Terkini

Menu

Meruang: Rawatan Yang Wanita Wajib Tahu

Rawatan Meruang Yang Wanita Wajib Tahu

Meruang: Rawatan Yang Wanita Wajib Tahu

Pengalaman Seorang Ibu
Masa check up Naurah yang lepas kat KKIA (Klinik Kesihatan Ibu Anak), nurse tu tanya dah buat ujian Pap Smear? Aku cakap tahun ni belum lagi. So, dia pun ajak buat hari tu jugak.
Mesti ramai tau dah ape ujian Pap Smear kan?? Zaman nenek mak-mak kita dulu takde sgt ujian ni. Maklum je lah orang dulu kan hidup secara sihat. Tak macam kita la ni, lifestyle tak bape nak sihat, sebab tu la banyak penyakit muncul. Haha..padan muka aku.
Ok. Berbalik pada cerita masa ujian Pap Smear, nurse yang attend aku kali ni mcm garang sikit. tapi best jugak sebab dia banyak kasi tips-tips pasal anak la, pasal wanita.
Pasal wanita. Ok. Ini penting. Sebelum dia nak start buat ujian tu, dia ajar aku mcm mana nak cek payudara dulu. Cek if ada ketulan atau bengkak di sekitar payudara tu. Lepas tu dia cakap pasal ni, meruang. Haaaa apa benda meruang?? Baca yg aku copy paste kat bawah ni.. - warnapurple


Rawatan Meruang 

Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.

Bidan-bidan terdahulu sangat menitik beratkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:
  1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
  2. Mencegah dari keputihan
  3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
  4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri. Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.


Posisi Meruang

posisi meruang

Meruang boleh dilakukan mengikut posisi seperti berikut:- 
  1. Duduk di atas toilet bowl
  2. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl
  3. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah


Cara Meruang


Kira ruas jari. Wanita dah berkahwin kena jolok jari smpai ruas ke 3. Anak daro, sampai aras 1 sudah, jgn melobih-lobih. Pocah daro lak kang.
  1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. 
  2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha, perut dan bahagian ari-ari. Jika anak dara, memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama sahaja.
  3. Korek dicelah-celah dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu.

Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani. Melalui proses ini, kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi, maka ia bermaksud faraj anda sangat-sangat memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak, maksudnya faraj anda tidak rapi.

Selepas dikorek, bilas sehingga bersih. Ini juga merupakan cara-cara untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali, wanita itu tidak wajib solat. Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj, lepas dah meruang, bilas dan lap kering. Meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur. Selamat mencuba!

Kita orang perempuan ni banyak nak jaga. Serba serbi kena jaga tau. Ingat tu.

Rawatan Meruang Yang Wanita Wajib Tahu

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

1 ulasan to ''Meruang: Rawatan Yang Wanita Wajib Tahu"

ADD COMMENT

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM