Puting Tenggelam: Bolehkan Menyusukan Bayi?
Puting Tenggelam: Bolehkan Menyusukan Bayi?
Inverted nipples (Masalah Puting Payudara Tenggelam) adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ramai ibu merasa bimbang apabila puting payudara mereka tenggelam. Sebenarnya ibu-ibu tidak perlu bimbang kerana bayi mendapat susu daripada payudara dan bukannya dari puting. Ibu perlu memastikan bayi mereka menghisap sebahagian besar tampok gelap payudara atau sekitar kawasan areola. Ada sesetengah ibu yang mengalami masalah ini memilih untuk tidak menyusukan anak secara direct, tetapi mengepam susu dan memberikan kepada anak melalui botol.
Sebenarnya, ibu berkenaan masih mempunyai peluang untuk menyusukan anak secara direct. Bagi yang ada keinginan untuk pam susu, itu dah kira baik. jangan cepat putus asa ye ibu2. Disebabkan inverted nipples (puting tenggelam), terus tak bagi susu ibu untuk si manja. Semoga tips di bawah ini bermanfaat dan membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah inverted nipples:
Tips Penyusuan untuk Ibu inverted nipples:
1. Lekapan yang betul
Ibu perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Jadi setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu
2. Picagari khas untuk mengeluarkan puting
Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan.
3.Kerap pam susu
Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar.
4. Gunakan nipple shield
Pakai nipple shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu
5.Urutan
Urut payudara dari atas menghala ke puting dan berikan sedikit tekanan di bahagian puting sambil menarik keluar perlahan-lahan untuk mengelakkan tisu cedera. Selain itu, ibu-ibu boleh memberi rangsangan kepada inverted nipples dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa yang sama, letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. keadah ini boleh mengatasi ‘Inverted Nipples’ secara perlahan-lahan dan ibu-ibu tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet. Kaedah ini juga boleh dilakukan dalam peringkat mengandung bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan sebaik melahirkan bayi.
6. Teknik Hoffman
Letakkan ihu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda akan melakukan regangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari.
Ibu yang mempunyai masalah inverted nipples boleh cuba tips-tips yang saya berikan di atas. Mungkin perjalanan penyusuan anda agak sukar, tapi percayalah! Usaha anda untuk memberikan susu ibu kepada anak sangat besar manfaatnya, baik dari segi kesihatan, psikologi & minda anak anda.
Credit: haeshoppe.mommybizz.com
No Comment to " Puting Tenggelam: Bolehkan Menyusukan Bayi? "