Bahaya Demam Panas Pada Ibu Hamil
Demam mungkin kedengaran biasa namun tidak bagi wanita hamil.
Demam yang melebihi 38 darjah celsius atau dikategorikan sebagai demam panas mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman dan boleh memberikan kesan negatif kepada perkembangan fetus.
Siapa Yang Berisiko Mengalami Simptom Demam?
Wanita mengandung sememangnya mudah dijangkiti kerana memiliki kurang antibodi kira-kira 90 % sahaja berbanding wanita tidak hamil.
Demam berlanjutan selama tiga hingga lima hari atau lebih boleh memberi impak yang buruk, ibu dan bayi dan perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Bagaimana Boleh Menjejaskan Bayi Mama?
Demam yang berlanjutan boleh disebabkan oleh demam virus atau selesema yang melibatkan simptom suhu badan yang tinggi. Ini meningkatkan risiko ibu untuk mendapat jangkitan pada paru-paru dan otak.
Demam boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ia juga meningkatkan risiko
keguguran. Demam yang melibatkan suhu yang tinggi boleh menyebabkan bayi mati dalam kandungan. Demam denggi berdarah misalnya memberikan risiko pendarahan dalam rahim.
Bebas Daripada?
Wanita yang hamil perlu mengambil langkah berwaspada terhadap demam dan mendapatkan rawatan secepat mungkin jika terdapat simptom demam.
Hal ini kerana demam pada wanita hamil boleh berlarutan dan memudaratkan kesihatan fetus.
Elakkan keadaan yang boleh menyebabkan demam seperti terkena hujan atau perubahan cuaca yang drastik atau berada di tempat yang sesak. Mengambil
ubat yang disyorkan oleh doktor seperti paracetamol dan antibiotik.
Share This:
Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋
Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.
Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.
Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?
Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤
Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊
No Comment to " Bahaya Demam Panas Pada Ibu Hamil "