Terkini

Menu

Tempat Bercuti Untuk Anak-Anak


Tempat Bercuti Untuk Anak-Anak


Tempat Bercuti Untuk Anak-Anak

Hujung minggu datang lagi dan anda masih kebuntuan mencari tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga? Jangan pergi jauh-jauh kerana semuanya ada dalam negeri. Selain masa yang singkat, tempat-tempat ini juga menarik untuk menghabiskan masa bersama keluarga, dimana semua pasti akan gembira. 


KIDZANIA, KUALA LUMPUR

Ia terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya yang berdekatan dengan Ikea. Biasanya, tempat letak kereta dekat kidzania ni sentiasa penuh tetapi anda boleh saja meletakkan kereta anda di Ikea. Membawa anak-anak mengunjungi Kidzania ini pasti meninggalkan seribu pengalaman buat mereka. Mana tidaknya, Kidzania merupakan pusat hiburan yang berbentuk pembelajaran interaktif dan pengalaman bekerja untuk anak-anak. Jika sebelum ini mereka hanya tahu status pekerjaan ibu bapa, kali ini mereka akan diberi peluang untuk melakukan pekerjaan itu sendiri. Dari situ, anda boleh tahu minat anak-anak.


LEGOLAND, JOHOR

Legoland yang baru dibuka pada penghujung tahun lepas ini merupakan sebuah taman tema yang bertemakan lego. Untuk pengetahuan anda, setakat ini terdapat lima buah Legoland di dunia iaitu Denmark, United Kingdom, Jerman dan dua lokasi di Amerika Syarikat. Menariknya, Malaysia negara pertama di Asia yang buka cawangannya. Di sini juga terdapat lebih dari 40 permainan yang disajikan pada pengunjung. Jika anak anda 'gila' permainan lego, lokasi ini sesuai buatnya dan percayalah anak anda mungkin tidak mahu pulang!


ZOO
Tempat Bercuti Untuk Anak-Anak

Sesekali bawa anak mendekatkan diri dengan habitat-habitat dan alam sekitar tidak ada salahnya. Selagi masih ada banyak binatang yang belum pupus, eloklah anda bawa anak-anak mengenali binatang yang terdapat di zoo. Jika anda terlewat sampai ke zoo, anda sekeluarga masih boleh menikmati keindahan alam semulajadi dan habitat yang aktif pada waktu malam. Bukan senang hendak melihat binatang-binatang ini keluar pada waktu malam dengan menggunakan lampu khas seakan cahaya bulan.


PUSAT SAINS NEGARA, KUALA LUMPUR

Terletak di Bukit Kiara, Pusat Sains Negara (PSN) merupakan sebuah muzium yang bertemakan sains dan teknologi. Beroperasi pada hari Sabtu hingga Khamis, kunjungan anda ke sini bukan sekadar melihat ilmu-ilmu sains tetapi membantu anak anda yang mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang sains dan teknologi. Selain terdapat galeri dan pameran, terdapat juga taman pendidikan sains untuk anda rasai. Antara aktiviti yang boleh anda terokai adalah Alam Mesin Pintar, Science Wonderland, Eureka, Teater 3D, Sudut Islam dan Sains serta banyak lagi.


TAMAN BOTANI SHAH ALAM, SELANGOR

Bagi anda yang mempunyai anak yang lasak dan mahukan mereka meneruskan minat di dalam aktiviti lasak, jangan lupa bawa mereka ke Taman Botani Shah Alam. Selain dapat melihat taman haiwan, taman iklim empat musim, taman buah-buahan dan banyak lagi, anda boleh membawa anak anda merasai aktiviti perkhemahan. Tempat ini membolehkan anda berkumpul bersama dan terdapat ada kemudahan untuk bersolat. Selain berkhemah, terdapat aktiviti Skytrek, Flyfishing dan berbasikal.


Kami tahu ada banyak lagi lokasi-lokasi menarik untuk dihabiskan bersama keluarga tersayang. Daripada asyik membawa anak menonton wayang, lokasi-lokasi berbentuk pendidikan dan aktiviti sihat ini membantu anak-anak lebih bersosial dengan lebih sihat. Apa pendapat anda?

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tempat Bercuti Untuk Anak-Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM