Terkini

Menu

Doa & Zikir Untuk Menambah Susu Badan

Doa & Zikir Untuk Menambah Susu Badan

Doa & Zikir Untuk Menambah Susu Badan

1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.


2. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.


3. Surah Al-Baqarah ayat 60.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Sambil baca letakkan tangan pada breast dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2 thn.

Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyaallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang.


4. Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi.

Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak dan banyakkan susu.

Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.


5. Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum.


6. Surah Yasin ayat 72-73.


7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.


Sumber: sereniety.blogspot.my

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

1 ulasan to ''Doa & Zikir Untuk Menambah Susu Badan"

ADD COMMENT
  1. alhamdulillah..semoga niat menyusu akan terus kukuh sehingga usia anak 2tahun..aminn :)

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM