Kategori Artikel:
Suami Isteri
Browsing "Older Posts"
Browsing Category
"Suami Isteri"
Sindrom Suami Whatsapp, Isteri Wechat
Sindrom Suami Whatsapp, Isteri Wechat
Isteri mengadu, “Macam mana saya nak buat jika suami saya kat rumah asyik tengok handfon aje. Langsung tak bercakap dengan saya. Saya tahulah dia sibuk dengan kerja dan terpaksa bincang hal kerja dalam wassapnya. Tetapi 24 jam mengadap handfonnya, saya naik peninglah”.
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Betul Ke Telinga Suami-Suami Ni Pekak Sebelah?
Telinga Suami Pekak Sebelah
Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.
Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri. Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar,
Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.
Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan "stereo" menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia. Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam "toilet". Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami.
Sumber: Pak Utih
Betul ke Telinga Suami-Suami Ni Pekak Sebelah?
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Suami Berdengkur Selepas Bersama?
Mengapa Suami Berdengkur Selepas Bersama?
Kebanyakan suami akan tarik selimut dan terus lena malah berdengkur sebaik-baik sahaja selesai tugas dia bersama isterinya.
Wahai isteri, jangan kecil hati. Bukan dia tak suka anda, bukan dia tak minat anda, bukan dia tidak hargai anda malah berdengkurnya dia itu menunjukkan dia sangat berpuashati.
Kajian menunjukkan perubahan beberapa hormon dan kehilangan tenaga yang berbeza di antara lelaki dan wanita selepas mengecapi kepuasan seks menyebabkan tindakan mereka berbeza. Lelaki terus keletihan dan terlena tetapi wanita masih terus bertenaga untuk menceritakan pengalaman tadi dan ingin berbual-bual melayan perasaan.
Oleh itu untuk suami:
- Sebaik-baik sahaja selesai, jangan terus benam muka kat bantal, peluk-peluklah dahulu dengan mencelikkan mata. (kalau pejam terus lena).
- Selepas selesai, elok ke toilet ambik wudhu, mata pun cerah. Sempatlah sembang sikit sebelum lena.
Untuk isteri jika ingin suami tidak terus lena:
- Janji dengan dia jangan terus lena.
- Sebaik-baik sahaja selesai puji kehebatan dia.
Sumber: Pak Utih
Suami Berdengkur Selepas Bersama?
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Bila Suami "Outstation"
Bila Suami "Outstation"
Kebanyakan isteri apabila dengar aje suaminya nak pergi outstation lebih 2 hari, jiwanya mula risau, kelam kabut, tak senang duduk dan macam-macam perasaan bimbang. Dia takut kesunyian dan rasa pilu jika terjadi apa-apa terhadapnya kerana tiada siapa untuk dia minta tolong atau perlindungan. Dan yang paling terseksa ialah terpaksa tidur sendirian. Rindunya mula terasa pada saat apabila diberitahu oleh suami yang dia diarah pergi outstation. Bukan pada hari perjalanan suaminya.
Orang lelaki lain pula mindanya. Dia rasa excited nak pergi outstation atas urusan kerja, kerana inilah peluang dia berjalan ditanggung oleh organisasinya. Dia rasa megah kerana terpilih untuk menjalankan kerja di luar. Lebih lama, lebih kerap dan lebih jauh tempat outstationnya, lebih macho dia rasainya.
Oleh itu untuk mengimbangi keperluan dan kehendak yang bertentangan suami isteri ini, berikut adalah tipnya:
Untuk Suami
1. Jangan tunjukkan sangat "excitement" nak pergi outstation di hadapan isteri. Tunjukkan muka sedih juga kerana terpaksa meninggalkan isteri demi tugas. Tujuan supaya isteri rasa sikit lega kerana suaminya mengiktiraf perasaan sedihnya kerana ditinggalkan.
2. Penuhi keperluan isteri sebelum tinggalkan dia sendirian. Tanyalah apa yang dia perlukan sepanjang ketiadaan anda. Seperti contoh barang dapur atau belanja hariannya. Dengan ini boleh meringankan bebannya dan dia tidak perlu meminta pertolongan orang lain nanti.
3. Beritahu dia keperluan yang anda perlukan semasa outstation agar dia juga boleh menyediakan keperluan itu lebih awal. Dia rasa terhibur jika dia yang mengemaskan barangan dan pakaian yang anda perlukan.
4. Masa berpisah, cium dia dan unggapkan perkataan yang dia rasai anda juga sudah mula merinduinya.
5. Di pertengahan perjalanan dan sampai ke tempat yang dituju, hubungi dan beritahu keadaan anda. Ini boleh mengurangkan kerisauannya. Dia lega apabila tahu anda selamat.
6. Buat ketetapan untuk hubungi dia setiap malam (contoh setiap selepas isya atau jam 11.00 mlm). Ini boleh mengubati kegelisahannya kerana tidur sendirian.
7. Jangan lupa beli cenderamata. Yang murah pun tak apa. Barang yang sama pun tak apa jika tempat outstation adalah tempat yang selalu pergi kerana yang penting bukan barangan itu, Tetapi tanda ingatan anda kepada dia yang menjadi ukurannya.
8. Sentiasa berdoa untuk diri dan keluarga kerana orang bermusafir mudah dimakbulkan oleh Allah
9. Bila sampai di rumah sekembali daripada outstation, terus jumpa isteri dahulu (peluk cium). Utamakan dia daripada anak-anak sendiri. Walaupun pada masa itu, ibu kita ditakdirnya ada di rumah sedang bertandang, jumpa isteri kita dahulu. Tindakan ini membuktikan yang dialah orang yang kita rindui, hormati dan hargai.
Untuk Isteri

2. Sebelum dia pergi, banyakkan bertanya urusannya oustation daripada kesusahan dan kebimbangan diri anda semasa ketiadaan dia. Bincang alternatif dan sokongan yang perlu anda perlukan semasa ketiadaannya. Bila semua plan A, plan B telah dirancang.. barulah sesuai menyatakan perasaan, kerisauan dan emosi anda kepada dia. Pendekatan ini memudahkan dia empati kepada anda.
3. Jika rindu sangat semasa ketiadaan dia, hubungi dia menggunakan pesanan ringkas dahulu. Jangan telefon guna suara. Mungkin mengganggu dia sedang melaksana tugasnya. Atau dia akan malu jika rakan2 yang ada bersamanya dengar isterinya telefon. Dia mungkin diejek sebagai "Queen Control" atau "kena buat report".
4. Ingatkan barangan yang ada pesan, agar dia tidak lupa membelinya. Eloknya menggunakan pesanan ringkas. Kalau bercakap melalui telefon, dia mudah lupa.
5. Berdoalah agar dia selamat pergi dan balik
6. Sambut dia dengan senyuman. Jika ada masalah di rumah, jangan terus mengadu. Tunggu dia tenang paling kurang 10 minit agar dia dapat menukar kotak mindanya daripada oustation kepada sampai rumah.
Selamat mencuba...
Sumber: Pak Utih
Bila Suami "Outstation"
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Urutan Cakar Harimau
Urutan Cakar Harimau
Langkah Pertama
Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
Kategori Artikel:
Petua
,
Suami Isteri
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Suami Isteri: Gunakan Bahasa “Saya” Bukan “Awak”
Sila guna bahasa “Saya” Jangan guna “Awak”
Waktu hujung-hujung minggu, biasanya kita yang sibuk dengan kerja-kerja di pejabat tu, amatlah teringin untuk berehat dengan erti kata rehat yang sebenar-benarnya. Seperti relax membaca akhbar, majalah-majalah dan bersantai di kerusi empuk tu bermandikan cahaya sinaran TV yang akan dibuka dari 7.00 pagi sampailah ke 11.00 malamnya. Kalau boleh tak mahu langsung membuat kerja-kerja yang memenatkan sama ada otak maupun otot-otot ni. Jadi dengan niat yang telah kita lafazkan di dalam hati tu sejak awal-awal pagi lagi, maka segala otot-otot kita pun turut menerima arahan otak tu dan terus mengendurkan dirinya dan ingin saja berehat bersama-sama dengan anggota badan kita yang lain. Maka tenggelamlah kita di dalam empukan sofa “malas” kita tu hingga ke waktu yang ditentukan oleh kita sendiri.
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang
Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang
1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).
2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda… Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula… Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.
7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya
Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang
Credit: momsavenues.com
Kategori Artikel:
Berpantang
,
Suami Isteri
10 Perkara Yang Suami Suka Isteri Buat Padanya
10 Perkara Yang Suami Suka Isteri Buat Padanya
- Kejut suami bangun tidur dgn ungkapan "lagi 10 minit bangun ya"',
- Baju kerjanya siap bergosok,
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Senaman Untuk Sang Suami
Senaman Pertama
Kategori Artikel:
Suami Isteri
8 Cara Untuk Menjadi Suami Terhebat
8 Cara Untuk Menjadi Suami Terhebat
1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Air Mani Cair
Air Mani Cair
“Salam doctor, saya ingin bertanya. Kami telah berkahwin selama 5 tahun dan belum mempunyai zuriat. Baru-baru ini suami saya telah melakukan pemeriksaan air mani di sebuah klinik dan doctor memberitahu air mani beliau cair. Pada hal setahun yang lalu pemeriksaan air mani beliau normal. Walau bagaimana pun saya perasan bahawa air mani suami saya mudah keluar dari faraj selepas persetubuhan. Pertanyaan saya ialah jika air mani suami saya cair, ada ubat tak bagi menyembuhkan beliau? Mohon pencerahan. Terima kasih”
Kategori Artikel:
Ingin Hamil
,
Kesihatan
,
Suami Isteri
63 Petua Suami Isteri Bahagia
63 Petua Suami Isteri Bahagia
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Kategori Artikel:
Suami Isteri
Langgan:
Catatan
(
Atom
)