Aktiviti Untuk Kanak-Kanak 2-3 Tahun
Menulis bagi kanak-kanak bukan mudah. Ia bukan sekadar mengerak-gerakkan jari. Ibubapa jangan expect anak terus aje pandai menulis
by the time they are 6 years of age. Untuk kanak-kanak 4, 5, 6 tahun memegang pensil dengan betul (tripod grasp), jari-jemari mereka sepatutnya dirangsang jauh lebih awal.
Daripada umur 0 - 3 tahun, beri peluang anak melakukan aktiviti memegang, meramas, meronyok, mengoyak pelbagai bahan (kertas, plastik, squeeze toys). Aktiviti sebegini merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak diberi peluang menggunakan jari jemari mereka, nanti lebih senang kita ajar mereka memegang pensil atau krayon dengan betul.
Cadangan untuk kanak-kanak 2-3 tahun di rumah atau di taska.
- Aktiviti memegang (grasping / holding) - alat mainan masak-masak (sudip, senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola tenis, bola getah (pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang kanak-kanak kutip guli dan / atau pom-pom dan masukkan ke dalam botol atau bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi peluang kanak-kanak memggunakan 3 jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
- Aktiviti meramas (squeezing) - ramas dan uli playdoh, ramas pasir, ramas perca kain, ramas mainan picit (squeeze toys).
- Aktiviti meronyok (scrunching) - pelbagai jenis kertas (not newspaper please)
- Aktiviti mengoyak - beri kanak-kanak jaluran kertas (paper stripes) selebar 2 cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan kecil.
Pastikan kanak-kanak melakukan semua aktiviti di bawah pengawasan orang dewasa ya.
Apa yang best aktiviti-aktiviti di atas bukan saja merangsang kemahiran jari jemari kanak-kanak tetapi juga koordinasi mata dan tangan mereka . This skill is every important in reading and writing.
Share This:
Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋
Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.
Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.
Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?
Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤
Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊
Satu perkongsian yang sangat menarik!!!...
BalasPadamJemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi
menarik idea2 nie...
BalasPadamthank you :)