Tips Mendidik Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan
jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah
degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan
refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan
yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam
Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk
setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang
dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian,
pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya).
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu
perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu
dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi
pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar
anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka
akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran
yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak
apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real
dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama
akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk
sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
No Comment to " Tips Mendidik Anak "