Terkini

Menu

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pemerahan Susu Ibu


Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Mengapa Ibu Perlu Memerah Susu?

  • Membekalkan susu kepada bayi yang terpisah dari ibunya.
  • Mengekalkan dan meneruskan penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja
  • Meningkatkan serta mengekalkan penghasilan susu.
  • Mencegah / melegakan bengkak payudara.
  • Melembutkan kawasan gelap payudara (areola) supaya bayi boleh melekap dengan sempurna.
  • Mendapatkan bekalan susu bagi bayi yang tidak boleh menyusu atau bayi lain yamg memerlukan susu ibu


Teknik Pemerahan Susu Ibu Dengan Tangan

  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih
  • Sediakan bekas yang bersih
  • Duduk dalam keadaan yang selesa
  • Tenangkan fikiran serta bayangkan perkara yang indah
  • Urut payudara perlahan-lahan dengan arah putaran
  • Letakkan jari dalam bentuk C di kawasan areola. Ibu jari, jari telunjuk dan puting berada dalam satu garisan
  • Cari kedudukan kelenjar susu (duktus). Ianya dirasakan saperti ketulan-ketulan kecil.
  • Sokong payudara dengan jari-jari lain
  • Tolak sedikit dan dengan perlahan payudara kearah belakang iaitu kedada
  • Mulakan perahan dengan menekan ibu jari dan telunjuk secara serentak. Ini bagi membentuk tekanan pada saluran susu diantara kedua-dua jari tersebut yang akan membantu pengaliran susu kearah puting. Jangan perah secara urutan kearah puting.
  • Gerakkan kedua-dua jari kekawasan seterusnya dan ulangi proses.

Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?


Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu

  • Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup. 
  • Biarkan susu yang baru diperah sebentar dalam suhu bilik, kemudian disimpan di dalam peti ais sejuk dingin atau sejuk beku. 
  • Simpan kuantiti yang mencukupi di dalam satu bekas untuk satu kali penyusuan. 
  • Labelkan tarikh dan masa perahan. 
  • Pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh. 
  • Gunakan susu yang paling awal diperah. menelan.



Simpanan Susu Perahan

Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?


Mencairkan Dan Memanaskan Susu Perahan

  • Cairkan susu perahan dengan meletakkannya di bahagian peti ais sejuk dingin semalaman. 
  • Rendam bekas yang mengandungi susu ke dalam air suam panas. ( 1 gelas air panas mendidih 100ºC, campur dengan ½ gelas air paip. Rendam susu selama 5 hingga 10 minit) 
  • Cairkan kuantiti yang diperlukan sahaja. 
  • Jangan gunakan alat gelombang mikro atau diatas api untuk mencair atau memanaskan susu. 
  • Lemak susu mungkin terasing apabila susu dicairkan. Goncang perlahan bekas perahan susu supaya lemak dan cecair susu boleh bersatu semula 
  • Baki susu perahan yang telah dicairkan tidak boleh disimpan semula 
  • Susu yang dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam.

Cara Memberi Susu Perahan Kepada Bayi 

  • Susu diberikan menggunakan sudu atau cawan kecil yang bersih 
  • Pastikan bayi di ampu dan berada dalam posisi 45 darjah 
  • Elakkan penggunaan puting susu dan botol terutama sekali pada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan

Jadual Penyusuan Ibu Bagi Ibu Yang Akan Mula Bekerja

Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?


Sumber: hsgbuloh.moh.gov.my
Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pemerahan Susu Ibu "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM