Terkini

Menu

Tips Eratkan Bapa & Anak


SEBAHAGIAN besar daripada kita mungkin biasa dengan senario di mana anak-anak lebih rapat dan mesra dengan ibu mereka berbanding bapa.


Keadaan ini berlaku kerana terdapat segelintir daripada kita yang memandang ringan terhadap tugas dan tanggung jawab seorang lelaki terhadap bayinya. Sedangkan, peranan seorang bapa dalam kehidupan anak sebenarnya sama besar dengan peranan seorang ibu. Untuk mengelak perkara itu berlaku, ibu bapa mungkin boleh mengambil panduan 10 cadangan di bawah untuk memudahkan dialog antara bapa dengan anaknya.

1. Ibu perlu memberi bapa ruang interaksi dengan bayi sejak peringkat awal kelahiran lagi. Bapa boleh turut sama dalam penjagaan bayi seperti menukar lampin, memandikannbayi, membawanya bersiar-siar, memberinya minum susu dan sebagainya. Segala perbuatan itu harus diiringi kata-kata lembut dan senyuman kepada bayi.

2. Permainan penting dalam interaksi bapa dengan anak yang sedang membesar. Tidak seperti ibu, bapa lebih terdorong mengadakan permainan bertenaga dan sukar dijangka yang menyeronokkan anak-anak. Ibu pula tidak seharusnya menghalang permainan seumpama itu hanya kerana kaedahnya sedikit berbeza dengan lazimnya.

3. Berkomunikasi dengan anak di tempat-tempat awam seperti zoo atau taman riadah.

4. Bapa yang sering berkomunikasi dengan anak-anak kecil akan menjadi figura penting dalam dunia anaknya. Pada mulanya, kelakuan bapa akan menjadi model kepada anak untuk membentuk tingkah lakunya sendiri kelak. Lebihkan dialog dan interaksi untuk pembangunan mental anak yang sihat.

5. Golongan dewasa yang menjaga anak kecil perlu menjaga tingkah laku sendiri. Kadangkala ibu bapa berpendapat bahawa sebarang kawalan terhadap perbuatan anak-anak akan membantutkan kreativiti dan kebergantungan terhadap diri sendiri. Sebahagian lagi yakin bahawa anak kecil perlu menjaga kelakuannya dalam setiap perkara seperti orang dewasa sehingga mengawal dan mengehadkan tingkah laku mereka. Arahan ibu bapa tidak seharusnya melangkaui logik akal sebaliknya perlu menumpukan pada keselamatan, kebergantungan diri dan aktiviti kreatif.

6. Adalah penting untuk menunjukkan anak-anak mengenai tuntutan munasabah agar mereka faham apa yang diharapkan daripada mereka dan cuba tekankan berulang kali.

7. Elak menggunakan kekerasan atau ugutan tanpa justifikasi terhadap perilaku anak-anak. Ia dikhuatiri
akan membentuk sikap ganas dalam diri anak dari segi perwatakan, berniat jahat, kejam dan degil.


8. Kutukan, kecaman dan larangan perlu digunakan dengan berhati-hati. Celaan terhadap aspek personaliti
anak langsung tidak boleh diterima sebaliknya tujukan kepada perbuatan yang dilakukannya. Contohnya, jangan berkata ‘kamu jahat’ sebaliknya katakan ‘perbuatan itu jahat’. Selepas menjelaskan bahawa perbuatan tersebut dilarang, adalah penting untuk menunjukkan anak contoh yang positif.


9. Puji kejayaan anak. Jika sesuatu itu mustahil untuk anak, bantu dia menangani kesukaran, beri sokongan
dan biarkan dia merasai kejayaan sendiri. Tidak perlu memuji anak untuk kegagalan mereka kerana ia boleh mewujudkan perasaan rendah diri. Harapan terhadap pencapaian anak perlu sesuai dengan keputusan yang dicapainya.


10. Paling penting sekali, sayangi anak sebaik-baiknya dan jangan biarkan dia lupa mengenai kasih sayang itu.


Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tips Eratkan Bapa & Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM