Terkini

Menu

Pembelajaran Seks Untuk Anak-Anak



Hari ini mari kita berbincang mengenai Pembelajaran Seks untuk anak-anak. Hari ini kita bercakap mengenai the bird and the bees.

Ibu telah dihujani dengan soalan-soalan berkaitan topik ini.

Ada ibu bapa yang bimbang bila mendapati anak kecil mereka yang masih berusia 3 ke 5 tahun bercerita mengenai ‘private part’ mereka, bertanya dan mungkin mendapati mereka duduk diam-diam di dalam bilik seorang diri dan cuba melihat badan mereka.
Sebelum anda terkejut dan merasakan anak ini sudah mula menjadi anak yang suka ‘seks’ atau seperti itu. STOP… jangan sekali-kali bersalah sangka. Pada usia tiga tahun keatas, seorang anak kecil itu mula berminat untuk mengetahui mengenai badan mereka dengan lebih mendalam. Mereka akan bertanya banyak soalan yang berkait dengan kegunaan setiap bahagian badan. Mereka juga mula bertanya mengenai mengapa tidak sama dengan mama atau dengan ayah atau dengan adik. Gunakanlah masa ini untuk menerangkan seikhlas dan semudah yang boleh dan memasukkan nilai yang positif. JANGAN SEKALI MENAKUT-NAKUTKAN. Jelas dengan kasih sayang.


Selepas usia ini mungkin dia tidak lagi berminat untuk bertanya buat seketika. Namun, bila dia sudah hampir baligh bagi anak perempuan di dalam usia 9 ke lima belas, dia akan menjengok kembali topik, Pembelajaran Seks untuk anak-anak ini. Namun, kerana sudah besar dan sudah tahu malu, dia akan melakukannya dengan cara sembunyi-sembunyi.


Tenangkan hati anda jika anda terjumpa buku atau website yang dia lihat yang menunjukkan, indicate, bahawa dia ‘gila’akan topik itu. Tenang dan tenang setenang-tenangnya dalam menangani perkara ini. Jangan sekali menuduh dia sudah gila seks, jadi jahat, nak jadi perempuan jalang ke…! Jangan sekali sebut perkataan ini.


Apa yang patut anda buat bila anak remaja atau hampir remaja anda mendekati topik ini? Contohnya ada terjumpa websitenya, atau majalah-majalahnya.

  •  Pertama, anda perlu tahu ini adalah naluri untuk seorang individu menjangkau baligh atau menjadi dewasa akan mempunyai perasaan sukakan jantina lain. Perasaan ini memang akan wujud pada usia ini. Ini adalah mekanisme yang Allah letakkan di dalam manusia untuk kemandirian manusia. Tidak ada salahnya perasaan itu, apa yang salah atau betul ialah apa yang dia lakukan dengan perasaan itu.
  • Jika anda nampak dia telah melihat website atau majalah atau membuat lukisan yang berkait dengan isu seks ini, maka jangan terus panik dan menuduh dia dengan nama-nama yang tidak baik. Dekati dia…mungkin pengalaman ibu ini boleh membantu anak semua yang menghadapi perkara ini. –

Suatu hari ibu mendapati anak ibu sedang melihat gambar yang tidak baik. Nampak muka dia pucat bila ibu terjumpa dia di dalam keadaan itu, ibu terus duduk di sebelahnya dan bertanya dengannya, apa yang dia sedang tengok. Dengan malu2 dia memberitahu. Ibu terus pegang tangannya dan ucap tahniah kepadanya kerana dia sudah ada perasaan kelakian itu. Ibu beritahu bahawa perasaan itu adalah sememangnya akan wujud bila sampai masanya dan baginya masanya sudah sampai. Oleh itu, ibu beritahu dia bagaimana dia boleh menangani perasaan itu dan apa yang dia boleh buat untuk mengatasi keinginan utk release perasaan itu dgn cara yang tidak baik. Ibu juga memberitahu kesan buruk melihat gambar sebegitu. Ibu tutup perkongsian ibu dengannya itu dengan mencium pipinya dan mengatakan, ‘You are a good son and you are growing into an adult. So now, you need to be closer to Allah and mummy to help guide you. You can ask mummy any question regarding this topic. Mummy will not look down at you. You are a wonderful person.”

Keadaan itu menjadi satu pengalaman yang indah bagi saya dan dia.

Bila anak-anak sudah sampai usia ini, biar dia rapat dengan kita dan boleh bertanya dengan kita soalan-soalan yang perlu jawapan yang baik. Jangan kita marah dan menyebabkan dia bertanya dengan kawan-kawan yang sama-sama tak tahu dan yang menakutkan, akan mengajak dia eksperimen perkara itu.

Yang penting, jangan memberi impression kepada anak-anak kita bahawa seks itu kotor. Ianya bukan kotor malah ianya adalah ibadah bila dilakukan melalui lunas yang diredhai Allah. Marah-marah dengan kesilapan anak-anak remaja mengenai perkara ini, contohnya melihat website, membaca majalah dan yang sepertinya, hanya menyebabkan anda hilang peluang untuk memberi panduan kepada mereka mengenai perkara yang sangat penting ini. Topik Pembelajaran Seks untuk anak-anak ini perlu ditangani dengan bijak!

Salam Kasih, Ibu Rose
Prof. Dr. Rozieta Shaary

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Pembelajaran Seks Untuk Anak-Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM