Terkini

Menu

Pendidikan Seks: Apa Yang Anda Perlu Dijawab

Pendidikan Seks: Apa Yang Anda Perlu Dijawab

 Seks: Apa Yang Anda Perlu Dijawab

HARI ini mari kita berbincang mengenai pendidikan seks untuk anak-anak. Bagaimana cara menangani anak-anak yang bercakap mengenai the bird and the bees mereka.

Saya selalu dihujani dengan soalan-soalan berkaitan topik ini.


Anak kecil

Ada ibu bapa yang bimbang bila mendapati anak kecil mereka yang masih berusia tiga ke lima tahun bercerita mengenai bahagian sulit mereka, dan mungkin ketika berada di dalam bilik seorang diri, mereka cuba melihat badan sendiri.

Jangan sesekali anda tersalah sangka merasakan anak anda suka seks atau terkejut dengan perlakuan anak anda. Pada usia tiga tahun dan ke atas, seorang anak kecil mula berminat untuk mengetahui mengenai bentuk badan mereka dengan lebih mendalam. Mereka akan bertanya banyak soalan yang berkait dengan kegunaan setiap bahagian badan.

Mereka juga akan mula bertanya mengapa dirinya tidak sama dengan ibu atau ayah atau dengan adik-adiknya. Gunakanlah masa ini untuk menerangkan seikhlas dan semudah yang boleh sambil memasukkan nilai-nilai yang positif. Jangan sesekali menakut-nakutkan anak-anak anda.

Selepas usia ini mungkin dia tidak lagi berminat untuk bertanya buat seketika. Namun, bila anak anda sudah hampir baligh bagi anak perempuan dalam usia sembilan sehingga ke 15 tahun, dia akan bertanya kembali mengenai pendidikan seks ini. Mungkin kerana sudah besar dan sudah tahu malu, anak anda akan melakukannya cara sembunyi-sembunyi.



Anak Remaja

Tenangkan hati anda jika terjumpa buku atau laman web yang anak anda lihat menunjukkan dia berminat dengan topik ini.

Apa yang patut anda buat bila anak remaja atau hampir remaja anda mendekati topik ini menerusi laman web atau majalah-majalah?

Pertama, anda perlu tahu ini adalah naluri seorang individu yang menjangkau baligh atau menjadi dewasa pastinya mempunyai perasaan sukakan jantina lain. Perasaan ini memang akan wujud pada usia ini.

Ini adalah mekanisme yang Allah letakkan dalam manusia untuk kemandirian manusia. Tidak ada salahnya perasaan itu, apa yang salah ialah apa yang dia lakukan dengan perasaan itu.


Jika anda nampak anak anda telah melihat majalah atau membuat lukisan yang berkaitan dengan isu seks ini, maka jangan terus panik dan menuduh anak anda dengan nama-nama yang tidak baik.Dekati anak anda.

Mungkin pengalaman saya boleh membantu anda semua yang berhadapan dengan perkara ini.

Pernah suatu hari saya mendapati anak saya sedang melihat gambar yang tidak baik. Nampak muka dia pucat bila saya terjumpa dirinya dalam keadaan itu. Saya terus duduk di sebelahnya dan bertanya apa yang dia sedang lihat.

Dengan malu-malu anak saya memberitahu apa yang dia lihat dan baca. Saya terus pegang tangannya dan ucap tahniah kepadanya kerana dia sudah ada perasaan kematangan diri.

Saya memberitahunya bahawa perasaan itu sememangnya akan wujud bila sampai masanya. Oleh itu, saya memberitahunya bagaimana dia boleh menangani perasaan itu dan apa yang dia boleh buat untuk mengatasi keinginan untuk melepaskan perasaan itu dengan cara yang baik. Saya juga memberitahu kesan buruk akibat melihat gambar sebegitu.

Saya tutup perkongsian dengannya lalu mencium pipinya dan mengatakan, yang dia sekarang sedang menjadi seorang yang dewasa dan seharusnya dia perlu mendekati Allah dan sekiranya ada apa-apa yang perlu ditanyakan, dia perlu bertanya dengan saya untuk mendapatkan penjelasan yang baik. Dan sesekali saya tidak akan merendah-rendahkan dirinya.

Keadaan itu menjadi satu pengalaman yang indah bagi saya dan dia.

Sebenarnya, apabila anak-anak sudah sampai ke usia ini, biar dia rapat dengan kita dan bertanya dengan kita soalan-soalan yang perlu jawapan yang baik.

Jangan kita marah dan menyebabkan dia bertanya dengan kawan-kawan yang sama-sama tak tahu dan yang menakutkan, akan mengajak pula anak kita untuk sama-sama mengetahuinya dengan cara melakukannya.

Yang penting, jangan memberi penjelasan kepada anak-anak kita bahawa seks itu kotor. Seks bukan kotor malah ia adalah ibadah bila dilakukan melalui lunas yang diredai Allah.

Apabila kita memarahi anak-anak remaja dengan melihat atau membaca sesuatu yang sepertinya hanya akan menyebabkan anda hilang peluang untuk memberi panduan kepada mereka mengenai perkara yang sangat penting ini.

Topik pendidikan seks untuk anak-anak ini perlu ditangani dengan bijak.


Credit: www.utusan.com.my
Pendidikan Seks: Apa Yang Anda Perlu Dijawab

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Pendidikan Seks: Apa Yang Anda Perlu Dijawab "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM