Terkini

Menu

Tips Atasi Masalah Semasa Kehamilan

Tips Atasi Masalah Semasa Kehamilan

tips menghadapi masalah kehamilan

Sepanjang tempoh kehamilan pasti kita semua mengalami masalah yang lebih kurang sama, jadi disini kami sertakan sedikit panduan yang mungkin berguna untuk semua..

1. Loya dan muntah

Masalah ini adalah berbeza mengikut individu, kadang-kadang kita dengar ada ibu yang tidak mengalami masalah ini sepanjang kehamilan. Loya dan muntah adalah disebabkan peningkatan hormon HCG.. nak tau apa tu? nt kita belajar ya.



so mcm mana nak atasinya:
  • Makan sedikit tapi kerap, ia boleh bantu atasi rasa loya berbanding bila ibu makan dalam jumlah yang banyak..maklumlah bila mengandung, kita akan set dalam mind makan untuk dua orang.. so makan sikit tapi kerap ya..
  • Jauhi makanan yang berminyak, pedas dan kuat berempah.. melainkan ibu mengidam.. maklumlah ibu mengandung ni lain seleranya ya x? ada kes bau petrol pun sedap...hehe
  • Jangan makan bersulam air..of course la penuh perut tu..nanti semua rasa nak keluar..kan rugi.
  • Kalau ianya tidak dapat diatasi dan bertambah teruk dapatkan nasihat doktor..takut elektrolit dalam badan terganggu.. sian baby..


2. Pedih ulu hati

Pedih ulu hati menyebabkan rasa tidak selesa pada ibu..ia selalu terjadi di trimester akhir kerana uterus menekan gaster dan esofagus..jadi jus gastrik akan tertolak ke atas menyebabkan kita rasa terbakar di dada dan pahit di mulut..sungguh tidak selesa kan..tak pe sabar ibu
  • Macam biasa makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap dan jauhi makanan berlemak..again..semua pasal makanan kan...
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein
  • Jangan baring selepas makan sekurangnya 30 minit
  • Tarik nafas dalam dan minum sedikit air mungkin membantu ibu rasa lega 
  • Penggunaan antacid yang diberi atas nasihat doktor..

 Tiada Lagi Letih & Lesu Semasa Hamil
Sekarang kita akan berkongsi tentang masalah yang rasanya paling besar dialami oleh ibu-ibu iaitu keputihan di sepanjang kehamilan.. kenapa agaknya ya? yang penting ibu janganlah panik bila tiba-tiba banyak keputihan yang jernih dan tidak berbau yang keluar.. perkara ini adalah normal pada wanita yang mengandung.


Ibu,

sewaktu kehamilan tubuh badan kita mengalami pelbagai perubahan.. diwaktu kehamilan, servik (pangkal rahim) dan dinding vagina menjadi lebih lembut dan penghasilan bahan pelembap semulajadi ini bertujuan melindungi rahim kita dari kuman-kuman yang sangat irihati dengan kehamilan kita..so secara tidak langsung ia membina satu benteng untuk menghalang kuman ini sampai kepada rahim. Cecair lembapan ini dikenali dengan nama saintifiiknya leukhorrhea..jadi apa yang ibu perlu buat untuk menghadapinya.. mesti tidak  selesa kan?


  1. Pakailah panty liner dan tukar sekerap yang mungkin atau atas keselesaan anda.. jangan tak tukar pulak dari 8 pagi sampai 5 petang.. suka pulak cik kuman nanti.
  2. Ibu digalakkan untuk memakai pakaian dalam dari jenis kain kapas kerana kain dari jenis ini mempunyai aliran udara dan mampu menyerap peluh.. sekaligus dapat memberikan keselesaan dan mengurangkan risiko jangkitan kuman akibat peluh yang terperangkap.. elakkanlah yang jenis satin.. time tertentu boleh la pakai yang satin.. hehe ;)
  3. Elakkan amalan douching sepanjang kehamilan kerana ia boleh mengganggu tahap kestabilan pH Miss V.
  4. Ditekankan disini..jangan rawat sendiri keputihan anda..janganlah sapu krim, minyak-minyak ..its normal dear..
  5. Selepas membuang air, cucilah dari bahagian depan kebelakang.. begitu juga sewaktu mengelap..depan ke belakang ye.. sebab kita tak mahu kotoran di belakang tersebar ke bahagian Miss V..ok

Namun, apabila keputihan ini bertukar warna diikuti bau yang tidak menyenangkan, Miss V terasa gatal dan dalam amaun yang luar biasa banyaknya maka segeralah berjumpa doktor kerana mungkin terkena jangkitan cik kuman yang jahat.. jangan segan-segan ya ibu..jumpa terus doktor.


Tapi ingat mencegah adalah lebih baik dari merawat..jadi kesimpulannya perkara yang penting dalam mengatasi masalah ini adalah KEBERSIHAN dan PRIHATIN pada perubahan diri kita sendiri. ok mommies sampai sini dulu..nanti kita kongsi lagi ya.. happy preggy


Sumber: Facebook
Tips Atasi Masalah Semasa Kehamilan

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Tips Atasi Masalah Semasa Kehamilan "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM