Terkini

Menu

Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung

Tanggungjawab Suami Ketika Isteri Mengandung

Tanggungjawab suami ketika isteri mengandung amat penting untuk memastikan anak mendapat haknya. Suami mempunyai tanggungjawab memastikan isterinya diberi perhatian dan kasih sayang. Apabila dalam tempoh kehamilan, emosi isteri mudah terganggu. Emosi yang terganggu akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Oleh kerana itu, suami haruslah menjaga isterinya yang sedang hamil dalam keadaan baik, sihat dan stabil emosinya. 


Suami boleh membantu melakukan perkara-perkara di bawah: 
  • Sentiasa memberi dorongan kepada isteri yang menghadapi kesulitan ketika hamil. Berikan kata-kata semangat dan ucapan manis yang mampu memberi kekuatan dan ketenangan kepada isteri. Ada kala dengan ucapan begini, kesusahan yang dialami isteri mampu diatasi. 
  • Suami terlibat bersama aktiviti ketika isteri hamil, menghantar dan bersama ketika pemeriksaan bulanan bersama doktor. Mengambil tahu perkembangan janin dan masalah yang mungkin dihadapi isteri 
  • Menjauhkan perkara atau melakukan perkara yang memberi kesan negatif kepada si isteri seperti menyakitkan hatinya 
  • Menyediakan makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan isteri. Selera wanita hamil ada kala berubah dan menghadapi masalah. Boleh minta isteri amal makan kurma kerana mempunyai banyak khasiat seperti menguatkan rahim dan memudahkan bersalin. 
  • Jangan membebankan isteri dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan kerana kehamilannya. Sebaiknya suami tidak menuntut haknya untuk bersetubuh kerana keadaan isteri yang lemah, mabuk, loya dan muntah ketika usia kandungan belum empat bulan. 
  • Suami hendaklah bersabar dan tabah dengan kerenah isteri terutama ketika isteri menghadapi masalah mabuk dan tekanan emosi akibat hamil. 
  • Suami harus banyak membantu isteri melakukan kerja rumah atau kerja yang perlu dibuat agar meringankan bebanan yang dihadapinya. Ketika hamil badan isteri perlu bekerja keras untuk menampung kehadiran janin dan tidak mampu membuat kerja yang biasa dilakukannya 
Sumber: Facebook

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM