Terkini

Menu

Psikologi di Sebalik 'Story-telling'

Kisah Tok Ayah Mandi Hujan - Psikologi di Sebalik 'Story-telling'

Psikologi di Sebalik 'Story-telling'


Anak sulung saya berusia 6 tahun baru-baru ini alami ‘fobia hujan’. Setiap kali hujan dia akan menangis, lari ke bilik dan tutup telinga. Semuanya bermula bila dia terperangkap dalam satu bilik payground berdinding kaca di sebuah hotel ketika hujan lebat. Di takdirkan angin ribut yang sangat kuat datang sehingga pintu kaca bilik itu pecah berderai di hadapan matanya.

Pebagai teknik psikologi yang saya belajar saya cuba praktikkan kepada anak saya untuk mengurangkan ‘trauma’ yang di alaminya. Mengajarnya berdoa, debrief techniques, breathing technique guna cara ‘tiup belon’ dan expose dia dengan benda yang dia fobia itu sedikit demi sedikit. Walaupun membantu, tapi perasaan takutnya masih ada sedikit sebanyak. Setiap kali hujan, matanya akan liar memerhati ke syiling kerana takutkan bunyi hujan membadai atap. Kemudian senyap-senyap dia lari ke bilik.

Namun akhirnya ada satu teknik yang betul-betul berkesan menghilangkan ketakutannya. Bila tok ayahnya tahu kisah ‘traumanya’, tok ayahnya pun memangkunya sambil bercerita kisah tok ayah mandi hujan masa kecil-kecil dahulu.

Saya sendiri terkejut bila mengetahui tidak lama selepas itu, apabila hujan, anak saya tadi meminta izin untuk keluar rumah. Rupanya dia nak menyentuh air hujan yang turun dari cucur atap. Sedikit demi sedikit dia, akhirnya dia membasahkan kepalanya dengan air hujan. Saya hanya memerhatikan dengan senyuman.

Begitulah kuasa bercerita pada kanak-kanak!

Sebuah pusat kajian di Amerika, Stanford Graduate School of Business, pernah membuat kajianmengenai keberkesanan ‘story-telling’ dan mendapati bahawa manusia mampu mengingati sesuatu mesej yang disampaikan melalui cerita 22 kali lebih kuat berbanding fakta.

Seperti kisah anak saya tadi, walaupun saya menyampaikan mesej yang sama - ‘tak ada apa yang perlu ditakuti dengan hujan’, namun mesej kisah mandi hujan lebih mudah masuk ke mindanya. Alhamdulillah.

Saya harapkan budaya yang sama di praktikkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Berceritalah kepada mereka, samaada dari cerita buku cerita kanak-kanak atau pun kisah hidup anda sendiri. Jadikan cerita anda itu jalan anda menanam nilai dan mesej penting buat bekal kehidupannya. Jangan sub-con praktis ini kepada youtube!

Selain itu, kajian psikologi kanak-kanak juga menunjukkan bahawa story-telling penting kepada kanak-kanak dari sudut:

  • Perkembangan bahasa
  • Kekuatan Memori
  • Perkembangan emosi
  • Menyediakan ruang mereka ‘escape their world’ – terutama bagi kanak-kanak yang mengalami trauma (Heider, 1944).

Cuba kita fikirkan, mengapa agaknya begitu banyak kisah-kisah terdahulu yang Allah rakamkan di dalam Al-Quran untuk kita?


Sumber: Dr Rozanizam
Psikologi di Sebalik 'Story-telling'

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Psikologi di Sebalik 'Story-telling' "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM