Dalam tahun-tahun awal si manja, berlaku banyak pertumbuhan dan perkembangan yang pesat. Lantaran itu, bayi, anak kecil dan kanak-kanak yang bakal memasuki alam persekolahan memerlukan makanan yang berkhasiat. Kuantiti dan kualiti makanan amat penting untuk memastikan si manja dapat membesar dengan sihat.
Sebagai ibu bapa, anda mesti cuba menyediakan
makanan berkhasiat untuk anak-anak anda sepanjang fasa pertumbuhan yang sangat penting ini. Jika anda tidak dapat memasak sendiri sajian makanan untuk anak-anak, pastikan anggota keluarga yang lain atau pembantu rumah tahu bagaimana untuk
memasak makanan yang berkhasiat untuk anak-anak anda.
Buku masakan ini telah diterbitkan sebagai panduan untuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak menyediakan sajian makanan yang mudah dan berkhasiat untuk anak-anak kecil. Buku masakan yang unik ini mengandungi pelbagai pilihan resipi masakan tempatan yang dihasilkan oleh
pakar pemakanan yang bersesuaian dengan keperluan dan cita rasa anak-anak kecil. Buku ini juga mempunyai maklumat berkaitan pemakanan, cara memasak dan petua yang boleh anda amalkan untuk memupuk
tabiat makan yang sihat.
Share This:
Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋
Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.
Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.
Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?
Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤
Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊
No Comment to " Resepi Pilihan Pakar Pemakanan "