Terkini

Menu

Amalan Suami Isteri Semasa Isteri Mengandung

Amalan Suami Isteri Semasa Isteri Mengandung


Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, antara amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung ialah:-

    Amalan Suami Isteri Semasa Isteri Mengandung
  1. Panjatkan doa pada Allah 
  2. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t. 
  3. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t. 
  4. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis) 
  5. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat 
  6. Banyakkan berzikir 
  7. Banyakkan membaca Al-Quran 
  8. Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain 
  9. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan 
  10. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran. 
  11. Tidak terlalu tertekan atau stres. 
  12. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri 
  13. Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal. 
  14. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki 
  15. Rajin mengukirkan senyuman 
  16. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. 


Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh suami dan isteri ketika isteri mengandung pula:-

  1. Usah lakukan perkara maksiat, hadirkan diri ke majlis ilmu 
  2. Elakkan mengidam makanan yang tidak baik 
  3. Elakkan makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram 
  4. Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain 
  5. Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri. 
  6. Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami. 
  7. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t. 
  8. Jauhi pertuturan yang negatif 
  9. Jauhi membuka aurat 
  10. Jauhi amalan khurafat 


Antara amalan bacaan surah semasa ibu mengandung ialah:

  1. Dekatkan diri dengan naskhah Al-Quran 
  2. Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan) 
  3. Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.) 
  4. Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa) 
  5. Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak) 
  6. Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati) 
  7. Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat) 
  8. Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat) 
  9. Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

2 ulasan to ''Amalan Suami Isteri Semasa Isteri Mengandung"

ADD COMMENT
  1. Di samping amalan di atas ada satu amalan yang bagus untuk kita kongsikan di sini utk membantu kecerdasan @ kepintaran anak blh diamalkan semasa baby dalam kandungan lagi...makanan sunnah Luban @ kemenyan Arab.... Khasiat Luban/Kemenyan Arab
    Imam Ali Ridha (sa) berkata:“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil. Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani. Jika ia perempuan ia akan bagus fisiknya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya”.- Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)Imam Ali bin Musa Ridha a.s. berkata,Artinya: Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.[35]Rasulullah SAW bersabda,Artinya: Berilah luban (kemenyan Arab) kepada isteri kalian yang sedang mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungnya. [34]Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkanlah kepada anak-anakmu semasa mereka di dalam perut kamu, kemenyan putih (luban) dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan (riwayat al-Dailami)....http://herbadanpemakanan.blogspot.com/2014/05/khasiat-lubankemenyan-arab.html

    BalasPadam
  2. Terima kasih ats prkongsian...
    Insyaallah sy akn praktikkan =)

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM