Terkini

Menu

Browsing "Older Posts"

Browsing Category "Penyusuan"

Pengalaman Mencari Suplemen Untuk Berpantang dan Menyusu

/ No Comments
Assalamualaikum.. hai mommies :)

Bila anak dah 4 ni banyak betul orang tanya Kak Darling pasal bab menyusu dan berpantang ni ek. Lagi-lagi pasal suplemen untuk berpantang atau menyusu. Ya, Kak Darling memang fully breast feed anak-anak dari lahir. Sampai bila? sampai umur setahun lebih dekat 2 tahun baru campur-campur dengan susu tepung. Fasa transisi katanya.. 

Masa mengandungkan yang sulung, Kak Darling decide untuk berhenti kerja, tapi company minta Kak Darling work from home sehingga projek selesai. Requirement projek, Kak Darling dapat dari bos je, so Kak Darling kena selalu online. Menyambil-nyambil tu Kak Darling selalu lah godek-godek pasal suplemen kehamilan, berpantang dan menyusu ni.

10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Menyusu. No 4 Paling Buat Saya Tersenyum

/ No Comments

10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Menyusu. No 4 Paling Buat Saya Tersenyum

10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Menyusu. No 4 Paling Buat Saya Tersenyum

Menyusukan si comel merupakan saat yang paling indah bagi wanita bergelar ibu. Dalam melengkapkan perjalanan penyusuan tentu banyak kisah suka duka yang ibu lalui. Mungkin salah satu daripada 10 perkara lucu tersebut pernah berlaku kepada anda semua.


  1. Kesan bunyi ketika menyusu. Bayi anda memang pandai membuat pelbagai bunyi tanda dia sedang seronok menikmati susu ibunya. Sekiranya anda sedang menyusukan bayi di rumah tentu anda seronok dan bahagia mendengar bunyi comel tersebut tetapi bayangkan jika anda sedang menyusukan bayi di tempat awam. Hmm... (mesti ada yang bisik… baby pelan-pelan sikit .. nanti orang dengar… hehehehe)
  2. Kadang kala ketika bayi sedang menyusu, ibu biasanya sibuk membuat perkara lain seperti melihat telefon bimbit, membaca buku dan sebagainya tetapi tiba-tiba bayi anda melepaskan puting payudara anda dan susu masih memancut keluar! (Ada tak yang main Farmville? Kalau ada komen ya!)
  3. Terlupa payudara kanan atau kiri untuk sesi penyusuan seterusnya. (blurr sekejap)
  4. Tangan kecil yang menjalar. Biasanya tangan si kecil yang asyik menyusu turut sibuk menjalar di seluruh muka dan wajah ibu seperti memasukkan jarinya ke dalam mulut atau lubang hidung ibu, menarik rambut ibu, cuba menanggalkan cermin mata ibu dan bermacam lagi. Tapi ia sangat membahagiakan dan buat ibu tertawa lucu. (Betul… ini memang berlaku!)
  5. Pencarian puting. Lucu sangat bila bayi anda dipeluk dan dibaringkan dalam posisi menyusu oleh orang lain tetapi dia secara automatik akan mencari puting payudara. (Mesti bapa pun kene juga yer? Nasihat pada bapa.. sila pakai baju ketika dukung anak anda)
  6. Wajah bayi yang kenyang, gembira dan seronok selepas setiap kali penyusuan hanya membuatkan ibu tersenyum bahagia. (Release tension ketika ini)
  7. Semakin membesar bayi anda, semakin banyak gaya dia tunjukkan semasa hendak menyusu. (Ada yang menonggeng… ada kaki naik atas.. terbalik dan macam-macam.. sila komen gaya anak anda..kita share)
  8. Pantang ada bunyi yang mengganggunya ketika menyusu, bayi akan segera melihat ke arah bunyi tersebut sambil cuba membawa bersama puting payudara ibu. Ouchh...sakitnya hanya ibu sahaja yang tahu. (uikss.. ditarik macam nak putus kan…)
  9. Bunyi tidak sabar yang dilakukan oleh bayi apabila dia hendak menyusu terutama apabila ibu baru pulang dari kerja. Kadang kala sampaikan baju ibu dihisapnya! (Ini saat yang menggembirakan… betul tak?)
  10. Saling berbalas senyuman. Tiada yang lebih menggembirakan ibu selain daripada senyuman manis si kecil serta berbalas pandangan mata ketika proses penyusuan berlaku. Ia saat paling berharga! (Terima Kasih Tuhan atas kurniaan rezeki ini)

Doa & Zikir Untuk Menambah Susu Badan

/ 1 Comment

Doa & Zikir Untuk Menambah Susu Badan

Doa & Zikir Untuk Menambah Susu Badan

1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Mengapa Perlu Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

/ No Comments

Mengapa Perlu Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Mengapa Perlu Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberi susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur 6 bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pemerahan Susu Ibu

/ No Comments

Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Cara Memerah Susu Badan Dengan Tangan

/ No Comments

Cara Memerah Susu Badan Dengan Tangan

Cara Memerah Susu Badan Dengan Tangan

Betulkah Menyusukan Bayi Bantu Kuruskan Badan?

/ No Comments

Menyusukan bayi bantu kuruskan badan?

menyusu bayi untuk kuruskan badan

Dr, apakah cara yang terbaik menurunkan berat badan. Saya juga ingin bertanya, benarkah berat badan seorang ibu akan turun apabila menyusukan anak dan akan bertambah selepas berhenti menyusukan anak?

Nor, Shah Alam

Apa Itu Susu Awal & Susu Akhir Ibu?

/ No Comments

Apakah foremilk dan hindmilk?

Apa Itu Susu Awal & Susu Akhir Ibu?

Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.

Berapa Banyak Bayi Menyusu Badan

/ 1 Comment

Perkongsian hebat dari Puan Suraya Ali - Berapa Banyak Bayi Menyusu Badan

Berapa Banyak Bayi Menyusu Badan
Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukanlah bermasalah. Bila ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknya. Katanya susu itu ‘sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja

Teknik Perahan Susu Menggunakan Tangan

/ No Comments

Mengapa perlu memerah menggunakan tangan?

Teknik Perahan Susu Menggunakan Tangan
Saya ingin mengajar Teknik Memerah Susu menggunakan tangan
Jujurnya saya hanya tau teknik ini semasa di dalam kelas
Sebelum ini sumpah saya tak pandai perah guna tangan

Kan dalam entri sebelum ni saya kata nak buat model payudara shanteks2 kan
Sudahnya saya hanya gunakan model yang lama dan tambah rantai kunci
Supaya model payudara ini boleh jadi keychain..hihihi

Teknik Perahan Susu Menggunakan Tangan

Mungkin ibu tak sangka akan berjauhan dengan bayi selepas melahirkan kerana sebarang kes kecemasan
  • Ibu belum membeli pam
  • Breast terasa penuh dan bengkak
  • Ingin menambahkan production susu (Perah 3 jam sekali)
  • Pam yang dibeli ibu tidak sesuai dan menyakitkan payudara ibu
  • Ibu ingin menyapu sedikit susu pada nipple bagi kes nipple crack
  • Ibu terlupa bawa pam atau aksesori ke ofis (Tiada alasan tidak mengepam lagi ye..hihi)

5 Tips Menyusu Semasa Hamil

/ No Comments

Tips Menyusukan Anak Semasa Hamil

Bolehkah Menyusu Semasa Hamil?

1. Ketahui Fakta

Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.

Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.
Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.


2. Rasa Sakit Pada Puting

Kebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian putting pada setiap kali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih ‘fragile’ dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.

Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV. Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih ‘tough’ untuk penyusuan bayi seterusnya.

 
3. Posisi Yang Selesa

Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!


4. Nikmati Momen Penyusuan

Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!


5. Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing

Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.

Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.



Tips Pengekalan Susu Semasa Hamil

Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.

Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).

Teruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan ialah:

‘Sediakan Air Kosong Untuk Anak’ - Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.

Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda ‘ditemani’ si kecil juga adalah anugerah!

5 Tips Menyusu Semasa Hamil

Apa Itu Let Down Refleks Pada Ibu Menyusu?

/ No Comments

Apa Itu Let Down Refleks Pada Ibu Menyusu?


Semasa anda menyusukan bayi, rangsangan di aerola menyebabkan saraf di sekitar puting menghantar isyarat ke otak. Kelenjar pitutari merembeskan hormon oksitosin melalui pembuluh darah menyebabkan otot di sekeliling kelenjar susu mengecut dan mengalirkan susu ke saluran susu. Inilah yang dinamakan Let Down Reflex.
Ibu akan merasa seperti nyeri / jejarum (painful) di payudara semasa menyusukan ataupun mengepam dan susu memancut keluar dengan banyak (dapat dilihat semasa mengepam).

Banyak Manakah Susu Formula Diperlukan Oleh Bayi?

/ No Comments

Banyak manakah susu formula yang diperlukan oleh bayi saya?

Banyak Manakah Susu Formula Diperlukan Oleh Bayi?
Semasa memberi susu formula kepada bayi, salah satu perkara yang amat mengelirukan ialah bagaimana hendak menentukan jumlah susu yang diperlukan olehnya. Tiada jawapan yang pasti untuk soalan ini – ia berdasarkan kepada usia bayi anda, berat badannya dan sama ada anda menyusukan dia dengan susu formula sahaja atau mencampurinya dengan susu badan atau makanan pejal.

Bolehkan Menyusukan Anak Ketika Ibu Demam?

/ No Comments

Bolehkan Menyusukan Anak Ketika Ibu Demam?

bolehkan menyusu anak ketika demam

SOALAN:- Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding).

12 Makanan Yang Perlu Dielak Sekiranya Menyusukan Bayi

/ No Comments

12 Makanan Yang Perlu Dielak Sekiranya Menyusukan Bayi 

12 Makanan Yang Perlu Dielak Sekiranya Menyusukan Bayi

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat ibu-ibu semua,

Ibu yang menyusu bayi perlu makan, tambahan lagi cepat lapar walaupun baru lepas 2 jam makan (ini normal!). Makanan yang seimbang yang mengandungi makanan kesukaan anda adalah yang paling baik tetapi ada makanan tertentu walaupun anda amat menggemarinya, tidak semestinya sesuai untuk bayi anda. Jika anda mendapati bayi anda meragam, keluar muak banyak, perut kembung, atau alahan, anda perlu periksa makanan anda.

Soalan Lazim Sekitar Penyusuan Ibu

/ No Comments

Soalan Lazim Sekitar Penyusuan Ibu


soalan lazim sekitar penyusuan ibu

Menyusukan anak adalah impian rata-rata ibu namun bukan semua berjaya melakukannya. Salah satu punca adalah kurangnya ilmu tentang penyusuan menyebabkan ibu tidak bersedia sepenuhnya bila masanya tiba untuk menyusukan anak. Jadi jika anda berazam untuk menyusukan anak, timbalah ilmu sebanyak mungkin lebih-lebih lagi untuk ‘first-time mommy’. Semoga info dikongsikan ini bermanfaat untuk anda.

Soalan 1: Kenapa menyusu awal itu penting?
Jawapan:
Penyusuan di peringkat awal sangat penting kerana:
    • Dapat merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudian.
    • Dapat melindungi bayi dari jangkitan. Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang berwarna kekuningan. Kolostrum ni dan susu sebenar yang keluar selepas beberapa hari kemudian, mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan.
    • Perlu ditekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena sembelit, cirit birit atau penyakit lain.


Soalan 2: Bilakah waktu yang sesuai bagi ibu mula menyusukan bayinya?
Jawapan:
    • Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jikalau ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja bayi lahir adalah pengalaman yang cukup terindah.
    • Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Walau bagaimana pun, sesetengah bayi tidak berminat hendak menyusu sebaik sahaja lahir. Jangan bimbang jika mendapati bayi anda mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin selepas itu baru dia berkeinginan hendak menyusu.
    • Hisapan bayi pada payudara turut merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini membantu menyembuhkan sakit selepas bersalin.


Soalan 3: Berapa lamakah harus saya menyusu pada sebelah payudara?
Jawapan
    • Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. Bayi akan menentukan dengan sendiri masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasil di hujung penyusuan.
    • Susu yang keluar di ‘akhir’ setiap penyusuan digelar “hind milk”. Susu akhir ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Ibu diminta supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya.
    • Bayi akan menunjukkan tanda-tanda sama ada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga dan aktif mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di awal kelahirannya, bayi memerlukan penyusuan yang kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.


Soalan No. 4: Bilakah susu ibu mula dihasilkan?
Jawapan
    • Susu ibu mula dihasilkan pada 7 minggu pertama sewaktu bayi masih dalam kandungan dan menghasilkan kolostrum. Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan.
    • Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat berkrim.
    • Secara perlahan-lahan, iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan cair dan berkeadaan seperti air. Inilah rupa susu ibu yang sebenar.
    • Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu.


Soalan No. 5: Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air sementara menunggu susu ibu terhasil sepenuhnya?
Jawapan.
    • Penting untuk dipastikan bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu.
    • Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapa hari sehingga susu ibu terhasil sepenuhnya dalam kuantiti yang banyak.


Soalan No. 6: Apakah yang dimaksudkan dengan “Permintaan menyusu”?
Jawapan
    • Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusukan sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan.
    • Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakkan ibu akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan. Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah satu cara paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu.
    • Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut ‘permintaan menyusu’ (demand) dan tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu serta jarak diantara setiap penyusuan. Biarkan si Manja yang tentukan samada dia mahu atau tidak.
    • Meletakkan bayi dekat dengan ibu di dalam bilik yang sama akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini, semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal (Bukan sebab nurse malas nak jaga tau!).


Soalan No. 7 : Mengapa bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?
Jawapan.
    • Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih untuk melayan permintaannya. Si ibu perlu berasa yakin bahawa dia perlu meluangkan masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga atau empat hari yang pertama.
    • Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari.
    • Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam.
    • Jika jarak antara penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.
Credit: precioussusuibu.mommybizz.com
Soalan Lazim Sekitar Penyusuan Ibu

Kelebihan & Fadhilat Menyusukan Anak

/ No Comments

Kelebihan & Fadhilat Menyusukan Anak

Kelebihan & Fadhilat Menyusukan Anak

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Bolehkan Anak Umur Lebih 2 Tahun Menyusu Badan?

/ No Comments

Bolehkan Anak Umur Lebih 2 Tahun Menyusu Badan?

Bolehkan Anak Umur Lebih 2 Tahun Menyusu Badan

Soalan: “Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?”

Puting Tenggelam: Bolehkan Menyusukan Bayi?

/ No Comments

Puting Tenggelam: Bolehkan Menyusukan Bayi?

Puting Tenggelam: Bolehkan Menyusukan Bayi?

Inverted nipples (Masalah Puting Payudara Tenggelam) adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ramai ibu merasa bimbang apabila puting payudara mereka tenggelam. Sebenarnya ibu-ibu tidak perlu bimbang kerana bayi mendapat susu daripada payudara dan bukannya dari puting. Ibu perlu memastikan bayi mereka menghisap sebahagian besar tampok gelap payudara atau sekitar kawasan areola. Ada sesetengah ibu yang mengalami masalah ini memilih untuk tidak menyusukan anak secara direct, tetapi mengepam susu dan memberikan kepada anak melalui botol.

Cara Sendawakan Bayi Anda Selepas Menyusu

/ 4 Comments

Cara Sendawakan Bayi Anda Selepas Menyusu


Hari ini saya nak kongsikan cara sendawakan bayi selepas menyusu. Tak kisah la samada bayi anda menyusu badan ataupun susu formula, semua bayi perlu disendawakan selepas menyusu untuk mengelakkan bayi tersedak susu.