Terkini

Menu

Permainan Yang Sesuai Untuk Perkembangan Anak 1 Hingga 2 Tahun

Permainan Untuk Perkembangan Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun


Semakin meningkat usia kanak-kanak, semakin kompleks perkembangan bermain mereka. Mereka akan berimaginasi dan mencuba setiap barangan dan peralatan dan dijadikan mainan. Mereka juga semakin kreatif dan tidak takut untuk mencuba perkara baru. Ada kalanya periuk belanga ibu pun dibuat mainan. Persekitaran yang membenarkan mereka bergerak, bermain dan berimaginasi akan membolehkan mereka berkembang dengan lebih pesat.


Berikut adalah beberapa fungsi dan contoh permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan

UMUR
KEMAHIRAN BERMAIN
CONTOH MAINAN


















12 – 24 bulan
   Kanak-kanak mempelajari bagaimana untuk menggunakan objek dan mengaitkan satu objek dengan objek lain
     Pop beads, lego, puzzle mudah, shape sorter, nesting cups/rings, sudu dan cawan, blocks and bakul
o  Berikan mainan pada anak dan lihat cara mereka cuba menggunakan mainan tersebut
o  Tunjuk cara yang betul untuk bermain dengan mainan tersebut dan tambah aksi lain yang boleh dilakukan dengan mainan tersebut. Cth, menyusun blok mengikut warna yang sama, memasukkan sudu ke dalam cawan dan mengacau.

      Pada usia ini, kanak-kanak sudah suka untuk bermain bersama kanak-kanak yang lain. Mereka sudah mula bersosial dan berkawan
     Alat muzik mainan, aktiviti mewarna, kereta / keretapi (diberi pada setiap orang).
o  Berikan alatan kepada setiap kanak-kanak seperti, berus  / pensil warna an biarkan mereka melakukan aktiviti bersama-sama. Ini menggalakkan kemahiran social dan berkongsi pada kanak-kanak tanpa tekanan.
o  Bantu anak untuk menggunakan bahasa yang sesuai ketika bermain, seperti, ‘giliran saya, saya pula, terima kasih’ dsbgnya.

      Kanak-kanak mula membentuk berkomunikasi menggunakan perkataan dan gesture dan ekspresi muka. Kanak-kanak bermula dengan menggunakan satu perkataan dan bilangan perkataan akan terus berkembang. Mereka sudah boleh memahami hampir setiap apa yang dikatakan kepadanya.
     Telefon mainan, anak patung, patung haiwan, puppets, cermin
o  Gunakan telefon untuk bercakap dengan ada / orang lain.
o  Bercakap dan bercerita bersama dengan menggunakan anak patung
o  Minta anak melakukan arahan 1-langkah (ambil bola, ambil kasut). Apabila usia meningkat kepada 2 tahun, gunakan pula arahan 2-langkah (ambil bola beri pada abang) dan sebagainya.

      Kanak-kanak sudah mula bergerak aktif pada usia ini. Mereka belajar untuk berjalan, memanjat, berlari dan melompat. Mereka memerlukan waktu bermain yang aktif untuk kemahiran keseimbangan badan dan koordinasi. Kanak-kanak juga masih belum memahami peraturan dan akan meneroka mengikut cara mereka sendiri
     Bola dengan pelbagai saiz
     Mainan yang boleh ditarik dan ditolak
     Terowong mainan (boleh dibuat sendiri di rumah)
     Perabot untuk kanak-kanak cth: meja dan kerusi

o  Sediakan persekitaran yang membolehkan anak melakukan semua pergerakan seperti merangkak (bawah meja), memanjat (kerusi), melompat (cushion).
o  Golekkan bola dan biarkan anak anda mengejar dan mengambil bola tersebut atau melontar bola kepada satu sama lain. Permainan seperti ini boleh menggalakkan kemahiran social dan mengambil giliran.


Pastikan Anak-Anak Sihat
Perkembangan anak-anak juga bergantung kepada nutrisi yang seharusnya seimbang. Ia adalah perkara asas yang harus di tackle oleh ibu bapa.
Jom whatsapp 011-5750 5594, Kak Darling akan bantu mommies semua :)
Biarkan dan galakkan kanak-kanak bermain kerana dengan bermainlah mereka belajar banyak perkara baru. Mereka masih belum pandai membaca untuk mencari ilmu, mereka masih belum faham arahan yang panjang untuk diikut, mereka juga tidak faham tentang peraturan yang perlu diikuti, jadi bermainlah salah satu cara untuk mereka memahami dan mempelajari dunia ini tanpa sebarang tekanan.


Credit: slt-aishah.blogspot.com
Permainan Yang Sesuai Untuk Perkembangan Anak 1 Hingga 2 Tahun

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Permainan Yang Sesuai Untuk Perkembangan Anak 1 Hingga 2 Tahun "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM