi masih menangis secara berterusan, sila selidik mungkin ada perkara lain yang menyebabkannya terganggu.


Seeloknya boleh mulakan dengan BERZIKIR dan kemudian lakukan teknik ini. InsyaAllah membantu.



Teknik Mudah Hentikan Bayi Menangis Dalam 5 Saat