Terkini

Menu

Betul Ke Telinga Suami-Suami Ni Pekak Sebelah?

Telinga Suami Pekak Sebelah 

Betul ke Telinga Suami-Suami ni Pekak Sebelah?

Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.


Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri. Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar,


Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.


Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan "stereo" menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia. Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam "toilet". Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami.

Sumber: Pak Utih
Betul ke Telinga Suami-Suami Ni Pekak Sebelah?

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

1 ulasan to ''Betul Ke Telinga Suami-Suami Ni Pekak Sebelah?"

ADD COMMENT
  1. Betul tu...husband kalau dah tgk tv mmg tak dengar dah apa kita cakap...kadang bukan tk dengar tp dia tgh hadam apa yg kita cakap...

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM