Terkini

Menu

Anak Anda Pendiam?

Anak Pendiam

Anak Pendiam

Anak kecil yang pendiam kebiasaanya hanya jadi pendiam apabila ada orang asing berdekatan. Tapi jika bersama ahli keluarga, mereka tidaklah begitu pendiam. Mereka tetap boleh bercakap dan bercerita seperti rakan sebaya.


Sifat pendiam ini kebiasaannya diwarisi dari ibubapa. Mereka belajar melalui pemerhatian sekeliling. Maka tidak ada salahnya untuk bersikap pendiam.

Tetapi sikap pendiam boleh dikatakan keterlaluan apabila:

  1. Tidak bercakap langsung dengan rakan atau guru.
  2. Sentiasa mengelak dari aktiviti berkumpulan.
  3. Guru mengadu kepada ibubapa yang anak tidak bercakap.
  4. Anak menangis apabila diajak juga untuk bercakap.

Sikap pendiam yang keterlaluan ini boleh jadi berpunca dari beberapa sebab:
  • Kesan pengalaman trauma pada situasi lalu hingga memberi kesan psikologi.
  • Kanak-kanak pernah mengalami masalah bertutur (gagap, pelat, lambat bercakap).
  • Isu-isu psikologi yang bercampur seperti takut dan resah hingga bersikap mengelak dari situasi bercakap.

Sepanjang pengalaman saya bekerja dalam bidang terapi pertuturan ini, memang ada kes-kes yang pendiam keterlaluan sebegini. Ada yang berumur 5 tahun, 7 tahun, 9 tahun, 13 tahun dan sebagainya.

Tidak semua dari mereka mengalami masalah perkembangan bahasa atau masalah pertuturan. Ada antara mereka hanya mengalami kesan psikologi semata-mata. Contohnya pernah didera oleh pengasuh, dibuli rakan tadika, dikurung dalam almari, ibubapa bercerai dan sebagainya.

Tetapi ada juga antara mereka yang memang menunjukkan ciri masalah pertuturan bahasa. Contohnya pelat, gagap dan lambat perkembangan bahasa berbanding rakan sebaya.

Oleh itu, penilaian dari speech therapist bertauliah adalah amat penting untuk mengenalpasti punca masalah pendiam keterlaluan ini. Masalah ini juga dipanggil selective mutism.

Sekiranya tidak ditangani segera, ia akan memberi kesan buruk dan berpanjangan kepada psikologi kanak-kanak. Malah kesan psikologi semakin parah apabila mereka tidak langsung berasa inginkan perubahan. Mereka ingin kekal dan terus berada dalam zon selesa mereka itu. Namun hakikatnya, kehidupan selesa itu hanyalah berada dalam minda sahaja. Realitinya mereka sentiasa dihurung ketakutan dan keresahan.

Sumber: rubyatika.wordpress.com
Anak Anda Pendiam?

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Anak Anda Pendiam? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM