Terkini

Menu

Macam-macam Tips Sudah Saya Amalkan, Namun Anak Saya Tetap Degil

Macam-macam Tips Sudah Saya Amalkan, Namun Anak Saya Tetap Degil


Sebelum kita menyambut kedatangan anak kecil ke dalam hidup kita, ketahuilah dia adalah bingkasan kasih-sayang dari Penciptanya.

Kita perlu melihat dia SENANTIASA dari mata penuh kasih-sayang. Kerana akan tiba masanya kerana pertumbuhan dirinya, dia akan meragam, dia akan mencampak barang, dia akan memukul anda, dia akan merampas barang dari anak kecil yang lain, dia akan menyemakkan rumah anda, dia akan menjerit tidak keruan, dia akan tidak duduk diam, dia akan tidak mahu tidur, dia akan tidak mahu bangun tidur dan senarai ini berterusan.

Jika anda menerima (embrace) sangkaaan bahawa dia didatangkan untuk menyusahkan hidup anda. Atau anda merasa benci dengan segala perangainya...tarik nafas,jangan terpedaya dengan bujukan syaitan itu.

Kerana sebenarnya, dia sedang membantu membentuk hati dan jiwa anda untuk menjadi lebih sabar dan membesarkan hati dengan kasih-sayang tanpa syarat.

Jika tidak percaya, lihatlah dia semasa tidur. Dan jika sebelumnya, 'he drove you mad', anda akan nampak betapa 'angelic' , indahnya dia. Dan mungkin pada masa itulah anda menyesal terlalu garang kepadanya tadi.

"Ada yang datang kepada Ibu dan mengatakan, saya dah buat semua yang Ibu tulis ni, tapi anak saya tetap degil."

Ibu terus bertanya, semasa anda membuat apa yang Ibu sarankan itu, bagaimana niat dan rasa hati mu terhadap anak anda?

Jika hati itu masih bersangka anak itu memang problem dan mendatangkan problem, masakan doa yang tidak terlafaz itu akan tidak makbul! Makbullah apa yang disangkakan!

Bila ibu bapa bersangka buruk kepada anak-anaknya, maka itulah doa mereka untuk anak-anak mereka. Bak kata guru saya, mak nenek motivator pun tidak akan dapat memulihkan keadaan.

Ada ibu dan bapa yang mengeluarkan kata-kata seperti 'jahat', 'degil' dan sewaktu dengannya. Kita tahu cara dan perkataan seperti ini memang tidak logik untuk anak itu menjadi seorang yang berakhlak mulia kecualilah dia menjumpai seorang 'guru' yang berakhlak mulia.

Macam-macam Tips Sudah Saya Amalkan, Namun Anak Saya Tetap Degil
Prof Dr Rozieta Shaary
Tapi di dalam tidak kita sedar, ramai juga yang mengatakan perkataan seperti ini ' anak saya ni pemalu orang nya,' ' tak tahu duduk diam', 'tak de konfiden' dan dicakapkan di depannya. Masakan anak kecil itu tidak terasa... kalau dia diperkenalkan sebagai pemalu dan tiada konfiden, maka itulah yang akan dia jadi.

Lihatlah anak dari mata penuh kasih-sayang, senantiasa!

Jika dia nampak pemalu, maka terima sifat pemalunya itu dan perlahan-lahan beri dia keyakinan untuk mengatasi rasa malunya pada perkara-perkara yang penting.

Contoh, ajak dia membaca buku dengan kuat dan biar adik-adiknya mendengar. Kemudian membaca kepada ayah dan mak saudara...ideanya ialah memyediakan dia untuk tidak malu bercakap dikhalayak ramai. Ya, anda masih menghormati sifat pemalunya namun, malah menghargainya, kerana dengan sifat pemalu ini, dia tidak akan melakukan perbuatan yang memalukan, seperti bergaduh dikhalayak ramai, memukul orang.

Malah apa yang anda fokus ialah membina dia agar berani untuk melakukan sesuatu yang penting untuk nya dan orang lain. Anda mengajar dia menghormati sifat pemalunya dan mengajar dimana untuk malu dan dimana untuk berani!

Anda tidak cuba UBAH dia tapi anda BINA dia!

Itulah keibubapaan penuh kasih-sayang yang melihat anak-anak ini indah penuh potensi seperti kain putih.

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Macam-macam Tips Sudah Saya Amalkan, Namun Anak Saya Tetap Degil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM