Terkini

Menu

Mengajar Bayi Mengenal Huruf

Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah


Mengajar Bayi Mengenal HurufTajuk di atas nampak gempakkan, Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah. Selain itu, pernah tak anda dengar tentang berita yang keluar di tv atau suratkhabar tentang bayi berusia sekian-sekian bulan atau kanak-kanak kecil mampu untuk membaca, menyelesaikan masalah matematik atau yang seumpamanya dengannya. Apa yang kita terfikir ? Wah, geniusnya budak ni ! Kita pun berharap-harap yang anak kita sendiripun akan jadi genius macam tu tapi …

Sebenarnya semua anak-anak kecil malah bayi yang baru saja dilahirkan sebenarnya sudah GENIUS. Betul ke? Bercakap pun belum pandai, poo-poo pun masih dalam lampin, genius macam mana pulak? Ok mari kita lihat fakta.


Mengikut kajian sains ke atas umur kanak-kanak 0-3 tahun :- 
  • Semasa bayi dilahirkan, mereka telah mempunyai 100 billion sel otak 
  • Otak mereka adalah 250% lebih aktif berbanding dengan otak orang dewasa. 
  • Otak mereka membentuk 1000 trillion sinaps (hubungan) menjelang usianya 3 tahun iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding orang dewasa 
  • Mampu menghasilkan sinaps (hubungan) lebih pantas pada tahun pertama berbanding tahun-tahun yang lain. 

Untuk lebih memahami mari lihat pula diagram dibawah :-




Diagram di atas menunjukkan kepadatan synaps (jaringan atau hubungan) yang terhasil dalam otak kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding seorang dewasa.

Apa pula synaps ni? Synaps adalah jaringan yang terbentuk apabila sel-sel otak yang dikenali sebagai neuron di hubungkan dengan neuron yang lain dalam otak. Synaps inilah yang berperanan penting untuk perkembangan otak kanak-kanak yang membawa kepada perkembangan mental dan fizikal mereka. Jika neuron-neuron ini tidak dihubungkaitkan atau jarang digunakan lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja. Sebaliknya,jaringan synaps yang digunakan berulang kali akan menjadi kekal. Bagaimana untuk mencetuskan synaps dan menjadikannya kekal ? Jawapan adalah melalui stimulasi yang konsisten.

Jadi pada umur ini 0-3 tahun, lakukan apasaja aktiviti bersama mereka. Rangsangkan otak mereka untuk mencipta lebih banyak jaringan. Kerapkan bercakap-cakap dengan mereka, bermain, bercerita atau apa saja aktiviti yang menyeronokkan untuk anda dan sicomel. Ajarlah mereka apa saja yang anda inginkan, anda pasti surprise dengan kehebatan mereka. Percayalah anak kita pun boleh jadi genius macam mereka diluar sana.

Dan ini buktinya! Raisya@Bree sudah mengenal kebanyakan huruf hijaiyah seawal usia 9 bulan lagi. Bayi ini,mula diperkenalkan dengan huruf hijaiyah semasa berusia 7 bulan secara konsisten.

Buktinya? anda boleh tengok disini ya videonya:-


Jadi jangan terkejut jika Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah malah mereka sebenarnya mampu untuk melakukan lebih dari itu.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Mengajar Bayi Mengenal Huruf "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM