Terkini

Menu

Doa Kandungan Songsang

Doa Bayi Dalam Kandungan Songsang (Breech)

Doa Kandungan Songsang

Bismillahirrahmannirahim.

Kepada para ibu bapa yang kerungsingan kerana bayi mereka dalam keadaan songsang. Disini den akan kongsikan satu doa. Doa ini boleh diamalkan sekiranya bayi anda masih lagi keadaan menyongsang walaupun sudah melebihi 36 minggu. Bukan lah suatu yang pasti tetapi adalah tawakal. Yang penting kesungguhan. INGAT, semuanya datang daripada ALLAH. 
Kalau ikutkan ilmu kedoktoran, sekiranya melebihi 36 minggu maka anda perlulah melakukan ECV (External Cephalic Version) iaitu satu kaedah urutan sperti yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Bezanya cuma, jika dilakukan ECV ini, pemantauan terus diberikan kepada bayi anda sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti jantung bayi lemah dsb. DAN sekiranya berlaku apa-apa perkara tsbt, maka doktor akan terus buat caesar ke atas anda. minta dijauhkan!!! Amit amit bak kata orang jawa. Den tahu kebanyakkan mahu melahirkan scr normal.

Di zaman moden ni, susah dah korang nak cari bidan yang betul2 pandai dalam mengurut utk membetulkan bayi yang songsang. Kalau ada pun mereka dah tidak berani utk melakukannya. :)

Inilah doanya (daripada buku ustaz harun din). Inilah untungnya orang yg suka membaca dan berkongsi ilmu.

Versi Rumi:

"Wahai ALLAH yang membalikkan keadaan, balikkanlah semula keadaan itu. Wahai ALLAH yang membalikkan hati, balikkanlah semula hati itu"

Kaedahnya:

Sebelum doa, niatkan supaya posisi bayi anda berada dalam keadaan normal. Letakkan tangan anda diatas perut dan bacakanlah doa tsbut.

Antara amalan yang lain yang boleh dilakukan isteri.
1. Baca surah Yassin sebelum tidur.
2. Selepas ayat kun fayaakun, berhenti dan berdoalah seikhlas hati.


Bergantunglah anda pada Tuhan. Yakinlah akan pertolongannya. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah DIA akan membantumu seperti mana DIA telah membantu den dan isteri dalam sekelip mata. Alhamdullillah.

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Doa Kandungan Songsang "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM