Terkini

Menu

Apa Itu Let Down Refleks Pada Ibu Menyusu?

Apa Itu Let Down Refleks Pada Ibu Menyusu?


Semasa anda menyusukan bayi, rangsangan di aerola menyebabkan saraf di sekitar puting menghantar isyarat ke otak. Kelenjar pitutari merembeskan hormon oksitosin melalui pembuluh darah menyebabkan otot di sekeliling kelenjar susu mengecut dan mengalirkan susu ke saluran susu. Inilah yang dinamakan Let Down Reflex.
Ibu akan merasa seperti nyeri / jejarum (painful) di payudara semasa menyusukan ataupun mengepam dan susu memancut keluar dengan banyak (dapat dilihat semasa mengepam).


Bagi ibu yang baru melahirkan, mereka perlu melatih menyusukan bayi secara terus (Direct Feeding -DF) diminggu minggu awal sehingga mendapatkan Let Down Reflex yang baik.

Susu akan mengalir dari payudara yang tidak ‘diminum’ oleh bayi semasa Let Down Reflex berlaku. Let Down Refleks juga berlaku semasa anda mendengar bayi mula menangis.


Fungsi Let Down Refleks:
  • Memastikan breast dikosongkan sepenuhnya
  • Baca mengenai kepentingan mengosongkan breast di sini
  • Memastikan pengaliran susu yang lancar kepada bayi anda


Poor Let Down Refleks menyebabkan:
  • Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya dan ia boleh membawa kepada masalah lain seperti kebengkakkan dan mastitis.
  • Bayi tidak ‘seronok’ menyusu.
  • Ibu tension menyusukan kerana merasakan bayi menolak payudara ibu.
  • Pemberian susu formula.



Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan Poor Let Down Refleks, antaranya:
  • Luka (nipple cracked) dan ibu dalam kesakitan dan takut untuk menyusukan
  • Lekapan (latch on) menyusu yang tidak betul
  • Stress, gelisah dan tertekan contohnya jika terpaksa terkejar-kejar mencuri masa untuk mengepam
  • Jauh dari bayi contohnya jika bayi di warded di hospital dan ibu terpaksa menggunakan pam untuk mengepam susu
  • Pembedahan mengecilkan / membesarkan payudara yang pernah dilakukan telah merubah sebarang saraf yang normal untuk puting



Cara Melancarkan Pengaliran Susu dan mendapatkan Let Down:
  • Bertenang, pasangkan muzik yang anda gemari.
  • Mengepam / menyusukan bayi anda di dalam keadaan yang selesa, sunyi dan tempat yang anda biasa.
  • Banyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi anda ketika tidak menyusukan.
  • Urut payudara anda dalam bentuk bulatan secara lembut selama seminit (jangan tekan dengan terlalu kuat)
  • Letakkan tuala lembab yang direndam dengan air suam pada breast atau mandi air suam sebelum menyusukan / mengepam.
  • Urutan belakang untuk menggalakkan pengeluaran susu (suami anda boleh melakukannya!)
  • Jika anda mengepam semasa bekerja, bawa gambar bayi anda didalam beg mengepam. Minum air dengan banyak dan teruskan pengambilan vitamin semasa mengandung. Makan makanan berkhasiat, anda tidak akan gemuk semasa breastfeeding. Anda membakar 600 kalori sehari (iaitu lebih daripada apa yang anda perlu utk mengekalkan berat sebelum mengandung).
Apa Itu Let Down Refleks Pada Ibu Menyusu?

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Apa Itu Let Down Refleks Pada Ibu Menyusu? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM