Terkini

Menu

Variasi Nasi Untuk Ibu Berpantang

Variasi Nasi Untuk Ibu Berpantang


1. NASI MENGKUDU

Bahan-bahan:-
    Nasi Untuk Ibu Berpantang
  • 2 cawan beras (basuh dan toskan)
  • 1 batang serai
  • 3 cawan air rebusan daging
  • 1 batang serai (ketukkan)
  • 300 gm daging (rebuskan)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kerisek
  • 3 ulas bawang merah (mayangkan)
  • 2 helai daun mengkudu
  • garam

Cara Penyediaannya:-
  1. Bersihkan daging dan rebuskan sehingga lembut.
  2. Masukkan beras, serai, air rebusan daging dan garam kedalam periuk dan masakkan saperti biasa.
  3. Daun mengkudu di mayangkan halus dan rebus sehingga masak. Perahkan daunnya sikit supaya kurang pahit.
  4. Daging diketukkan dan potong nipis.
  5. Campurkan lada hitam, bawang merah, kerisek, dan garam.
  6. Gaulkan dengan nasi sehingga rata dan hidangkan.


2. NASI PEGAGA

Nasi Untuk Ibu BerpantangBahan-bahan:-
  • 3 cawan beras (basuh dan toskan)
  • 3 sudu kecil lada hitam
  • 1 cawan santan pekat (boleh gantikan dengan susu segar atau susu cair)
  • 3 cawan air
  • 150 gm daun pegaga
  • sedikit garam

Cara Penyediaannya:-
  1. Basuhkan pegaga dan kisarkan. Tapiskan dan ambil airnya.
  2. Masakkan beras dengan air pegaga, lada hitam dan garam.3. Apabila hampir kering tuangkan santan dan masakkan seperti nasi biasa.


3. NASI LEMUNI

Nasi Untuk Ibu BerpantangBahan-bahan:-
  • 3 cawan beras (basuh dan toskan)
  • 1/2 cawan pati dan remuni (kisarkan daun dan ambilkan airnya)
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil halba
  • 3 sm halia (mayangkan)
  • garam

Cara Penyediaannya:-
  1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak saperti nasi biasa.
  2. Hidangkan bersama sambal ikan talang, ikan bilis goreng dan sambal kelapa.


4. NASI HALIA

Nasi Untuk Ibu BerpantangBahan-bahan:-
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air
  • 100 gm halia (mesin dan tapiskan)
  • 150 gm ikan kurau masin
  • 1 batang serai (ketukkan)
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar kerisek
  • 2 sudu besar air rendaman asam gelugor
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit isi cekur (tumbuk)
  • garam
Cara Penyediaannya:-
  1. Masukkan beras, serai dan perahan halia dalam periuk dan masakkan saperti nasi biasa.
  2. Ikan kurau masin dibakar dan ditumbukkan isinya.
  3. Gaulkan ikan tumbuk, kerisek, lada hitam, bawang putih, bawang putih isi cekor dan garam.
  4. Bapurkan air rendaman asam keping. Kacau rata.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Variasi Nasi Untuk Ibu Berpantang "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM