Terkini

Menu

Makanan Pejal: Anak Kita Telah Bersedia?

Anak kita telah bersedia?


Bagaimana untuk kita mengenali anak-anak kita telah bersedia untuk makan? 4 bulan? 5 bulan? 6 bulan? Atau 7 bulan?? Semuanya bergantung kepada anak-anak mengikut tanda-tanda berikut:
·         Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
·         Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
·         Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
·         Menunjukkan tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
·         Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
·         Bayi mungkin mencuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
·         Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
·         Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
·         Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.          

Kenapa perlu menunggu masa yang sesuai? Anak-anak tidak perlu diberikan makanan pejal yang terlalu awal (kurang 6 bulan) memandangkan sistem penghadaman mereka masih belum matang dan boleh menyebabkan bayi muntah, cirit-birit, dan sembelit. Namun, ibu-ibu jangan khuatir, kita boleh memerhatikan tingkah laku anak-anak kita dengan cuba beri mereka merasa sedikit sedikit.


PERINGKAT PEMAKANAN 1: 6 BULAN

Sebaiknya mula memperkenalkan anak-anak kita dengan makana pejal setelah berumur 6 bulan. Kisar makanan supaya ia halus dan lembut. Beri bayi makanan dalam kuantiti yang kecil.


 Tekstur Kekerapan Contoh Makanan Sumber Protein Minggu 1 Kisar Halus / Tapis 1x pada 2-3 hari pertama 2-3x pada hari seterusnya Puree Pisang Puree Epal Puree Betik Avocado Bubur kosong -Ikan Bilis -Tauhu -Ayam (rebus dan hancurkan) -Kacang Peas (lecek) -Isi ikan Minggu 2-4 Lecek 2-3x sehari -Puree+bubur -Kentang lecek halus -Sayur dimasak dan di blend/ lecek -Buah-buahan lecek/blend halus
Gunakan teknik “3-4 days rules”. Di mana kita memperkenalkan satu-satu jenis makanan tu selama 3-4 hari untuk mengenalpasti sekiranya anak-anak kita elergi terhadap sesuatu makanan. Ni contoh menu yang boleh dicuba selama sebulan untuk di bawa ke taska
·         Hari 1-3 : air kanji nasi (*ni petua orang dulu-dulu yang selalu dibuat)
·         Hari 4-7 : bubur nasi kosong sahaja Hari 8-11 : Kentang / bubur nasi +Puree kentang (setelah masak+blend+tapis)
·         Hari 12- 15 : Bubur nasi + Puree carrot (setelah masak+blend+tapis)
·         Hari 16-19 : Bubur nasi +Puree Labu (setelah masak+blend+tapis)
·         Hari 20- 23 : Bubur nasi + Puree Brokoli (setelah masak+blend+tapis)
·         Hari 24-27 : Bubur nasi+Puree kentang+ Puree carrot+bilis
·         Hari 28-31 : Bubur nasi+Kentang+Bayam+ayam
·         Semasa 6 - 7 bulan ni, tapis semua makanan.
   

PERINGKAT PEMAKANAN 2: 7 - 9 BULAN

Setelah berumur 7 bulan lebih, anak-anak boleh dicuba dengan makanan yang dilecek. Lecek makanan yang kasar dan lebih pekat supaya ia lembut dan halus. Beri makanan dalam kekerapan 3-4 kali sehari. Farisya berumur 8 bulan lebih baru umi sediakan makanan yang sedikit kasar. Bila terlalu kasar, anak-anak nak poo poo susah..sian anak. Pastikan kita sensitif terhadap jenis tekstur makanan yang anak-anak boleh terima. Pantau dan memerhati



PERINGKAT PEMAKANAN 3: 10 - 12 BULAN

Mengikut pembacaan, anak-anak yang telah mencapai umur 10 bulan ke atas boleh mula diperkenalkan dengan makanan family. Tapi elakkan garam, gula, dan pedas. Cincang atau potong kecil makanan supaya mudah dikunyah oleh anak.


Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Makanan Pejal: Anak Kita Telah Bersedia? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM