Terkini

Menu

Air Mani Cair

Air Mani Cair


Soalan:
“Salam doctor, saya ingin bertanya. Kami telah berkahwin selama 5 tahun dan belum mempunyai zuriat. Baru-baru ini suami saya telah melakukan pemeriksaan air mani di sebuah klinik dan doctor memberitahu air mani beliau cair. Pada hal setahun yang lalu pemeriksaan air mani beliau normal. Walau bagaimana pun saya perasan bahawa air mani suami saya mudah keluar dari faraj selepas persetubuhan. Pertanyaan saya ialah jika air mani suami saya cair, ada ubat tak bagi menyembuhkan beliau? Mohon pencerahan. Terima kasih”



Jawapan:
Wa alaikum mus salam.

Mungkin terma yang sesuai digunakan oleh doctor itu ialah “oligozoospermia”, iaitu merujuk kepada kepekatan air mani dengan kepekatan yang rendah. Dalam bahasa mudahnya mungkin disebut sebagai air mani yang cair.

Air Mani CairOlogosperma akan menyebabkan seorang suami akan mengalami masalah kesuburan, selalunya mengambil masa yang agak lama untuk menghamilkan isteri. 

Kecairan air mani ini bermakna suami puan mengalami bilangan sperma yang kurang berkualiti (sama ada bentuk atau pergerakannya)dalam air mani. 

Air mani yang cair bukan bermakna air mani yang mudah mengalir semula keluar dari faraj selepas hubungan seksual bersama suami.

Air mani yang cair hanya dapat didiagnosa dengan pemiksaan air mani yang dilakukan dalam makmal.

Secara amnya diagnose “air mani yang cair” atau “oligozoospermia” haruslah adalah berdasarkan pada dua kali pemeriksaan air mani. 

Tidak adil atau tepat jika diagnose itu dilakukan hanya sekali, kerana ada kalanya ia hanya kesilapan makmal.

Secara amnya bilangan sperma yang kurang daripada 15 juta sperma dalam satu ml dianggap rendah dan mengalami kecairan.


Berikut adalah cara menentukan tahap kesuburan lelaki, berdasarkan air mani dalam satu ml.

  • Ringan: kepekatan sperma 10-20000000 / ml
  • Sederhana : kepekatan sperma 5-10000000 / ml
  • Teruk: kepekatan kurang daripada 5 juta sperma / ml

(Rujuk: Padubidri; Daftary (2011). Shaw's Textbook of Gynaecology,p. 204)

Jika masalah kecairan air mani di peringkat rendah, maka ia lebih mudah dirawat, berbanding dengan masalah kecairan yang teruk.

Ikhtiar Hamil Cara Sihat
Set Ingin Hamil
Jadi saya menasihatkan suami puan lakukan semula pemeriksaan air mani, jika meragui keputusan yang dikeluarkan dari makmal. Setakat ini, belum ada lagi ubat bagi merawat masalah ini.

Jangan berputus asa. Ramai suami yang berjaya menghamilkan isteri apabila mendapat rawatan yang sesuai.

Banyaklah berdoa, bersolat hajat dan bersedekah.

Wallahu a’lam.

Sumber Asal

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

1 ulasan to ''Air Mani Cair"

ADD COMMENT
  1. cube petua org tua2..slps suami klimaks,si isteri jgn terlalu cpt ke bilik air utk basuh.sebaliknya angkat kedua2 kaki ke dinding dan biarkan air mani suami berada dlm vagina selama yg mungkin..insyaAllah berkesan..

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM