Terkini

Menu

Keputihan Semasa Hamil

Keputihan Semasa Hamil

Keputihan Semasa Hamil

Sering mendapat soalan dari bakal-bakal ibu yang bimbang kerana dijangkiti keputihan sepanjang kehamilan. Bahayakah keputihan semasa hamil?

Keputihan yang normal adalah lelehan faraj bersifat cair dan bewarna putih seperti susu. Perkara normal bagi wanita hamil yang mengalami lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa. Sekiranya anda mengalami perkara seperti berikut, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan sewajarnya.

➤ Pekat dan bewarna krim seperti keju
➤ Gatal, sakit atau kemerahan di dalam faraj atau sekelilingnya termasuk punggung
➤ Sakit ketika mmbuang air kecil
➤ Sakit apabila bersama suami



Bagaimana keputihan dijangkiti?

Jangkitan semasa hamil adalah perkara biasa. Keputihan disebabkan kulat mikroskopik atau yis yang digelar candida albicans. Kulat ini ada dalam setiap tubuh manusia. Secara umumnya, ia adalah sebahagian dari sistem penghadaman manusia, dan dikawal oleh bakteria dalam badan. Biasanya ia hidup dalam daraj manusia tanpa memudaratkan anda.

Namun, masalah timbul apabila terdapat ketidakseimbangan antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam sistem tubuh kita. Anda berkemungkinan untuk dijangkiti keputihan sekiranya:

➤ Hamil. Semasa hamil, faraj mengandungi kandungan gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, yang menggalakkan pertumbuhan kulat

➤ sering memakai pakain ketat atau yang diperbuat daripada kain sintetik seperti jeans atay seluar dalam nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pembiakan kulat

➤ Ada mengambil antibiotik. Antibiotik mengganggu keseimbangan mikro-organisme baik dan jahat dalam tubuh manusia

➤ Menggunakan buih mandian yang berbau wangi atau pantyliner yang beraroma

➤ Anda menghidapi kencing manis atau diabetis gestasi yang tidak dikawal dengan baik



RAWATAN DI RUMAH
  1. Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup di dalam dan sekeliling faraj
  2. Pakai seluar dalam kapas, seluar longgar atau kain
  3. Jangan berendam dalam tab mandian panas terlalu lama, kerana persekitaran lembap dan hangat adalah persekitaran terbaik untuk pembiakan kulat
  4. Elakkan buih mandian dan pantyliner beraroma
  5. Lap alat sulit anda sehingga benar-benar kering selepas ke tandas
  6. Pastikan faraj anda cukup basah sebelum bersama suami


Adakah keputihan berbahaya kepada bayi?

Jawapannya tidak. bayi anda dilindungi laposan uterua dan tidak terjejas sama sekali. Namun jika anda dijangkiti semasa proses bersalin, bayi anda berisiko untuk dijangkiti semasa dia melalui faraj untuk keluar dari rahim.

Jika bayi yang baru lahir dijangkiti keputihan, anda boleh lihat ada tompokan putih di mulutnya. Sekiranya anda menyusu badan, ibu dan bayi perlu dirawat segera kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara melalui mulut bayi.

Sumber:- familisihat.wordpress.com
Keputihan Semasa Hamil

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

1 ulasan to ''Keputihan Semasa Hamil"

ADD COMMENT
  1. Isteri saya juga mengalami masalah nie memang merisaukan lah.tapi saya ada guna produk kesihatan-kesihatan seperti pil dan lain-lain.tapi semuanya hampa,selepas mengunakan produk tuala wanita lexee alhamdulilah penyakit isteris saya sembuh.Saya dapatkan info produk nie dari website www.usahawanredlife.com
    syarikat official goredlife.com.dulu macam tak percaye je.tapi bila dah cuba memang terbukti berkesan

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM