Terkini

Menu

Tips Ingin Hamil Untuk Bakal Bapa

Tips Ingin Hamil Untuk Bakal Bapa

Jadi jika anda ingin menjadi bapa dalam masa terdekat maka ikuti tip yang diberikan bagi meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.


1. Belajar untuk berhenti merokok

Lelaki dan rokok sangat sinonim biarpun kebelakangan ini wanita juga menjadi pengguna.Sekiranya anda prihatin pada pasangan dan inginkan kualiti kesihatan yang baik maka berhentilah merokok.

Disamping menyebabkan nafas berbau, perokok juga mampu mempengaruhi kekurangan sperma. Berdasarkan kajian yang dijalankan menemui perokok memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Cubalah berhenti dari sekarang sekiranya anda benar-benar prihatin tentang zuriat dan kesihatan diri serta pasangan yang dicintai.



2. Elak pakai seluar ketat

Mungkin ada yang tersenyum bila membaca fakta ini. Hakikatnya ia benar dan bukannya sesuatu yang lucu. Sebolehnya elakkan dari memakai seluar yang ketat dan kurang pengaliran udara.Ini kerana testis perlu memiliki suhu yang lebih sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain.

Oleh kerana itulah maka seluar yang dipakai terlalu ketat secara tidak langsung mengganggu keselesaan testis untuk bernafas. Sekali gus ia menjadi faktor pendorong untuk mengurangkan jumlah sperma soran lelaki.



3. Pilih makanan yang baik dan seimbang
Ikhtiar Hamil Cara Sihat
Set Ingin Hamil

Makanan yang baik menjamin tubuh yang sihat.Begitu juga dengan pola makanan yang perlu diambil bagi meningkatkan produksi sperma. Semuanya harus rendah lemak, tinggi kandungan protein dan banyakkan sayur-sayuran. Biar semuanya seimbang dan menyihatkan.



4. Rancang waktu untuk seks
Masalah sperma cair mungkin berlaku disebabkan kekerapan ejakulasi. Ini kerana sperma akan berkurangan apabila hubungan intim dilakukan dalam tempoh waktu yang agak dekat. Mungkin setiap hari atau selang dua hari,siapa tahu.Oleh itu,rancanglah masa yang sesuai untuk bersama dengan pasangan. Tidak semestinya kalau sehari tidak berhubungan akan menjejaskan kualiti perkahwinan.



5. Katakan tidak pada alkohol
Selain merokok,satu tabiat lagi yang perlu dihentikan ialah pengambilan alkohol. Ini kerana ia mampu menjejaskan fungsi hati sekaligus , menyebabkan peningkatan estrogen dalam badan. Kesan estrogen yang tinggi secara tidak langsung mempengaruhi produksi sperma. Dengan mudah,jumlah sperma akan berkurangan sekiranya anda masih tegar mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak dan kerap.



Selain itu elakkan dari mengambil dua makanan berikut:

1.Daging berlemak

Daging memang baik untuk membekalkan tenaga tetapi jika berlebihan, ia mengundang masalah kesihatan pada anda. Memakan daging dengan kuantiti yang banyak menyebabkan pengambilnya malas bergerak, agresif dan fikiran tidak tenang.

Oleh itu kurangkan kuantiti pengambilan daging dalam diet makanan harian kerana ia boleh membuatkan anda tidak bersemangat untuk melakukan seks bersama isteri tercinta.



2.Makanan segera

Umum mengetahui,makanan segera mengandungi bahan kimia yang mampu merosakkan tahap kesihatan seseorang.Malah pengambilan terlalu kerap juga dikatakan boleh melemahkan sperma sekali gus mengakibatkan kemandulan.

Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Tips Ingin Hamil Untuk Bakal Bapa "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM