Apakah Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi?
- Bayi menerima nutrien yang paling lengkap dan optimum untuk
tumbesaran bayi.
- Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula,
mengurangkan risiko sembelit kronik, kolik, dan gangguan perut yang lain.
- Sistem imun bayi lebih kuat dimana bayi dilindungi daripada
jangkitan, alergi, asma, kencing manis,
obesity dan penyakit lain-lain.
- Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu.
- Tidak mengandungi bahan2 kimia merupakan salah satu kebaikan susu ibu.
- Bayi yang lebih cerdik di mana susu ibu meningkatkan
perkembangan sistem otak dan saraf.
- Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan dimana
susu ibu mempunyai suhu badan yang sama dengan badan bayi.
- Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang ibu makan. Oleh itu,
ia membantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi melalui susu.
- Mengerat ikatan emosi di antara ibu dan bayi.
- Penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam
pembangunan emosi dan rohani bayi.
Apakah Kebaikan Susu Ibu Kepada
Ibu ?
- Susu ibu adalah percuma, boleh menjimatkan kos harian.
- Penyusuan membantu pengecutan uterus, serta mengurangkan
risiko terhadap kanser payudara, rahim dan ovari.
- Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu kerana
penyusuan membakar kalori.
Apakah Kebaikan Susu Formula ?
- Sesiapa sahaja boleh memberikan susu kepada bayi, tidak
semestinya ibu sahaja.
- Tidak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu.
- Frekuensi penyusuan kurang kerana penghadaman susu yang
perlahan, bayi akan tidur lebih lama.
- Ibu tidak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri kerana
tidak perlu risau tentang penghasilan susu badan.
Share This:
PENAFIAN
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu
Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.
No Comment to " Kebaikan Susu Ibu & Susu Formula "