Terkini

Menu

Kesuburan Lelaki

Kesuburan Lelaki


Kegagalan untuk hamil dan dapatkan zuriat bukan sahaja disebabkan masalah-masalah penyakit pada isteri, malah pihak suami dikatakan menjadi punca masalah dalam 20-30 %.

Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Kesuburan Lelaki
Kepanasan badan khususnya jika terkena pada buah zakar dikatakan bolih mengurangkan dan melemahkan benih-benih lelaki. Pekerja-pekerja yang terdedah matahari terik atau kilang berhawa panas , pemandu bas lori jarak jauh, mereka yang suka letak laptop atas riba menyebabkan kepanasannya kena buah zakar. Elakkan juga sering mandi air panas.

Pakai seluar dalam yang longgar saperti boxer. Mandi air sejuk khususnya lepas balik kerja. Boleh juga letakkan ice pack yang telah dibekukan dalam peti ais pada bawah buah zakar selama 30 minit lepas balik kerja. Kesejukkan meningkatkan pergerakkan benih-benih.



Perkara-Perkara Yang Perlu Dijauhi
  • Semua jenis rokok tembakau.
  • Minuman yang mengandungi alkohol. Arak, whisky , beer dll.
  • Kurangkan minuman yang mengandungi kafeine.
  • Jauhkan minuman air yang mengandungi chlorine - air paip.
  • Dadah
  • Gula dan manisan - soft drink, soda, kordel, juz dalam kotak.
  • Segala jenis fast food, junk foods. Jauhkan deep fried dan charcoal bbq.
  • Jauhkan pewangi dan kosmetik yang bukan organik.
  • Racun serangga (pesticides dan insecticides) dan segala bahan plastik dan sterifoam kerana kandungan xeno estrogen.


Makanan Yang Berkhasiat & Berzat
  • Makan banyak buah-buahan dan sayuran. Bayam, kangkung, sawi, kobis, keladi keledek, broccoli.
  • Biasakan makan ulam.
  • Minum juice dari buahan dan sayuran buatan sendiri. - Apple, oren, carrots, papaya , nenas, mangga, tembikai,  avocado dll.
  • Makan seafood. Oyster mengandungi logam zinc , baik untuk benih.
  • Kacang-kacang dan biji-biji. Brazil nuts, almond , walnut mengandungi selenium, biji-biji sunflower, biji anggur dan labu baik untuk benih lelaki.
  • Biji papaya - pahit rasanya. Ada kajian ia meningkatkan benih lelaki.
  • Ikan mackerel, kembong, tenggiri, sardine dan salmon. Sumber omega 3.


Supplemen
  • Makan multivitamins - banyak jenama dalam pasaran- perlu mengadungi Vit B, A logam-logam termasuk zinc.
  • Vit C 1-2 gm setiap hari
  • Vit E 400 IU Setiap hari
  • Fish oil 1000 mg dua kali sehari.
Produk-produk dari herba (herbal supplement) seperti;
  • Speman
  • Kapikachu
  • Tribestan
  • Saw palmeto
  • Panax ginseng

Hormon
  • Testosterone - hormon lelaki. Ada yang diberi secara suntikan atau dimakan dalam bentuk tablets. Ini perlu pengawasan doktor.
  • HCG. Sejenis hormon yang diberi secara suntikan olih doktor.
  • Ubat subur clomid - makan setengah biji pagi dan setengah petang. Setiap hari selama 3 bulan.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Kesuburan Lelaki "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM