Terkini

Menu

Sindrom Suami Whatsapp, Isteri Wechat

Sindrom Suami Whatsapp, Isteri Wechat

Sindrom Suami Whatsapp, Isteri Wechat

Isteri mengadu, “Macam mana saya nak buat jika suami saya kat rumah asyik tengok handfon aje. Langsung tak bercakap dengan saya. Saya tahulah dia sibuk dengan kerja dan terpaksa bincang hal kerja dalam wassapnya. Tetapi 24 jam mengadap handfonnya, saya naik peninglah”.


Suami komplen, “Sejak isteri aku ada grup alumni sekolahnya, dia dah kurang melayan aku. Bunyi aje “notification”, berebut dia melihat “reply” kawan-kawannya. Dia juga yang komplen aku tak pernah lekat di rumah. Tapi bila aku duk di rumah, dia pulak melekat kat handfonnya, “give up” lah gini”.

Cuba tip ini:-

1. Rumah adalah syurga suami isteri, jadikan ia tempat bersembang bersukaria dan berbaring seperti mana ayat ini.

“Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin”. (Surah Yasin: 56)


2. Berwassaplah, weechatlah atau ke apa ke semasa anda bersendirian. (Semasa pasangan belum pulang ke rumah lagi).

3. Jika pasangan sudah ada di rumah, dan dia nampak anda sudah sampai ke rumah, terus berjumpa dia beri salam dengan kucupan mesra. Kemudian jika ada lagi mesej yang “MESTI” dijawab dalam handfon itu, minta kebenaran daripadanya untuk beberapa minit untuk selesaikan tuntutan itu.

4. Untuk menilai mesej itu penting untuk dijawab ialah dengan anda sendiri menjawab soalan ini. “Kalau mesej ini tidak dijawab sekarang, adakah boleh merosakkan orang di sana” . Jika jawapannya “TIDAK”. Abaikan dan teruslah melayan pasangan anda.

5. Sebaik-baiknya buat peraturan atau jadual di rumah waktu-waktu berhandfon. Contoh waktu handfon: Jam 9pm -10pm sahaja (melainkan pasangan ada tugas lain atau ingin sendirian).

6. Wujudkan ZON BEBAS handfon di rumah. Contoh di dalam bilik tidur, meja makan dan toilet.

7. Duduk bersama-sama suami isteri enjoy menjawab wassap weechat grup suami isteri sebagai aktiviti sebelum tidur.

8. Tiada rahsia wassap weechat antara dia dan aku.

Selamat mencuba.


Sumber: Pak Utih
Sindrom Suami Whatsapp, Isteri Wechat

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Sindrom Suami Whatsapp, Isteri Wechat "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM