Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 12 - 24 Bulan
Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 12 - 24 Bulan
Sebelum ini saya pernah menulis artikel berkenaan Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-kanak: 1 – 12 Bulan dimana pada usia tersebut kanak-kanak mula belajar untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru mereka.
Bagi kanak-kanak berusia 12 -24 bulan pula, kanak-kanak mula untuk meneroka dan mempelajari perkara baru di persekitaran mereka. Pada usia ini juga kanak-kanak sudah mula berjalan dan aktif bergerak untuk meneroka.
Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang biasanya kanak-kanak akan perolehi pada usia ini:
12 – 15 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL & BERMAIN
|
· Menoleh apabila nama dipanggil
· Memahami beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga, susu, kereta, bola, baju dsbg)
· Memahami arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?, cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)
|
· Menyebut bunyi-bunyi seperti bersembang tetapi tidak difahami (jargon)
· Vokalisasi mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan
· Meniru bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang disebut yang dilakukan oleh orang dewasa
· Memahami kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)
· Mula menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)
|
· Kurang memasukkan objek ke dalam mulut
· Meniru orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam kotak dan mengeluarkannya)
· Menyukai permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang
· Mencari objek yang hilang dari pandangan
· Ingin sentiasa bersama-sama orang yang dikenali
· Bermain
|
16 – 17 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL & BERMAIN
|
· Memahami dan mematuhi arahan mudah seperti “jangan pegang, bagi ayah bola, cium mama dsbghya
|
· Bercakap dengan kuat menggunakan bunyi dan pelbagai tune suara (tetapi sukar difahami)
· Menyebut 2-6 atau lebih perkataan secara spontan dalam konteks yang betul
· Memberitahu kehendak dengan menunjuk dan vokalisasi
· Menunjuk kepada orang yang dikenali, objek, haiwan dsbgnya apabila disuruh
|
· Meneroka dan mencuba peralatan-peralatan di dalam rumah dan mainan. Berminat dengan peralatan / mainan yang mengeluarkan bunyi
· Jarang sekali memasukkan objek ke dalam mulut
· Membawa anak patung dengan memegangnya pada kaki, rambut atau pakaian
· Menyepahkan mainan di atas lantai ketika bermain
· Suka bergerak dan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat dengan orabg, objek dan kejadian di sekeliling
· Memerlukan tunjuk ajar dan pengawasan dari bahaya semasa meneroka kawasan sekeliling.
|
18 – 19 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL & BERMAIN
|
· Memahami dan melalukan arahan mudah yang diberikan (cth: ambil kasut mama, tutup pintu, mana kucing adik)
|
· Bercakap sendiri ketika bermain dengan mengeluarkan bunyi-bunyi yang kurang jelas menggunakan julat pitch yang lebih besar, dan menggunakan intonasi seperti sedang bersembang
· Memberi tumpuan pada komunikasi yang ditujukan kepadanya
· Menggunakan / menyebut 6-20 atau lebih perkataan yang difahami
· Mengulang bunyi yang ditekan atau bunyi akhir perkataan yang disebut kepadanya (cth: datang sini à ini)
· Meminta sesuatu dengan menunjuk kepada objek disertai dengan sebutan vocal yang kuat atau perkataan
· Suka kepada lagu kanak-kanak (nursery rhymes) dan cuba untuk meniru nyanyian lagu
· Mengenali /menunjuk kepada anggota badan yang disebut (mata, hidung, tangan, rambut dsbgnya)
|
· Boleh memegang sudu dan dan menyuapkan makanan ke dalam mulut
· Memegang cawan dengan dua tangan dan memulangkan cawan kepada orang dewasa selepas minum
· Membuka kasut, stoking, topi dengan sendiri
· Mula memberi tahu sekiranya mereka membuang air besar/kecil
· Meneroka persekitaran dengan lebih aktif dan memahami persekitaran dengan lebih baik
· Sudah tidak memasukkan mainan ke dalam mulut
· Mengingati tempat dimana objek/mainan disimpan
· Meniru aktiviti harian seperti membaca buku, memberi patung makan, mencuci baju dsbgnya
· Suka memasukkan dan mengeluarkan objek dari bekas
· Masih bergantung kepada orang yang dikenali terutama ibu
|
24 BULAN (2 TAHUN)
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL & BERMAIN
|
· Memahami dan melakukan arahan mudah yang diberikan (cth: tengok papa bawa balik apa, panggil papa makan dsbgnya)
|
· Menggunakan 50 atau lebih perkataan yang difahami dan memahami banyak perkataan
· Menyambung 2 – 3 perkataan untuk membentuk ayat
· Menggunakan nama untuk merujuk pada diri
· Bercakap sendiri ketika bermain tetapi masih sukar difahami
· Mengulang perkataan / ayat yang disebut
· Banyak bertanya nama objek dan orang
· Menyanyi lagu kanak-kanak
· Menunjuk dengan betul dan meniru sebutan untuk anggota badan, mata, hidung, mulut, rambut, kaki, tangan
· Memberi dan menamakan objek apabila di minta / di suruh
|
· Meminta makanan atau minuman
· Memakai kasut dan topi dengan sendiri
· Perasaan ingin tahu yang kuat. Suka membuka pintu dan keluar rumah. Kurang memahami bahaya yang ada
· Mengikut ibu berjalan di dalam rumah dan meniru perbuatan ibu semasa bermain
· Bermain permainan olok-olok (pretend play) seperti menolak anak patung di dalam stroller dan memberi makan kepada anak patung.
· Suka menarik perhatian ibu kepadanya
· Memeluk atau duduk berdekatan ibu apabila keletihan atau ketakutan
· Mengamuk apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini tetapi mudah untuk di alih perhatian
· Tidak pandai berkongsi mainan atau perhatian orang dewasa
· Bermain berhampiran kanak-kanak lain tetapi bukan bersama mereka
|
Perkembangan mendengar, bahasa dan social kanak-kanak berkembang dengan pesat ketika usia ini. Mereka juga mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat dan akan meniru dan meneroka persekitaran mereka. Oleh itu, sangat penting untuk ibu bapa memberikan banyak peluang untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu yang baru.
Sumber
No Comment to " Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 12 - 24 Bulan "